Video Bayi Dipukul, Dijerut & Perut Ditekan! Memang Sengaja Dera, Polis Minta Kerjasama Orang Awam

Share

Semalam, tular di FB, klip video berdurasi satu minit 33 saat seorang wanita mendera bayi perempuan ketika mahu menukar pakaian bayi malang berkenaan.

Lebih menyedihkan, bayi itu turut dipukul pada bahagian kaki, belakang badan dan ditekan pada bahagian perut berulang kali selain ‘dijerut’ menggunakan baju.

Polis meminta kerjasama orang awam mengesan seorang wanita dipercayai terbabit dalam insiden mendera dan pukul bayi yang tular di media sosial.

Kerjasama Orang Ramai Diperlukan

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.

“Sehubungan itu, PDRM memohon kerjasama daripada orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu untuk menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Belum Ada Laporan Polis Diterima

“Setakat ini, belum ada sebarang laporan polis diterima mengenai kejadian terbabit,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Orang awam juga boleh menyalurkan maklumat menerusi inbox Facebook (FB) Rasmi PDRM:https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/, Twitter Rasmi PDRM: https://twitter.com/PDRMsia, WhatsApp Jabatan Siasatan Jenayah di talian: 019-3019930 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran.

Video tersebut turut tular di twitter dan mendapat kecaman dari warga twitter.

Sedihnya Tengok Budak Tu

Aku Dapat Bayangkan Macam Mana Rasa Senak Tu

Yang Tukang Rakam Pun

Sumber: Hmetro@Thashaj

 

Published by
NuFa