Bukan semua orang bernasib baik dan mampu menyambut hari lahir serba mewah apatah lagi di sambut di destinasi pelancongan yang terkemuka, serba mewah di dunia iaitu Dubai.
Namun memang rezeki si anak, Luth Akbar yang lahir dalam ‘dulang emas’ diberi rezeki untuk menyambut kelahiranya yang ke-5 pada tahun ini di Dubai.
Menurut perkongsian pengasas momilabeauty iaitu Sheilanan, ibu kepada Luth Akbar, percutian ke Dubai bersama keluarga adalah untuk meraikan ulang tahun kelahiran anak sulungnya dan ianya merupakan kejutan hari jadi yang dirancang oleh dia dan suami.
“Surprise birthday trip for Muhammad Luth Akbar.” tulisnya di instagram
Semasa dalam perjalanan ke Dubai, anak kecil yang comel ini menaiki penerbangan business class, makan dan bertemu Saltbae (Nusret Gökçe) di restorannya dan menaiki helikopter untuk melihat Dubai dari pandangan udara.
Bukan itu sahaja!
Ads
Dia juga membeli-belah barangan sekolah di kedai-kedai berjenama mewah, dia juga berpeluang mendekati dan bermain dengan burung helang serta menunggang unta di safari padang pasir, bilik hotel dengan pemandangan Burj Khalifa yang paling menakjubkan.
Masih ingat kisah adik Aqil Arshad yang diuji dengan penyakit sangat rare dan memerlukan perbelanjaan RM100,000 untuk menjalani rawatan. Jika anda mengikuti kisahnya sebelum ini pasti tahu betapa kuatnya Aqil melawan kesakitan tersebut.
Namun ketika kedua ibu bapa adik Aqil dan pakar perubatan berusaha untuk merawat penyakitnya, Allah dah jemput Aqil pulang ke pangkuannya 19 Jun lalu jam 7 petang.
Sebelum ini, Pa&Ma menyiarkan kisah arwah adik Aqil yang ketika itu berusia 3 bulan dan anak kedua kepada pasangan Arifin Idris dan Rina Nursyaza yang memerlukan perbelanjaan RM100,000 untuk membiayai kos rawatan.
Selepas diwar-warkan, kos rawatan itu berjaya diperoleh hasil bantuan dan sumbangan rakyat Malaysia yang sangat prihatin dan bermurah hati. Tetapi perancangan untuk memberi rawatan terbaik pada Aqil tak kesampaian sehingga dia menghembuskan nafas terakhir di sisi ibu ayahnya.
Menerusi perkongsian ibu saudara arwah adik Aqil, Dr Saleha Idris, arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sg Sekamat.
Sebagai wakil kepada ibu ayah adik Aqil, mereka sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih atas kiriman doa yang tak putus untuk anak syurga ini.
Di kesempatan itu juga, ahli keluarga mengharapkan agar terus memberi doa buat pasangan suami isteri tersebut melalui ujian yang Allah takdirkan.
Doakan ketabahan kekuatan buat suami isteri kuat dan hebat ini. Arifin Idris, Rina Nursyaza. Sebelum ni mereka diuji dengan kematian anak pertama secara tiba-tiba, baby Amani.
Hari ni ketika orang lain sambut Hari Bapa, seorang bapa mendukung anaknya dan hantar anak ke syurga. Kali ni baby Aqil pula pergi. Baby Aqil cukup kuat bertarung dengan diri. Akhirnya dia pergi dengan reda ibunya.
Buat pengetahuan semua, penyakit Severe Combined Immuno Dificiency (SCID) bukanlah penyakit biasa-biasa. Penyakit ini membuatkan badan Aqil tak kuat dan mudah sakit.
Sebelum kehadiran Aqil yang memberi sinar kebahagiaan buat kedua ibu bapa, Aqil ada seorang kakak. Tapi umur kakak Aqil, Amani juga tak panjang dan hanya bertahan 3 bulan sahaja selepas dilahirkan.
Ketika pemergian kakak Aqil, doktor tak dapat mengesahkan penyakit kakak Amani sehinggalah Aqil dilahirkan. Ketika kehadiran Aqil baru ibu ayahnya tahu kenapa kakak meninggal. Mungkin hikmah Aqil lahir ke dunia dapat jawab persoalan tersebut.
Antara tanda Aqil menderita sebab SCID ni macam:
1. Susah nak telan susu. Jadi Aqil muntah. Ingat tak Aqil cerita pasal kakak muntah sampai kakak dah tak ada. 2. Selalu cirit. 3. Selalu kena kuman dekat sistem pernafasan. 4. Jadi Aqil selalu demam, selsema tak sihat. Mungkin sebab macam ni la Aqil tak pernah senyum sejak lahir kat dunia ni. Aqil tak sedap badan.
Sementara itu, Dr Saleha juga mengemaskini status terbaru di Facebooknya dengan memberitahu sumbangan yang diberikan atas nama adik Aqil untuk rawatannya akan diberikan kepada pihak yang memerlukan.
Salam buat semua yang sentiasa sabar menanti berita Aqil. Ini adalah makluman berkaitan Wang sumbangan Aqil.
1. Kami pihak NGO Malaysia Borderless Care Organization (MBCO) yang mendapat mandat amanah untuk mencari dana sumbangan Aqil untuk menjalani rawatan sumsum tulang.
2. Ketetapan Tuhan lebih baik Dan rahsia Kita tidak ketahui. Adik Aqil sudah pergi lebih awal usia 3 bulan 28 Hari. Tidak sempat untuk menjalani rawatan seperti dijanjikan. Pihak MBCO (ahli Lembaga, staf, sukarelawan dan seluruh penyumbang) sangat berduka atas berita ini . Kami ucapkan takziah kepada pihak keluarga Aqil lebih lagi ibuayah nya yang menerima ujian ini sudah Dua kali.
3. Pihak NGO memegang amanah Wang disumbang oleh rakyat Malaysia untuk bantuan baby Aqil.
4. Kami sudah berbincang dengan pihak ibubapa Aqil. Tuan Arifin Idris dan Rina Nursyaza. Mereka bersetuju untuk menyerahkan semuanya kepada NGO. Terpulang pada NGO untuk gunakannya di jalan betul.
5. Pihak NGO sudah berbincang dan menemui kata sepakat. Wang sumbangan rakyat Malaysia yang sangat prihatin adalah untuk selamatkan nyawa Aqil. Maka wang ini akan digunakan dan disalurkan untuk membantu individu yang sangat memerlukan dalam hal perubatan dan pembedahan juga (berkaitan nyawa).
6. Untuk sokong emosi dan Psikologi ibubapa Aqil. Pihak NGO juga bersetuju untuk membantu kos perubatan Aqil, kos kematian ( Mandi, kafan, kebumi dan kubur). Pihak MBCO juga bersetuju untuk menyerahkan sedikit bantuan kepada ibuayah Aqil atas asbab menjaga Aqil Dan berkorban jiwa, tenaga, Masa Dan Wang buat dirinya. Diharapkan ia menjadi sedikit sumber yang dapat membantu mereka. Antara asbab terikatan jalinan antara Aqil dan MBCO.
7. Kami berharap dengan kenyataan ini jelas dan pihak penyumbang serta orang ramai ambil maklum.
8. Jika ada pihak penyumbang ingin menuntut semula Wang disumbang boleh hubungi kami dan memberikan bukti kukuh.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Bayi perempuan berusia sembilan bulan ditemui mati dalam kereta bapanya di tempat letak kereta Kompleks Tun Razak (Komtur), Indera Mahkota, Kuantan, semalam.
Bayi berkenaan, Annur Jannatul Syuhada Mohd Khalil yang juga anak bongsu daripada tiga beradik ditemui ketika bapanya mahu keluar makan pada jam 1 tengah hari.
Allahuakbar, Anak..!
Difahamkan, ketika menyedari anak berada dalam kereta, bapa yang panik itu hanya mampu menjerit Allahuakbar dan jeritannya didengari orang awam berhampiran.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata berdasarkan siasatan awal, bapa bayi berumur 38 tahun itu menghantar anak perempuan sulung berumur 10 tahun ke sebuah sekolah di Kampung Chendering di sini kira-kira jam 7.20 pagi.
Selepas itu bapa mangsa kemudian pulang ke rumah untuk mengambil isteri berumur 39 tahun dan dua anak perempuan termasuk mangsa.
“Pada jam 8.25 pagi, bapa mangsa menghantar pula anak kedua berumur enam tahun ke sekolah yang sama untuk prasekolah sebelum menghantar isteri ke tempat kerja di Indera Mahkota dan terus menuju ke tempat kerjanya di Komtur.
“Sepatutnya mangsa dihantar ke sebuah taska di Indera Mahkota 15 di sini tetapi bapa mangsa terlupa dan dianggarkan mangsa ditinggalkan di dalam kereta kira-kira empat jam dari jam 9 pagi,” katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat.
Siasatan akan dijalankan dengan mengambil kira semua aspek dan kertas siasatan akan dibuka di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Pelakon, Emma Maembong selamt bersalin anak keduanya di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur pada Rabu.
Berita gembira tersebut disampaikan sendiri oleh suaminya, Muhammad Shazli menerusi laman Instagram pada satu jam yang lepas.
Bayi lelaki seberat 3.4 kilogram tersebut dilahirkan secara normal dan Shazli sempat memanjatkan kesyukuran kepada Illahi atas kurniaan yang sempurna ini.
“Alhamdulillah, @emma_maembongofficial we got another one ♥️ baby boy coming in hot at 3.4kg 🔥 normal labor”
“Allah is the greatest.”
Tambah Shazli lagi, Shariq Gabriel, anak sulungnya kini sudah besar dan menjadi abang sulung.
“@shariqgabriel big brother now”
Shazli turut berkongsi video bersama Emma dan anak keduanya di dalam wad bersalin.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.