(VIDEO) Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengar Jawapan Fatima!

Share

Gelagat si comel kesayangan pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin, Nur Fatima Aisya semakin membuatkan wargamaya terhibur. Ada sahaja aksi comel dan telatah Fatima yang dikongsikan oleh ibu dan ayahnya.

Jika sebelum ini Fatima dilihat semakin pandai melaram, mengenakan pengilat kuku dan aksesori, namun kali ini sedikit berbeza.

Terbaru menerusi akaun Instagram rasmi Fattah dan Fazura, pasangan ini memuat naik video Fatima yang dimarahi oleh Fattah kerana menconteng pintu bilik air.

Fatima dilihat sedang asyik membersihkan kesan contengannya sambil dipantau oleh Fattah yang berada di sisinya.

Walaupun dimarahi bapanya, namun Fatima tetap berdiam diri dan tekun mencuci pintu hingga bersih.

Pun begitu ketika dihujung video, aksi Fatima terus buat ramai yang ketawa. Mana tidaknya, aksi comel Fatima yang menjawab dengan begitu bersahaja seolah-olah langsung tidak bersalah kerana menconteng dinding.

Menarik: “Ikut Perangai Mommy” Dah Mula Pandai Melaram, Ramai Geram Tengok Gelagat Fatima

“Air Tangan Bos” Wawa & Aeril Zafrel Kongsi Rezeki, Bagi Air Balang Percuma Sepanjang Ramadan!

“Tiap Kali Bercuti Mesti Tak Berdua” Sentiasa Dulukan Orang Lain, Isteri Dedah Sikap Pemurah Syahmi Sazli!

“Ada lagi tak tu?,” tanya Fattah.

“Ada,” jawab Fatima pantas.

 

Menjengah ke ruangan komen rata-rata pengikut anak kecil ini yang pada mulanya kasihan melihat Fatima kena marah terus terhibur bila mana Fatima menjawab seperti seolah-olah tidak bersalah.

Menarik: Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Published by
SRM