Hari ini genap setahun pemergian allahyarhamah Siti Sarah, isteri tersayang usahawan dan pelawak, Shuib yang dijemput Ilahi selepas tewas dengan serangan Covid-19.
Mengenang memori indah bersama, Shuib turut memuat naik video terakhir ketika arwah isteri tersayangnya itu hamil lima bulan di Instagramnya.
Kongsi Shuib menerusi video itu, arwah Sarah ketika itu mengidam untuk makan di restoran kesukaannya dan ketika itulah Shuib menjemput Sarah untuk ke restoran berkenaan.
Menurut kata Shuib lagi, video inilah yang sering membuatkan dirinya bersedih bila begitu merindui isterinya.
“9.8.2022. Genap setahun sayang pemergian You. Inilah video yang selalu buat i sedih yang teramat.
“Masa ni pregnant 5 bulan, You nak sangat makan dekat tempat favourite You. Berkali kali call sebab nak ajak pergi makan,” kongsi Shuib.
Ads
Malah menurut Shuib lagi, paling dirindukan pastinya riak wajah comel dan manja arwah Sarah yang merajuk kerana Shuib tidak menunaikan permintaannya untuk makan di restoran kegemarannya.
Pun begitu kata Shuib, dia berasa lega kerana dapat menunaikan permintaan arwah isterinya itu.
Tak lupa, bapa kepada empat cahaya mata ini juga turut meninggalkan pesan buat para suami agar sedaya upaya menunaikan apa jua permintaan isteri selagi masih ada.
Malah Shuib turut berterima kasih kepada semua yang sentiasa terus mendoakan arwah isterinya itu biarpun pun kini genap setahun pemergiannya.
Ads
“Bila i pegi amik, buat pulak muka comel dengan manjanya sekali. Alhamdulillah dapat you makan kat tempat yang You nak.
“Pada suami semua, selagi mana kita boleh tunaikan permintaan orang yang kita sayang, cuba lah sehabis baik untuk memenuhi segala permintaan yang tersayang kerana mungkin itu adalah permintaan yang terakhir.
“Terima kasih yang terus mendoakan Siti Sarah, semoga kita semua diberkati dan di rahmati dunia dan akhirat. Amin, Al Fatihah buat SITI SARAH BT RAISSUDDIN,” tulisnya lagi.
Nama Intan Salleh, 33, tiba-tiba menjadi popular dan meniti di bibir para netizen. Semuanya gara-gara kontroversi rumah tangganya dengan bekas suami Ude Wahid yang juga seorang pemuzik bebas.
Ramai yang bersimpati dengan nasib ibu tunggal ini yang kecundang dalam perkahwinan akibat orang ketiga.
Namun selepas peristiwa tersebut populariti Intan meningkat naik dan dia dikurniakan rezeki mencurah-curah.
Dalam posting terbarunya di Instagram sempena sambutan hari Bapa, Intan meluahkan rasa terima kasih kepada abahnya yang kini menjadi sumber kekuatan baginya menempuh hari-hari mendatang penuh ketabahan.
Myhero?… Abah cakap biar orang buat kita jangan kita buat orang.. Abah jenis pendiam.. Kami adik beradik pun xpenah tahu ape isi hati abah.. Abah xbanyak cakap.. Tapi kami tahu ape abah rasa… Jahat buruk abah kami..nak cakap ape cakap la.. Abah tetap pelindung kami walau tak tunjuk.. Memang kami adik beradik penah cakap.. Kami adik beradik semua perempuan.. Klau ape terjadi kami pulang ketempat asal kami.. Kami anak felda.. Orang kampung.. Abah cakap selagi ade daya abh jaga kami..?..terima kasih abah.. (adik rindu mak) #sedardiri#hartakamiabahkami#anaksaleh SELAMAT HARI BAPA… SALEH B ABU
Ternyata kasih seorang bapa itu sepanjang masa. Tetap menjadi pelindung kepada anak perempuannya walau apa pun terjadi.
Kini abahlah menjadi tempatnya berlindung dan mengadu. Hanya abah lah satu-satunya lelaki di dunia yang tidak pernah menyakiti hati seorang wanita dan akan pertahankan anak perempuannya selagi dia masih hidup.
Tak mudah menggalas gelaran dan tanggungjawab tersebut. Tapi demi anak-anak, Intan terus melangkah dengan kuat dan tabah. Apa pun tentu jauh di sudut hatinya terasa sebak kerana pertama kali menyambut raya tanpa bersalam memohon maaf dengan lelaki bernama suami.
Ginila gayanye payah beno anak2 nk bergambo.. Tak ade yg sempurna.. ? 1st time beraya sebagai ibu tunggal… Moga terus kuat tabah dan penuh kesabaran layan aish n dekmok..hahaha..aish cakap kat bonda.. “bonda tak happykan aish..” bonda terus krik2.. Adoii anak… Mane dapat ayat tu..
Hanya yang melaluinya sahaja faham dengan perasaan Intan serta dua anaknya Aish dan Dekmok.
Tetapi Intan sangat kuat untuk terus bangun dan berlari menghadapi segala rintangan demi membesarkan dua anaknya. Semangat yang ditunjukkan oleh Intan untuk ‘move on’ dari fasa sedih patut dijadikan contoh.
Bagaimanapun satu video pendek gelagat anak sulungnya Aish yang dimuat naik oleh Intan pada hari raya pertama telah menyentuh hati netizen.
Selepas bersalaman dengan saudaranya, Aish Muqri kembali ke pangkuan ibunya dan tertunduk sayu memeluk Intan seolah-olah merasakan kelainan sambutan raya tahun ini tanpa kehadiran si ayah.
Ramai yang rasa simpati melihat nasib yang dilalui oleh si kecil, namun terus memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada bonda Intan untuk terus menempuh hari-hari mendatang dengan kuat demi membesarkan anak-anaknya.
Bahkan ada juga yang mendoakan satu hari nanti Intan akan dapat pengganti yang lebih baik dan menyayanginya sepenuh hati.
Semoga Intan terus kuat untuk mencari rezeki dan membesarkan dua anak-anaknya menjadi anak yang soleh.
Sejak kebelakangan ini banyak kita dengar kes penderaan terhadap bayi dan kanak-kanak berlaku di negara ini. Malah pelakunya bukan orang lain tetapi ahli keluarga sendiri. Kejadian seperti ini seakan berleluasa kini.
Pada 4 November lalu, Pangadu (doktor) telah membuat laporan kes penderaan yang berlaku pada bayi lelaki berusia 23 bulan yang telah meninggal dunia.
Susulan itu polis menahan suami isteri dan wanita untuk siasatan kematian bayi tersebut. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, suami isteri itu yang juga bapa dan ibu bayi berkenaan berusia 42 serta 37 tahun ditahan di pekarangan Hospital Serdang pada 5 November lalu.
Manakala, wanita berusia 33 tahun yang juga kenalan ibu mangsa ditahan pada 8 November di Putrajaya.Katanya, suami isteri itu berasal dari Sungai Merab, Sepang dan ketiga-tiga suspek bekerja sebagai penjawat awam.
“Polis menerima laporan kejadian itu yang dibuat oleh doktor di Hospital Serdang pada 4 November, yang mana Jabatan Kecemasan hospital itu menerima pesakit bayi terbabit yang dibawa ibu bapanya dalam keadaan tiada tanda-tanda hidup.
“Pengadu (doktor) pada masa itu cuba memberikan bantuan kepada bayi, namun tiada tindak balas dan pada 7.20 pagi, mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, hari ini.
Abdul Aziz berkata, terdapat kesan luka pada bahagian dagu dan atas kening sebelah kanan mangsa, bengkak dan luka pada kemaluan serta ada kesan lebam pada bahagian badan dan kesan parut pada kedua tangan dan kaki.
“Hasil bedah siasat dijalankan mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan di pinggul dan hati akibat hentakan objek tumpul dan keras.
“Terdapat 89 kesan lebam, lecur, calar baru dan lama di seluruh anggota badan mangsa,” katanya.
Mengulas lanjut, katanya, mangsa adalah anak bongsu daripada empat beradik dan pihaknya turut mengambil keterangan daripada adik-beradik mangsa. Menurutnya, siasatan awal mendapati ibu mangsa ada mengalami masalah kemurungan.
Susulan itu, suami isteri berkenaan mangsa direman sehingga 18 November manakala, kenalan wanita direman sehingga 15 November.
Selepas pengumuman sebagai Perdana Menteri Kelapan diketahui umum, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus melakukan sujud syukur diatas lantikan yang dibuat terhadapnya.
Kediamannya juga telah gamat dengan laungan ‘takbir’ daripada para penyokong beliau.
Keluar bertemu media
Setelah memanjatkan kesyukuran kepada Allah, Tan Sri Muhyiddin telah keluar bersama ahli keluarganya di halaman rumah bagi bertemu media dan menjawab beberapa soalan yang diajukan.
Beliau bersama isteri, anak serta cucunya dilihat melambai kepada media. Mereka juga tersenyum manis kepada lensa yang merakam wajah kegembiraan apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin bergelar PM kelapan negara sebentar tadi.
Mohon rakyat terima keputusan istana
Sementara itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan kesyukuran dan terima kasih selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan.
Dalam ucapan ringkasnya kepada media, Muhyiddin menzahirkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong serta semua pihak yang sentiasa menyokongnya sepanjang kecelaruan politik negara tercetus.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu turut mengharapkan seluruh rakyat Malaysia menerima dengan hati terbuka keputusan yang diumumkan Istana Negara itu.
“Saya menjunjung kasih di atas perkenan Yang di-Pertuan Agong dan ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan moral kepada saya.
“Kita telah pun beristiqamah untuk menyatakan syukur atas anugerah yang diberikan Allah kepada saya.
“Saya hanya memohon untuk seluruh rakyat Malaysia menerima baik keputusan diumumkan Istana Negara hari ini,” katanya.
Mengulas lanjut, Muhyiddin memaklumkan bahawa majlis angkat sumpah Perdana Menteri dijangka akan diadakan jam 10.30 pagi di Istana Negara, esok.
“Saya dimaklumkan bahawa majlis mangkat sumpah akan diadakan di hadapan Yang di-Pertuan Agong esok jam 10.30 pagi.
“Insya-Allah saya akan berada di Istana Negara esok,” katanya.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.