[VIDEO] Pelukan Terakhir Staff Hospital Buat Adik Zharif, Doktor Sahkan Tiada Rawatan Lagi Untuknya

Share

Tular sebuah perkongsian video di mana anak kecil sedang memeluk beberapa staff di sebuah wad hospital sambil mengucapkan selamat tinggal membuatkan ramai sebak.

Di dalam video berkenaan merupakan Allahyarham Adik Zarif yang menghidap penyakit buah pinggang dan telah menjalani dialisis beberapa kali sehinggalah pakar perubatan sudah tidak mempunyai rawatan lagi buat si kecil ini.

Namun arwah adik Zarif telah menghembuskan nafas terakhir 9 hari selepas pulang daripada hospital.

Menurut perkongsian @telekung_anna di laman instagram, adik Zarif menghidap penyakit ini pada tahun 208 dan perlu menjalani dialisi sehingga ke akhir hayatnya.

Rata-rata sebak dengan perkongsian ini dan memberi kata-kata semangat buat keluarga arwah.

nurulaayla
Msti skrg zarif tgh gmbira sgt skrg brmain dgn kwn² di tmn syurga dijga Nabi Ibrahim as, insya Allah zarif menanti dipintu syurga utk bawa ibu ayah sama² masuk syurga, insya Allah kalian bersatu kmbali n tiada lg perpisahan,skrg hnya smntera,semoga terus kuat ya

rosdianaidham
I just can’t. This is so allahu akbar pedihnya kak nak ckp ape pun hilang kata2. Sebagai ibu hanya boleh peluk akk dr jauh. I don’t know u personally but i know u’re great mother. Alhamdulillah anak akk dikurniakan ibu sebaik dan sekuat akk. Sy tgk anak kena cucuk pun nangis ini kan pula..walaupun sy doktor which always in the situation of seeing my patients come and go but this one is excluded. Hati sy berkeping2 ni pecah luluh tgk. Semoga akak dpt jumpa dgn anak akk semula InsyaAllah dlm keadaan yg paling baik. Aminn. Dia tgh happy tu lari2, panjat sana sini no limit..makan minum xperlu pantang ape dah. Wuaaa..nangis lg. Takziah kak. Hugss❤️

Kredit: Telekung_anna

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

Published by
NuFa