Panik kan kalau baby tersedak susu atau tercekik sesuatu objek. Sebagai ibu bapa anda kena tahu ilmu rawatan kecemasan supaya tindakan awal yang diambil boleh mengelakkan bayi daripada mengalami kemudaratan lebih teruk.
Ingat ya, rawatan kecemasan awal ini mesti dipelajari oleh semua ibu ayah! Video rawatan kecemasan yang dikongsi oleh Nurul Jaa di laman facebooknya mendapat perkongsian tinggi hingga menjadi tular.
Jelas menunjukkan yang semua ibu ayah sangat prihatin dan mestilah sayang anak masing-masing. Usaha untuk mempelajari teknik rawatan kecemasan sekiranya anak tersedak susu atau tercekik itu salah satu buktinya. Rasanya ia juga patut dipelajari oleh semua pengasuh yang menjaga bayi. Mungkin boleh mengurangkan kejadian bayi meninggal dunia akibat tersedak susu. Wallahualam.
Jom kita pelajari langkah demi langkah caranya seperti dalam video ini.
- Pegang kepala baby dari bawah, support leher dan kakinya. Baby mungkin akan begerak. Pegang kuat-kuat.
2. Tangan sebelah support rahang baby dan pusingkan baby ke arah bawah.
3. Paling penting mesti lawan graviti. Kepala pusingkan ke arah bawah.
4. Bagi lima kali back slap dari alur punggung ke arahh atas. Tekan dan slide.
5. Support balik kepala dan pusingkan balik baby.
6. Tekan center of the chest, tempat buat CPR. Kemudian tekan lima kali menggunakan jari.
7. Bila tekan paru-paru akan buat kerja keluarkan segala benda yang ada.
8. Ulang lagi buat langkah back slap sebanyak 5 kali.
9. Boleh periksa mulut baby takut-takut ada objek yang dia tercekik tapi jangan korek mulut baby takut nanti luka.
10. Buat langkah rawatan ini sehingga baby menangis atau objek keluar. Bila dah menangis maksudnya baby dah ok.
Semoga bermanfaat kepada semua.
Sumber: Nurul Jaa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
18 Bulan Masih Belum Boleh Bercakap Perkataan Difahami, Ibu Ayah Patut Risau. Jangan Tunggu!
Anak 12 hingga 18 bulan masih belum hasilkan perkataan yang boleh difahami/ bermakna. Keadaan ini memang perlu dibimbangi! Ketahui 7 faktor yang biasa menjadi penyebab kegagalan ini.
Menurut Nawal Mohd Shafie, Juruterapi Bahasa dan Pertuturan Pediatrik, Sunway Medical Centre, komunikasi merupakan proses pertukaran maklumat di antara dua pihak dan ia amat mustahak untuk memenuhi segala keperluan dan kehendak.
Komunikasi yang efektif memerlukan seseorang yang berkebolehan dalam memahami sesuatu perkara sebelum berupaya untuk bertutur mengenai sesuatu. Kemahiran berkomunikasi sudah mula berkembang sejak usia bayi lagi dan diperoleh secara berperingkat mengikut peringkat umur yang tertentu.
Umur | Kemahiran Bahasa & Pertuturan Normal Anak |
0-6 bulan | -Melihat ke arah bunyi. -Menghasilkan bunyi-bunyi yang berlainan seperti ‘uuuu’ dan ‘aaaa’ dan bunyi ini membawa maksud yang berlainan. |
7-11 bulan | -Banyak ‘membebel’ iaitu menghasilkan bunyi seperti ‘mamama’ dan ‘papapa’ untuk kebanyakan situasi. -Mula memahami beberapa perkataan mudah seperti ‘bye’, ‘jom’ dan ‘jangan’ -Mula meniru bunyi mudah seperti bunyi haiwan dan bunyi kenderaan |
1 tahun | – Memahami sekurang-kurangnya 10-25 patah perkataan. -Boleh mengenalpasti anggota badan yang asas (Contohnya tangan, kaki, perut, mata, mulut dan sebagainya). -Boleh memanggil ibu bapa dan ahli keluarga yang terdekat. -Menggunakan kata-kata sosial seperti (‘hi’ dan ‘bye’) |
2 tahun | Memahami sekurang-kurangnya 50 patah perkataan. -Boleh mengikut arahan tanpa bantuan isyarat. -Menggunakan 2-3 patah perkataan dalam satu ayat. |
3 tahun | – Mula memahami soalan ‘apa’, ‘siapa’ dan ‘mana’ -Mula memahami konsep mudah seperti ‘warna’ dan ‘saiz’ -Menggunakan sekurang-kurangnya 3-4 perkataan dalam satu ayat |
4-5 tahun | -Memahami arahan yang lebih panjang dan kompleks (melibatkan penggunaan konsep) – Menggunakan ayat yang lebih panjang dengan kata hubung yang tepat untuk berkomunikasi ( lebih daripada 5 perkataan). -Bunyi pertuturan (konsonan) 90% jelas. |
Jika kanak-kanak tidak memperoleh kemahiran tersebut mengikut peringkat umur yang sepatutnya, dia boleh diKATEGORIKAN sebagai mengalami ‘speech and language delay’ atau ‘lambat bercakap’.
7 FAKTOR PENYEBAB ANAK LAMBAT BERCAKAP
#1 Masalah pendengaran.
#2 Masalah struktur (contoh: sumbing lelangit dan bibir).
#3 Masalah neurologi (contoh: Epilepsi/Sawan).
#4 Bayi yang lahir secara pra-matang.
#5 Kecelaruan spektrum autisme.
#6 Penyakit sindrom seperti sindrom Down, sindrom Fragile X.
#7 Faktor persekitaran seperti kekurangan stimulasi bahasa, penggunaan gajet yang berlebihan.
Bercakap menggunakan bahasa isyarat semasa kanak-kanak masih bayi tidak menyebabkan masalah ‘lambat bercakap’. Tetapi, ibu bapa perlu ingat setiap bahasa isyarat yang digunakan perlu disertakan dengan percakapan (melabel bahasa isyarat tersebut).
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bahaya Paksa Anak Dewasa Sebelum Waktunya, Hati-hati Dengan Sindrom ini!
Memang comel bila kita gayakan si kecil dengan barangan orang dewasa, seperti ada ‘mini adult’ versi mama dan papa kan? Namun mama papa perlu berhati-hati dengan situasi ini kerana ianya boleh menjadi ‘sindrom’ jika anda terlalu taksub mengayakan anak-anak seperti orang dewasa.
Trend anak-anak sering digayakan oleh mama papa dengan fesyen orang dewasa yang langsung tidak sesuai dengan peringkat usia mereka semakin menjadi-jadi. Berikut merupakan penjelasan mengenai sindrom ‘Hurried-Child’ oleh Puan Noor Afidah Abu Bakar, Co-founder and Principal Consultant,Parent Connect Consultancy sebagai rujukan.
DEWASA SEBELUM WAKTUNYA
Sindrom ‘Hurried-child’ yang dikenalpasti oleh Dr. David Elkind yang pernah saya kongsikan tahun lalu bukan hanya melibatkan tekanan akademik yang terlalu awal di luar kemampuan perkembangan semulajadi anak-anak kecil, sindrom ini juga merebak ke dalam pelbagai aspek kehidupan seorang kanak-kanak masa kini.
Jika kita mengikuti perkembangan semasa tentang kanak-kanak di seluruh dunia, salah satu isu besar yang mendapat kecaman pelbagai pihak adalah ‘trend’ memaksa kanak-kanak untuk berbusana seperti orang dewasa.
2 Kemungkinan:
1) Dengan berfesyen yang sedemikian, secara tidak langsung mereka juga diharapkan agar berkelakuan seperti orang dewasa. Harus diingat kanak-kanak bukan ‘mini adults’. Perkembangan fizikal, sosial, emosi, intelektual dan spiritual mereka belum capai ke tahap orang dewasa. Mereka seumpama ‘work in progress’ yang masih perlu dipupuk dan dibaja.
2) Dengan berfesyen yang sedemikian, didapati ada kanak-kanak yang memaksa diri mereka sendiri untuk berkelakuan seperti orang dewasa. Mereka bertutur menggunakan perkataan orang dewasa yang ada kalanya tidak manis disebut, mereka menonton rancangan tv dan mendengar lagu-lagu yang tidak sesuai untuk kanak-kanak. Mereka cenderung untuk meniru orang dewasa kerana ia bersesuaian dengan imej yang dipaksakan ke atas mereka.
Jika ini berlaku, rugilah kanak-kanak yang ‘hurried’ atau digesa-ges4kan ini kerana mereka terlepas zaman riang kanak-kanak yang tidak mungkin akan berulang kembali. Apabila mereka dewasa nanti, zaman inilah yang akan dikenang dengan ungkapan “Seronoknya menjadi kanak-kanak”. Jika mereka dipaksa melalui zaman kanak-kanak mereka dengan menjad1 orang dewasa, kenangan ‘good old days’ itu tidak ada.
Trend ini bukan hanya melibatkan kanak-kanak yang dipaksa berpakaian seksi, berdandan dan mengenakan mekap yang tidak sesuai usia, ada juga yang ‘dipaksa’ berfesyen menutup ‘aurat’ sebelum tiba usia kerana comel.
Baby tidak perlu bertudung. Trend anak perempuan dipaksa berpakaian sedondon ibu dengan fesyen fishtail, peplum, jubah beropol dan sebagainya kerana ia menghasilkan imej yang layak-Insta (Insta worthy) juga adalah sebahagian dari sindrom ‘Hurried Child’ ini.
Kanak-kanak menjadi tua sebelum waktunya kerana memenuhi impian ibubapa yang terpedaya dengan tipu daya peniaga dan pengiklan yang suka mengambil kesempatan ke atas kealpaan kita yang tidak memahami perkembangan kanak-kanak.
Berpada-pada dan berhati-hatilah.
Kredit: Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan “Bunuh” Hormon Tidur Anak, Ini Kesilapan Terbesar Yang Kita Terlepas Pandang
Jika bercakap soal tidur, tak lengkap jika tak sebut tentang hormon penggalak tidur iaitu Melatonin. Ia juga dikenali sebagai ‘timing messenger’ atau jam biologi badan yang membantu penyelarasan kitaran siang – malam dan berjaga – tidur manusia.
Tahukah anda sebahagian ISU TIDUR ANAK BOLEH di atasi jika anda mula kenal tentang Melatonin?
1.Cahaya 💡🌞
Melatonin di hasilkan oleh kelenjar ‘pineal’ pada waktu malam atau ketika dalam gelap /kurang cahaya. Pendedahan kepada cahaya, kuning DAN biru boleh menperlahankan atau merencatkan pengeluaran Melatonin.
Sumber cahaya termasuklah cahaya matahari, TV, ipad dan telifon.
Retina mata manusia adalah yang bertanggungjawab menyampaikan maklumat tentang jumlah cahaya yang di tangkap. Akibatnya, kita susah untuk tidur. Sekarang anda dah tahu apa fungsi ‘blind fold’ (penutup mata) ?
Maka, minta anak berhenti dari menonton TV atau gajet lebih awal dari jam tidur mereka untuk memberi masa kepada Melatonin beraksi.
2.😩 Hormon stress ( Cortisol )
Pernahkah anda memandu sambil tersengguk-sengguk sebab letih/mengantuk?. Anda mungkin terus saja bertahan memandu sebab tiada tempat sesuai untuk berhenti dan kebetulan rumah pun dah tak berapa jauh lagi. Dalam hati, anda berazam, ” Sampai ke rumah nanti, aku nak terus pergi ke katil dan tidur “. Malangnya, setibanya di rumah, puaslah bergolek atas katil, tak juga boleh lelap. Lalu kita bangun dan mula sibukkan diri serba sedikit seperti kemas-kemas apa yang patut sekadar mengisi masa. Tak lama kemudian, mungkin selepas sejam, rasa mengantuk datang semula dan pada kali ini, jika kita terus ambil peluang tidur, kita akan terlelap dengan mudah. Pernah tak?.
Bila badan manusia mengesan bahawa kita telah masuk fasa letih dan malangnya tiada usaha ke arah tidur/berehat di dapatkan (seperti contoh tak dapat tidur sebab sedang memandu), maka sistem kita akan memasuki fasa respon ‘fight or flight’ bila mula terlalu letih (overtired) . Iaitu respon sistem badan manusia bila berdepan dengan sebarang ancaman survival (untuk terus hidup, terus bergerak dan berfungsi). Demi survival, dalam kes terpaksa terus berjaga untuk terus memandu ini, maka hormon stress seperti Cortisol akan dirembeskan. Dengan kadar yang berpatutan, Cortisol ini bagus walaupun ianya hormon stress . Sebab? Cortisol pada kadar ini bantu selaraskan perkara seperti bendalir badan dan tekanan darah. Malangnya, ia turut membuat kita segar dalam masa yang sama. Malah, kehadiran nya menghalang hormon tidur iaitu Melatonin untuk beraksi.
MAKA, ini lah kenapa badan kita letih, puas bergolek tapi mata tetap tak mahu lelap. Sebab Cortisol dah masuk dalam sistem. Perbuatan kita mengisi masa dengan menyibukkan diri membuat kerja kemas-kemas seperti dalam contoh di atas sebenarnya membantu membersihkan cortisol dari sistem badan kerana Cortisol boleh di singkirkan melalui bendalir badan seperti air mata, air liur, urin dan peluh.
SAMA halnya dengan bayi dan anak kecil. BEZANYA, mereka tak pandai nak sibukkan diri dengan aksi kemas-kemas rumah contohnya. Lalu SAMADA, mereka jadi lagi ‘hiper’ melompat ke sana sini enggan tidur atau lagi malang mula menangis dan mengamuk BERJAM-JAM lamanya.
Sebab?
1. Badannya sedang cuba singkirkan Cortisol dan ia bukan proses yang boleh selesai dalam 10-15 minit.
2. Anak ‘serabut’ sebab sistem otak dah masuk mood segar/berjaga tapi badannya letih.
Maka, elakkan sengaja ‘tak bagi’ anak tidur dan patuhilah waktu tidur anak seboleh mungkin.
USWATUN HASANAH BT MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN BAYI MALAYSIA
THB Edu Assc USA
AHLI DOKTORBUDAK.COM
Sumber rujukan tambahan:
1. Psychologytoday
2. Zrtlab
3. Huffpost
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI