Diam tak diam, anak kepada hero Malaya, Remy Ishak, si comel Tuah Alam kini sudah pun berusia satu tahun tiga bulan.
Melalui satu entrinya di akaun Tik Tok, pelakon handalan ini meluahkan rasa syukurnya atas kurniaan tidak terhingga itu buat dirinya dan isteri.
Bahkan Remy atau nama sebenarnya Mohamaad Zalimei Ishak, 42, turut berjanji akan mendidik dan membesarkan anaknya sehabis baik hingga nafasnya yang terakhir.
“Tuah baru 1 tahun 3 bulan, Ayah janji akan jaga Tuah sampai akhir hujung waktu ayah.
“Ayah janji! ❤️,” tulisnya ringkas di kapsyen.
Ads
Apa yang menarik pastinya bonding kedua beranak itu di pantai. Remy dilihat cukup sporting bila menemani Tuah untuk menghasilkan istana pasir sambil ditemani isteri tercinta, Ezza Yusof.
Begitu juga ketika menemani Tuah di persisiran pantai dan bermain di gigi-gigi air.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen yang singgah ke ruangan komen turut mendoakan buat keluarga kecil Remy sentiasa hidup diberkati Ilahi dan bahagia selalu.
Ads
Untuk rekod, Remy mendirikan rumah tangga dengan Ezza pada 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun mereka berkenalan.
Ezza selamat melahirkan cahaya mata sulung yang diberi nama Tuah Alam pada 27 Julai tahun lalu.
Gelagat Rina, anak Maryam Durian Kimchi cuit hati warga maya, “Rina nak kurus la.” Personaliti media sosial, Maryam Younaree sering berkongsi telatah comel anak perempuannya. Paling seronok bila dapat tengok Rina menikmati makanan yang disediakan oleh ibunya dengan penuh berselera.
Gelagat Rina, Anak Maryam Durian Kimchi Cuit Hati Warga Maya, “Rina Nak Kurus La”
Pendek kata ramai warga maya yang ternanti-nantikan ‘video makan’ Rina. Baru-baru ini gelagat Rina dalam video TikTok yang dimuatnaik oleh ibunya, Maryam menerusi akaun TikTok @uyounik menarik perhatian warga maya.
Dalam video tersebut, Rina menyuarakan dia ingin kurus. Comel sahaja bila Rina berkata-kata sambil ibunya, Maryam kerenah si kecil mengomel.
“Siapa cakap Rina gemuk” – tulis Maryam di ruangan kapsyen.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Dettol, jenama terkemuka Malaysia dalam bidang kesihatan dan kebersihan, dengan bangganya menyokong ibu bapa baharu sempena Hari IbuBapa ini melalui sambutan kempen ‘New Mums’. Dengan mengakui sifat kerentanan bayi baru lahir dengan sistem imun yang masih berkembang, kempen ini untuk memperkasakan ibu bapa dengan pengetahuan dan persediaan yang diperlukan untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan sihat bagi pembesaran si kecil mereka.
Si kecil dalam fasa sistem imun yang sedang berkembang dan mudah terdedah kepada jangkitan, menggariskan kesan yang mendalam dari segi amalan kebersihan yang baik dalam penjagaan kesihatan bayi.
Program ini juga menekankan kepentingan untuk mengekalkan persekitaran peribadi dan rumah yang bersih, supaya ibu bapa dapat mengurangkan risiko penyebaran kuman berbahaya dan mengurangkan keberangkalian si kecil terdedah dengan kuman berbahaya.
“Peringkat awal keibubapaan penuh dengan kegembiraan, justeru menimbulkan perasaan semulajadi ibu bapa yang ingin melindungi anak-anak,” kata Tiffany Tang, Pengarah Pemasaran Kesihatan, Malaysia dan Singapura, Reckitt. “Kempen Dettol membantu menangani kebimbangan ini dengan menyediakan ibu-ibu baharu dengan sumber yang mereka perlukan untuk menempuhi saat genting ini dengan yakin.”
Daripada usaha terdahulu, Dettol telah berjaya menarik pengguna yang terdiri daripada lebih 400,000 ibu baharu sehingga kini dan memupuk persekitaran yang lebih sihat untuk keluarga di seluruh negara. Melalui kerjasama dengan hospital dan klinik di seluruh negara, Dettol menyasarkan untuk mencapai lebih daripada 270,000 ibu bagi tahun ini sahaja.
Usaha ini untuk membekalkan mereka dengan pengetahuan penting tentang amalan kebersihan, bermula daripada membasmi kuman pada permukaan dan mainan sehingga kepada mengekalkan rutin mencuci tangan yang betul.
Dengan mengambil langkah tambahan dalam menawarkan penyelesaian kebersihan yang berkesan, Dettol menawarkan pandangan berharga dan petua praktikal daripada ahli profesional penjagaan Kesihatan untuk menangani kebimbangan yang sering dihadapi oleh ibu baharu.
Objektif Dettol adalah untuk mendidik ibu-ibu baharu secara komprehensif melalui perbualan secara bersemuka, bahan pendidikan yang bermaklumat dan produk percuma untuk pengalaman penggunaan secara langsung.
Pendekatan holistik ini untuk memperkasakan para ibu baharu dengan pengetahuan dan kelengkapan yang diperlukan untuk mengharungi cabaran keibubapaan dengan yakin dan memastikan persekitaran yang selamat dan sihat untuk pembesaran anak-anak kecil mereka.
Noor Hidayah, ibu kepada dua orang anak, berkata, “Memastikan kesejahteraan anak saya bukan hanya satu kewajipan tetapi satu tanggungjawab kasih sayang yang tulus, dan penglibatan Dettol dalam usaha ini memberi saya ketenangan. Ianya tentang menjaga kesihatan anak-anak dan menggalakkan pertumbuhan mereka. Inisiatif ini selari dengan aspirasi saya sebagai seorang ibu yang menekankan kepentingan untuk memberi keutamaan kepada kebersihan dalam setiap aspek kehidupan kami.”
Man Nyee, ibu kepada tiga orang anak, menambah, “Mengekalkan rumah yang bersih dan sihat boleh terasa amat mencabar, terutamanya bagi ibu pertama kali. Inisiatif ini amat berharga – ia memperkasakan ibu baharu dengan pengetahuan untuk mewujudkan persekitaran yang selamat, bukan sahaja untuk si kecil tetapi juga untuk diri mereka sendiri.”
Dengan memperjuangkan amalan kebersihan ini, Dettol memperkasakan ibu bapa untuk memupuk persekitaran yang lebih selamat dan sihat yang kondusif untuk pertumbuhan dan kecergasan si kecil mereka.
Melalui langkah proaktif yang bertujuan untuk mengekalkan kebersihan dan kesihatan di dalam rumah, ibu bapa boleh mengurangkan kemungkinan jangkitan dan memberikan si kecil mereka asas yang optimum untuk kehidupan yang sejahtera.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berkongsi rahsia kebahagiaan rumahtangga, bagi pelakon, Syukri Yahaya dia punya caranya yang tersendiri dalam mengekalkan keharmonian bersama.
Tambah hero kesayangan ramai ini, apa yang diamalkannya adalah berkomunikasi dan sentiasa bersikap terbuka dengan isterinya, Tya Adnan.
“Saya lebih bersikap terus terang dengan isteri saya. Bila balik dari penggambaran saya akan cerita dengan dia.
“Bila saya tak ada dekat rumah, dia tahu apa saya buat. Kadang saya ambil gambar hantar dekat dia supaya dia tahu apa berlaku di set,” katanya berkongsi.
Bagi menimbulkan salah faham dan situasi kurang senang, akui Shukri, dia lebih senang bersifat terbuka malah tidak akan sekali-kali memberi ruang berlakunya salah faham.
Malah tambah bapa kepada dua cahaya mata ini lagi, dia bersyukur kerana rumah tangganya tidak diganggu orang ketiga malah sentiasa cuba mengelakkan diri dari berbalas mesej dengan rakan gandingannya ketika bekerja.
“Kalau boleh saya tak nak buka ruang untuk dia salah faham. Dia lebih tahu daripada orang lain.
“Buat masa ini tiada orang yang datang untuk menghimpit saya.
“Nak elakkan perkara ini biasanya saya takkan mesej di luar waktu kerja. Setakat di set penggambaran saja.
“Bila dekat set saya memang suka bergurau tapi habis setakat itu saja. Memang takkan bermesej atau apa. Saya tak izinkan perkara itu berlaku,” katanya lagi.
Terdahulu, Shukri dan Tya mendirikan rumah tangga pada 20 November 2015. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Aaira Ameena, 8 dan Maleeq Miqayl, 4 tahun.
Caruman KWSP bekas suami, bekas isteri boleh ambil untuk nafkah. Perceraian merupakan satu perkara yang tidak diingini tetapi kadangkala tidak dapat dielakkan dalam perkahwinan. Dalam situasi ini, isu nafkah sering menjadi perhatian utama, terutamanya nafkah isteri dan anak selepas perceraian.