
Rambut yang panjang dan cantik memang menjadi idaman ibu-ibu yang mempunyai bayi perempuan.
Bila rambut panjang lebih cantik dan mudah untuk diikat serta digayakan. Memang nampak bayi lebih ‘cute’ dengan pelbagai aksesori rambut kan?
![[VIDEO] Si Kembar Bergaduh Asyik Tarik Rambut, Akhirnya Ibu Botakkan Dua-Dua Kepala! 14 [VIDEO] Si Kembar Bergaduh Asyik Tarik Rambut, Akhirnya Ibu Botakkan Dua-Dua Kepala!](https://cdn.majalahpama.my/2023/02/Screenshot-3832.png)
Namun lain pula jadinya pada ibu si kembar ini apabila bayi kembarnya selalu sahaja menarik rambut antara satu sama lain.
“Mereka memang suka bermain bersama, tapi suka juga tarik rambut sesama mereka.”
![[VIDEO] Si Kembar Bergaduh Asyik Tarik Rambut, Akhirnya Ibu Botakkan Dua-Dua Kepala! 15 [VIDEO] Si Kembar Bergaduh Asyik Tarik Rambut, Akhirnya Ibu Botakkan Dua-Dua Kepala!](https://cdn.majalahpama.my/2023/02/Screenshot-3821.png)
“Cuba letak minyak yang banyak dekat rambut tapi tetap tak berjaya”
Tambah ibu ini lagi, pelbagai cara digunakan namun tidak berjaya. Akhirnya dia terfikir satu cara yang boleh mengatasi masalah ini iaitu membotakkan kepala kedua-dua si kembar.
![[VIDEO] Si Kembar Bergaduh Asyik Tarik Rambut, Akhirnya Ibu Botakkan Dua-Dua Kepala! 16 [VIDEO] Si Kembar Bergaduh Asyik Tarik Rambut, Akhirnya Ibu Botakkan Dua-Dua Kepala!](https://cdn.majalahpama.my/2023/02/Screenshot-3833.png)
Walaupun sukar untuk membuat keputusan ini, namun akhirnya si kembar tak lagi dapat menarik rambut antara mereka.
![[VIDEO] Si Kembar Bergaduh Asyik Tarik Rambut, Akhirnya Ibu Botakkan Dua-Dua Kepala! 17 [VIDEO] Si Kembar Bergaduh Asyik Tarik Rambut, Akhirnya Ibu Botakkan Dua-Dua Kepala!](https://cdn.majalahpama.my/2023/02/Screenshot-3824.png)
“Hanya satu solusi yang kami dapat fikirkan dan nampaknya berjaya!”
![[VIDEO] Si Kembar Bergaduh Asyik Tarik Rambut, Akhirnya Ibu Botakkan Dua-Dua Kepala! 18 [VIDEO] Si Kembar Bergaduh Asyik Tarik Rambut, Akhirnya Ibu Botakkan Dua-Dua Kepala!](https://cdn.majalahpama.my/2023/02/Screenshot-3830.png)
“Nampak kelakar tengok mereka tapi ini keputusan yang paling susah nak dibuat”
![[VIDEO] Si Kembar Bergaduh Asyik Tarik Rambut, Akhirnya Ibu Botakkan Dua-Dua Kepala! 19 [VIDEO] Si Kembar Bergaduh Asyik Tarik Rambut, Akhirnya Ibu Botakkan Dua-Dua Kepala!](https://cdn.majalahpama.my/2023/02/Screenshot-3829.png)
Kredit: tawaukini
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekaran
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Ingatkan Hilang Rupanya…” Anak 4 Tahun Gagal Dikesan Ditemui Selamat Tertidur Dalam Bas

Tidak dapat dibayankan perasaan apabila anak hilang walau pun sesaat. Syukur anak ditemui dalam keadaan yang baik.
Kehilangan anak kecil berusia empat tahun ini cukup mendebarkan. Selepas usaha mencari & temu bual, akhirnya dia ditemui semula dalam keadaan yang baik di dalam bas sekolah selepas tertidur. Syukur!
Kehilangan disedari ibu
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan berkata, kehilangan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun itu disedari pihak tadika selepas ibu mangsa berusia 40 tahun memberitahu bahawa anaknya tidak ditemui di tadika berkenaan.
Si kecil berkenaan yang dilaporkan hilang ketika berada di bawah jagaan sebuah tadika di Presint 3, di sini, ditemui selamat selepas tertidur dalam sebuah bas sekolah di Cheras pada Rabu.
Tidak ada masa ingin dijemput balik
Menurut Rosly, kehilangan si kecil disedari ibu selepas mendapati kecil tiada di taska semasa ingin menjemput pulang.
“Kira-kira pukul 4.50 petang, ibu mangsa yang bekerja sebagai pembantu tadbir telah pergi ke tadika untuk menjemput anaknya balik tetapi mendapati kanak-kanak itu tidak ada di tadika tersebut.
Hadiri raptai Hari Sukan tadika
Ketua Polis Daerah Putrajaya juga turut memaklumkan yang anak kecil itu telah menghadiri raptai hari sukan tadika di Bangi.
“Kami dimaklumkan bahawa, kanak-kanak itu dibawa oleh pihak tadika ke Padang Agrobank, Bangi untuk menyertai raptai hari sukan tadika. Pihak tadika telah membuat pemeriksaan di sekitar tadika namun kanak kanak tersebut tidak dijumpai,” katanya ketika dihubungi.
Temu bual semua guru tadika
Rosly menambah, susulan kejadian itu, pihaknya menjalankan temu bual dengan ke semua guru tadika bagi membantu siasatan.
“Hasil siasatan mendapati, kanak- kanak tersebut terlibat dalam raptai hari sukan bersama 87 orang kanak kanak lain di Pusat Latihan Agrobank Bangi. Kesemua pelajar terbabit menaiki tiga buah bas sekolah yang disewa dengan diiringi 11 orang guru.
Bas yang dinaiki kanak-kanak tersebut diiringi oleh tiga guru. Hasil temubual juga mendapati guru pengiring ada membuat semakan pelajar sebelum balik selain membuat pemeriksaan di kawasan raptai dan dapati jumlah pelajar cukup 87 orang,” katanya.
Kiraan jumlah murid dibuat sebelum bertolak
Katanya, guru pengiring juga membuat kiraan jumlah pelajar dalam bas semasa perjalanan balik dan mendapati jumlah pelajar cukup. Bagaimanapun, setelah tiba di tadika, guru berkenaan tidak mengira mengenai jumlah pelajar yang keluar dari bas.
Tiada dalam kelas tapi beg & tilam ada, ingatkan dijemput ibu bapa
Rosly turut memberitahu bahawa kesemua pelajar kemudian diarahkan masuk ke dalam kelas masing masing. Namun kira-kira pada pukul 3.20 petang, seorang guru baru menyedari pelajar tersebut tiada dalam kelas tetapi beg sekolah dan tilam pelajar itu masih berada dalam kelas.
Mencari di seluruh kawasan tadika
“Guru kelas mulanya menyangka pelajar itu dijemput oleh ibu bapanya sebelum mengetahui bahawa kanak-kanak itu tiada di tadika. Justeru, pihak tadika mencari di seluruh kawasan tadika namun pelajar tersebut tidak dijumpai,” katanya Rosly.
Tindakan pemilik tadika hubungi pemandu bas membuka jalan
Beliau berkata, susulan itu, pada pukul 7.05 malam, pemilik tadika telah menghubungi pemandu bas untuk membuat pemeriksaan dalam bas dan mendapati kanak-kanak itu tertidur di kerusi bas.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Talita Menangis Terharu, Shuib Bawa Anak-Anak Ke Turkiye Bercuti Lepas Bulan Madu!

Tahniah diucapkan buat penyampai radio, Shuib dan Watie yang selamat bernikah semalam. Majlis penuh meriah itu pastinya menjadi satu kegembiraan buat anak-anak Shuib.
Anak perempuan Shuib, Dzahira Talita Zahra yang mesra disapa Dekta turut dilihat sebak lalu menangis selepas bapanya selamat bernikah dengan Watie.
Pasangan raja sehari itu bersama anak-anak Shuib, Uwais, Talita dan Mateen dilihat mengenakan pakaian sedondon berona putih bagi meraikan kehadiran Watie dalam hidup mereka.

Tidak merancang untuk memiliki zuriat dalam tempoh terdekat ini, akui Watie, Shuib memintanya untuk memberi tumpuan kepada empat cahaya matanya yang kini semakin membesar.
“Dari awal lagi dia (Shuib) dah cakap untuk jadi suri rumah sepenuh masa. Jadi saya ambil keputusan untuk fokus besarkan anak-anak yang ada dahulu,” kongsi Watie.

Malah kongsi Shuib lagi, dia sudah mempersiapkan beberapa projek perniagaan melibatkan isterinya namun kini mahu isterinya itu fokus pada anak-anak.
“Saya ada beberapa projek perniagaan dan mungkin melibatkan isteri. Tetapi sepenuhnya dia harus fokus pada keluarga. Saya tak mahu dia sibuk sampai anak-anak terabai.

“Uwais sekarang dah nak masuk usia remaja. Dia perlukan perhatian kedua ibu dan bapa,” kongsi Shuib lagi.
Dikhabarkan Shuib dan Watie akan turut bersama anak-anak untuk bercuti ke Turkiye selepas berbulan madu di Langkawi.
Menarik: Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!

Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI https://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ditinggalkan Dalam Mesin Basuh Hampir 4 Hari, Bayi Yang Masih Bertali Pusat Ditemui Sihat & Kelaparan

Tangisan bayi di tengah malam mengganggu keheningan awal pagi di sebuah premis perniagaan. Kejadian menyayat hati ini berlaku di Krabi, Thailand.

Bagi seorang pemilik kedai dobi di Krabi, sangkanya suara itu pastinya datang dari kediaman jiran berdekatan.
Baca Selanjutnya:
Terlalu Aktif & Stres, DS Shahida Dedah Punca Salah Satu Kembar Mungkin Gugur
Temui Bayi Lelaki Yang Masih Bertali Pusat Dalam Mesin Basuh
Namun misteri tangisan bayi itu terungkai apabila dia menemukan seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat di dalam salah satu dram mesin basuh di premis dobinya.
Bayi lelaki berusia lima hari itu dipercayai ditinggalkan dalam mesin basuh layan diri tersebut sejak minggu lalu dan hanya ditemukan empat hari kemudian.
Terdengar Suara Tangisan Bayi
Pemilik kedai dobi layan diri itu, Sangduen Khaorueng, 47, berkata dia menutup kedainya sejak Jumaat untuk menghadiri urusan perniagaan.
Sekembalinya ke kedai pada Isnin, Sangduen terdengar suara tangisan bayi yang disangka dari rumah jiran.
Namun, andaian itu salah apabila tangisan tersebut datang dari salah satu mesin basuh di kedainya.
“Saya jenguk ke dalam mesin basuh dan terkejut apabila menemukan seorang bayi yang berbalut dengan tuala dan masih mempunyai tali pusat,” katanya.

Ditemui Sihat & Sangat Lapar
Polis dan pasukan paramedik yang dimaklumkan tentang penemuan itu berkata bayi itu sihat namun dalam keadaan yang sangat lapar.
Akan Diserahkan Kepada Rumah Anak Yatim
Difahamkan, bayi itu kini dalam jagaan pihak hospital namun bayi terbabit akan diserahkan kepada rumah anak yatim jika keluarganya gagal dikesan.
“Kami akan memeriksa kamera rakaman berhampiran untuk mencari ibunya. Jika ibunya gagal ditemui, bayi ini akan diserahkan kepada rumah anak yatim untuk dijadikan anak angkat,” kata pegawai polis Krabi, Leftenan Sanya Kaewnui.
Sumber: Astro Awani, Kosmo
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


