
Terpaksa berpisah dengan anak, pelakon jelita Uqasha Senrose tidak dapat menyembunyikan kesedihan hatinya kerana berniaga di Absolut Bazaar di Singapura.
Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Uqasha dilihat sebak untuk berpisah apa lagi mendengar tangisan anaknya yang mahu dikendong seolah-olah tidak mahu ditinggalkan.
![[VIDEO] Uqasha Senrose Sebak Pertama Kali Berjauhan Dengan Anak, "Ibu Takut Rindu" 11 [VIDEO] Uqasha Senrose Sebak Pertama Kali Berjauhan Dengan Anak, “Ibu Takut Rindu”](https://cdn.majalahpama.my/2025/03/Screenshot-2025-03-14-093333.jpg.webp)
Tambah Uqasha lagi, ini adalah kali pertama dia meninggalkan Uqaira buat masa yang lama. Aktres berusia 33 tahun itu dilihat tidak dapat menahan sebak ketika menyerahkan anaknya dalam jagaan ibunya.
“Ibu takut tidak dapat tidur malam tanpamu anak tapi ibu kena bekerja.
![[VIDEO] Uqasha Senrose Sebak Pertama Kali Berjauhan Dengan Anak, "Ibu Takut Rindu" 12 [VIDEO] Uqasha Senrose Sebak Pertama Kali Berjauhan Dengan Anak, “Ibu Takut Rindu”](https://cdn.majalahpama.my/2025/03/Screenshot-2025-03-14-093521.jpg.webp)
“Tidak pernah berpisah dengan Uqaira. Ni (kena tinggalkan) empat hari.
“Ibu takut rindu,” luahnya sebak.
![[VIDEO] Uqasha Senrose Sebak Pertama Kali Berjauhan Dengan Anak, "Ibu Takut Rindu" 13 [VIDEO] Uqasha Senrose Sebak Pertama Kali Berjauhan Dengan Anak, “Ibu Takut Rindu”](https://cdn.majalahpama.my/2025/03/Screenshot-2025-03-14-093622.jpg.webp)
Terdahulu, Uqasha mendirikan rumah tangga bersama pelakon Kamal Adli pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Hawra Uqaira.
Menarik: Clamp Atau Laser, Apa Teknik Terbaik Nak Khatankan Anak, Ini Saranan Doktor/
Main Taman Jumpa Kawan Buat Anak Rasa Tak Menarik, Rangsangan Dopamin Gajet Lagi Kuat
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Instagram Uqasha Senrose
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
‘Apply’ Ilmu Parenting Guna Surah Ini. Perbaiki Diri, Anak Dengar Kata!

Bukan mudah untuk membesarkan anak-anak apatah lagi mahu mendidik mereka supaya menjadi individu dengan perwatakan yang baik. Bila sudah mencuba sebaiknya, tetapi anak tidak menjadi seperti yang kita inginkan pasti akan rasa kecewa.
Artikel Menarik: [“Hubungan Jarak Jauh Ni Susah.” Luahan Hati Seorang Suami Buat Netizen Sebak]
Untuk merawat rasa hati serta menjadikan kita lebih positif dalam proses mendidik anak-anak, jadikan surah al Lail ini sebagai panduan seperti yang dikongsikan oleh Nur Khairunnisa Iskandar ini.

Mari kita lihat bersama-sama..
Kita rasa berat. Sakit hati memendam rasa. Kenapa aku dah cuba nak apply macam macam skil, tips, teknik parenting, tetapi aku asyik pusing pusing berpatah balik ke cara lama je?
Ini apa yang saya belajar daripada Surah al Lail.
Dalam surah al Lail, jika kita relate dengan dunia mendidik anak, maybe kita akan dapat jawapannya.
Allah ada 2 janji untuk kita.
🥦Yang pertama,
Allah janji Allah akan mudahkan kita buat jalan kebaikan.
Means, Allah akan bantu kita untuk sabar, konsisten, tak cepat putus asa, dan terusssss upgrade nilai diri, if kita lepas 3 syarat ni.
1- Kita belanjakan harta di jalan Allah
Kita beri segala yang kita ada, termasuk semangat, usaha, tenaga, masa, fizikal, mental, emosi dalam mendidik anak ini semuanya sebagai tanda pengabdian kita untuk Allah.
Cara kita “belanja” itu perlu PADAN seperti yang Allah suka.
2- Kita bertaqwa
Bila sebut taqwa, dalam surah al Lail antara detailing berkait dengan taqwa ini, Allah sebut, mereka yang membelanjakan hartanya bukan untuk balas budi, tetapi semata mata nak cari redha Allah.
Bermakna, kita buat baik dengan anak, bukan sebab anak kita buat baik dengan kita. Kita beradab dengan anak bukan sebab anak beradab dengan kita.
Kita beri, bukan untuk balas perbuatan sesiapa. Kita beri sebab nak cari redha Allah.
Artikel Menarik: [Bila Suami ‘Tundukkan’ Pandangan, Isteri Wanita Tercantik Di Matanya!]
3- Kita percaya adanya pahala
Kita yakin, bahawa setiap zarah ‘harta’ kita itu, jika pulangannya kita tak dapat di dunia, pasti ada di akhirat.
Kita sentiasa berjaga jaga daripada berfikir, semuaaaaa yang aku da belanja, resultnya mesti dapat kat dunia ni. Mesti dapat saat aku masih bernafas ni.
Huh. Ini adalah 3 syarat yang perlu kita work for it, supaya ALLAH MUDAHKAN.
🥦Tapi sebaliknya, untuk janji kedua, Allah sebut, Allah akan sukarkan jalan untuk kita buat kebaikan, sekiranya kita..
1- Bakhil
Kedekut, berkira-kira dalam memberi.
Bila anak tak buat seperti yang kita harapkan atau kita rasa tidak dihargai, kita mula rasa tak berbaloi usaha.
Bila pasangan tak kerjasama, kita pun mula catur ‘harta’ kita. Sifat bakhil mula memenuhi ruang rasa.

2- Rasa diri dah cukup
Selesa berada dalam zon selesa. Rasa terancam bila diingatkan. Rasa terhina bila ada yang menasihatkan.
3-Tak percaya adanya pahala
Mungkin asalnya memang ya, kita percaya. Tetapi deeeep inside our heart, kita terlupa bahawa ada kebaikan yang Allah bayar terus di dunia, ada yang Allah reserve untuk kita di akhirat.
Cukup kita ada salah satu daripada 3 ini pun, kita akan dapati bahawa jalan untuk kita upgrade nilai dan kualiti parenting kita sukar dan bagai tiada cahaya berbaki.
Uh.
Masya Allah Tabarakallah.
Moga kita semua dapat capai janji Allah yang pertama ya!
Bismillah. Tawakkaltu AlaLLah.
Ummi Nisa.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
‘Nanti Pandailah Dia Cakap Sendiri’ Ayat Favorite Mak Malas Bertindak

Bila anak orang lain dah petah menyanyi, petah bercakap, kita pula hanya mampu tengok anak sendiri yang masih pelat atau diam tanpa banyak reaksi. Rasa risau tu memang ada, tapi kadang-kadang kita pujuk hati sendiri dengan ayat,
“Ala, nanti pandailah dia cakap sendiri.”
Masalahnya… kalau kita terlalu selesa dengan ayat tu, kita mungkin sedang abaikan satu isyarat awal yang sangat penting anak perlukan bantuan dan rangsangan sekarang, bukan nanti.
Setiap anak membesar mengikut rentak sendiri. Tapi itu bukan alasan untuk kita tunggu dan lihat saja bila nampak perkembangan anak tak seiring dengan usia. Bila anak sudah mencecah umur 2 tahun tapi belum boleh menyebut sekurang-kurangnya 50 patah perkataan, belum boleh gabungkan ayat seperti “nak susu”, atau tidak meniru langsung bunyi dan perkataan itu adalah tanda-tanda yang perlu diberi perhatian.
5 perkara yang ibu bapa WAJIB lakukan bila anak lambat bercakap:
1. Ubah arahan menjadi perbualan
Ramai ibu bapa hari ini terlalu biasa memberi arahan kepada anak:
“Makan!”, “Duduk!”, “Jangan ambil tu!”
Tapi sebenarnya anak lebih memerlukan perbualan yang hidup. Gunakan ayat yang mengajak anak berfikir dan berinteraksi. Contohnya:
“Adik tengah makan nasi ya? Sedap tak nasi tu?”
Bila kita rajin bercakap dengan anak menggunakan ayat yang lengkap dan bermakna, anak akan belajar menyusun perkataan dan memahami maksudnya.
Ibu bapa ialah guru bahasa pertama anak. Bukan sekadar pemberi arahan.
2. Gunakan ayat mudah dan ulang berkali-kali
Anak kecil belajar melalui pengulangan. Lagi kerap mereka dengar sesuatu perkataan, lagi mudah untuk mereka ingat dan meniru.
Tak perlu guna ayat panjang dan susah. Cukup guna ayat ringkas tapi konsisten. Contoh:
“Ini susu.”
“Adik nak susu?”
“Sedapnya susu ni.”
“Susu ni sejuk!”
Empat ayat mudah, tapi anak belajar empat situasi penggunaan perkataan yang sama. Pengulangan ini akan merangsang bahagian otak yang berkaitan dengan pertuturan dan pemahaman bahasa.
3. Kawal masa skrin (screen time)
Gajet bukan musuh, tetapi bila anak terlalu lama terdedah kepada skrin tanpa interaksi dua hala, mereka akan kurang belajar bercakap. Skrin hanya beri input tapi tiada balasan.
Anak hanya tengok dan dengar, tapi tak berpeluang untuk membalas atau berlatih menyebut.
Kalau nak guna gajet juga, pastikan ibu bapa turut serta. Contohnya:
“Tengok tu… burung warna apa tu?”
“Kenapa kucing tu lari ya?”
Soalan seperti ini akan bantu anak aktif berfikir dan bercakap.
4. Baca buku setiap hari, walau hanya 5 minit
Buku cerita adalah cara paling mudah dan menyeronokkan untuk bantu anak membina kosa kata.
Tak perlu buku yang mahal atau tebal, cukup buku gambar besar dengan cerita mudah.
Semasa membaca, guna suara yang pelbagai nada, tunjuk gambar, dan kaitkan dengan situasi harian. Contoh:
“Ini gajah. Besarnya gajah ni! Gajah makan daun. Adik pernah tengok gajah?”
Masa membaca bukan saja masa belajar, tapi juga masa bonding yang sangat berharga antara ibu bapa dan anak.
5. Dapatkan bantuan awal dari pakar
Ramai ibu bapa tunggu terlalu lama sebelum bertindak. Ada yang rasa malu, takut anak dilabel, atau masih berharap anak akan “okay sendiri”.
Hakikatnya, semakin awal anak dirujuk kepada pakar, semakin tinggi peluang anak untuk pulih dan berkembang dengan baik.
Jika anak menunjukkan tanda kelewatan pertuturan seperti:
Tidak bercakap langsung selepas umur 2 tahun
Tidak meniru perkataan atau bunyi
Tidak menunjukkan minat untuk berkomunikasi
Jangan tunggu. Segera berjumpa pakar terapi pertuturan atau pakar kanak-kanak.
Anak lambat bercakap bukanlah sesuatu yang perlu dimalukan. Tapi jika kita sebagai ibu bapa lambat bertindak, itu yang sepatutnya membuat kita risau.
Pertuturan adalah asas kepada banyak perkara seperti keyakinan diri, kemahiran sosial, perkembangan akademik dan juga emosi anak.
Kalau kita ambil tindakan awal, insyaAllah anak boleh kejar semula perkembangan mereka.
Tapi kalau kita masih ulang ayat “nanti pandailah dia cakap sendiri”… mungkin kita sendiri sedang perlahan-lahan menutup peluang terbaik anak untuk bersinar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nahas WCE, Isteri Sempat Minta Maaf Sebelum Meninggal Dunia

Nahas WCE, isteri sempat minta maaf sebelum meninggal dunia. Wanita yang maut dalam kemalangan di Kilometer 212.3, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), arah Selatan di sini hari ini sempat memohon maaf kepada suami sebelum menghembuskan nahas terakhirnya.
Nahas WCE, Isteri Sempat Minta Maaf Sebelum Meninggal Dunia
Suami mangsa, Mohammad Syuqur Ahmad, 24, berkata, dalam keadaan nazak, isterinya itu berulang kali memohon maaf sebelum dia bertindak menenangkan wanita itu.

Menurut Mohammad Shuqur sepanjang perjalanan menuju ke Kampung Acheh di sini, isterinya, Nor Fadhilah Mohd Azlan, 24, banyak bersembang sambil meminta maaf dan meminta kirim salam kepada ibunya.
“Dalam masa sama, isteri ada beritahu kalau dia ‘pergi’, biarlah dia pergi bersama Iman (Muhammad Iman Irfan, 15 bulan). Saya hairan dan bertanya kenapa cakap begitu?
“Isteri hanya menjawab ‘mungkin hendak jadi kot’. Saya terdiam dan sambil memandu itu, saya terlihat seperti ada haiwan di tengah jalan dan saya cuba mengelak dan selepas itu saya tidak ingat apa-apa,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik, Hospital Seri Manjung di sini.
Mohammad Shuqur yang bekerja sebagai pemandu lori berkata, sebaik tersedar dia mendapatkan isterinya yang dalam keadaan nazak dan sempat bisikkan dua kalimah syahadah.
“Dalam keadaan nazak, isteri tidak putus-putus meminta maaf, saya minta dia bersabar sebelum tiba-tiba dia senyap.
“Anak sulung (Muhammad Alif Sufi, 3) masa itu menangis peluk saya. Saya jadi kosong tidak tahu apa-apa kerana kejadian berlaku sangat pantas,” katanya.
Jelasnya, sebelum kejadian, mereka sekeluarga bercadang untuk sarapan bersama di sebuah restoran 24 jam di Ayer Tawar selepas mengambil lori majikan yang di parkir di Kampung Acheh.
“Isteri mahu guna kereta jadi dia ikut ambil lori dan saya akan mengikutinya memandu kereta dari belakang untuk berhenti sarapan sebelum dia pulang ke rumah sewa kami dekat Gelung Pepuyu, Bota.

“Ikut perancangan asalnya begitulah tetapi hasrat untuk sarapan sama-sama itulah tidak kesampaian,” katanya.
Mohammad Shuqur berkata, isterinya banyak menunjukkan perubahan apabila kelihatan gembira dan banyak ketawa sepanjang berada di kampungnya di Felda Lui Selatan, Negeri Sembilan pada Rabu.
“Isteri sebelum itu memang bersungguh-sungguh mahu balik ke kampung jumpa ibunya dan saya tunaikan hasratnya dengan menggunakan cuti Hari Krismas untuk balik kampung.
“Walaupun sekejap saja mereka bertemu, nampak jelas di wajahnya dia sangat ceria sebelum kami bergerak pulang pada sebelah petang,” katanya.
Tambahnya, jenazah isteri dan anaknya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lui Selatan, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan selepas selesai bedah siasat.
Dalam kejadian sekitar jam 5 pagi itu, Nor Fadhilah Mohd Azlan, 24, dan bayi lelakinya yang berusia 15 bulan, Muhammad Iman Irfan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Dalam kejadian itu, Mohammad Syuqur yang memandu kereta Perodua Kelisa dan seorang lagi anak lelakinya, Muhammad Iman Irfan berusia tiga tahun pula cedera.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, kemalangan membabitkan kereta Perodua Kelisa dinaiki empat beranak itu berlaku dipercayai akibat hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh pembahagi jalan.
Katanya, kemalangan itu mengakibatkan seorang bayi lelaki tercampak keluar dari kenderaan sebelum dilanggar sebuah kenderaan lain yang tidak dikenal pasti.
Sumber: Sinar Harian
Baca artikel lain juga: Nahas Jalan Raya, Ayer Keroh, Melaka, Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada
Calon SPM Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah, Tak Sempat Duduki Ujian Bertutur
Nahas Jalan Raya Pelajar UiTM Dungun, Muhammad Ammar Danish Sebak Terkenang Saat Manis Bersama Rakan
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


