“Apa mama cakap, tak cantik?” Memang ramai yang terhibur menonton video ini melihat gelagat si kecil Ayeesha merajuk disakat ibunya.

Video yang mencatat hingga 5,000 perkongsian dan 146,000 tontonan itu benar-benar mencuit hati menyaksikan Ayeesha menggayakan gincu yang dipakai dan bertanya kepada ibunya cantik atau tidak. Jawapan si ibu kata “tak cantik” buat Ayeesha merajuk.

Netizen memberikan komen terhibur dengan aksi Ayeesha dan akui tidak bosan menontin berulang kali.

Video Viral Adik Ayeesha Petah Bercakap, Mamanya Kongsi Kena Rajin Layan Anak

Nur Hidayah serius berulang ulang acik tgk awk ni..comel nau”

Liza Hana Class ko pusing body 2 nak. makcik tgk 40x”

Mariana Dyron Comelnya?. Tngok vid ni bnyak kali pun tak bosan

Ibu Ayeesha, Nor Azian ketika dihubungi Pa&Ma memberitahu yang anaknya itu baru sahaja genap 3 tahun Selasa lalu. Dia sendiri terkejut video anaknya itu menjadi tular. “Saya tak expect langsung boleh viral macam ni hahahaha. Ni semua gara-gara kawan-kawan saya yang nak sangat share kat FB. Penyudahnya viral,” kata ibu tiga anak ini.

IKLAN

Video Viral Adik Ayeesha Petah Bercakap, Mamanya Kongsi Kena Rajin Layan Anak

Apabila ditanya, dari mana si kecil ini tahu memakai gincu dan menggayakannya, kata Azian, Ayeesha memang suka menonton video tutorial solekan bersama kakaknya.

MEMANG SELALU PUJI ANAK, TAPI MASA REKOD TAK PUJI

Lucu bila diulang tonton, melihat keletah Ayeesha membuatkan ramai terhibur. Kata Azian, dia selalu memuji Ayeesha tetapi semasa video dirakam, dia tidak memuji dan tindakannya itu membuatkan Ayeesha merajuk.

“Dia memang suka dipuji. Biasa saya puji tapi kali ni masa rekod video tu saya tak puji, itu yang dia marah, merajuk,” kata Azian tentang situasi ketika video tersebut dirakam.

IKLAN

Video Viral Adik Ayeesha Petah Bercakap, Mamanya Kongsi Kena Rajin Layan Anak

GURAUAN MERAPATKAN HUBUNGAN 

Ibu ini tidak menafikan gurauan boleh merapatkan hubungan mesra ibu dan anak. Sesekali bergurau dan berlawak jenaka boleh memberikan bonding dan mengeratkan kasih sayang.

“Memang gurauan seperti ini sangat-sangat merapatkan hubungan. Anak akan mnjadi seorang yang periang dan pandai berkomunikasi dengan baik, insyaAllah,” kata Azian.

IKLAN

Video Viral Adik Ayeesha Petah Bercakap, Mamanya Kongsi Kena Rajin Layan Anak

WALAU TAK FAHAM, IYAKAN SAHAJA

Melihat kanak-kanak berusia 3 tahun ini petah, dia rupanya-rupanya selalu diberikan perhatian oleh ibu dan keluarga. Katanya apabila anak ajak untuk bermain dan bercakap, berikan perhatian walau pun adakala tidak memahaminya.

“Tak ada tips khas cuma kalau dia ajak kita bermain kita kena join sekali. Kena layan walau pun sekejap. Kalau dia bercakap dengan kita. Layan dan iyakan je..Faham atau tidak faham belakang kira. Mempunyai kakak dan abang juga menjadi faktor Ayeesha petah bercakap,” kata Azian.

Harapan Azian buat si kecil ini semoga menjadi anak yang solehah. “Semoga Ayeesha menjadi insan yang menyayangi Allah & disayangi Allah. Doa mama supaya Ayeesha dan sentiasa dalam prlindunganNya,” kata Azian.

Sumber: Facebook Nor Azian

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI