No video available
Cara Mudah DIY Jelly Slime dan Fluffy Slime. Kanak-kanak Pun Boleh Buat!
Mudahnya Nak Buat Slime!
Permainan Slime kini semakin popular bukan sahaja dalam kalangan kanak-kanak malah orang dewasa pun suka main slime tau!
Teksturnya lembut, seakan berbuih dan lembap. Ia mudah cair di tapak tangan, namun kenyal apabila diuli, mungkin menjadi faktor kenapa ramai sangat yang suka bermain dengan slime ni.
Kalau sebelum ni ibu ayah akan membeli slime di kedai-kedai atau pasaraya, tapi lepas ni tak susah dah. Sebab Umar dan Auni akan tunjukkan cara-cara bagaimana nak buat sendiri slime di rumah dengan hanya menggunakan barang-barang yang mudah didapati.
Jom tonton video ni sampai habis dan lepas ni bolehlah ibu dan ayah sama-sama DIY slime dengan anak-anak!