Gen Z Katakan Ya Pada Simpan SSPN Highlights
Dalam menempuh zaman serba mencabar terutamanya dari segi kewangan, ibu ayah perlu bijak membuat perancangan awal demi masa depan anak-anak. Dengan potensi luar biasa anak-anak masa kini, akan menjadi satu kerugian sekiranya masalah kewangan menjadi kekangan untuk mereka melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam atau swasta.
Oleh itu, ibu ayah perlu merancang simpanan untuk pendidikan masa depan anak tanpa perlu rasa terbeban dan boleh komited untuk melakukannya setiap masa. Utuk memberi pendedahan tentang simpanan, Pa&Ma dengan kerjasama Simpan SSPN telah mengadakan acara Sembang Santai Gen Z Katakan Ya Pada Simpan SSPN pada 13 Januari 2024 di BigShot, Tropicana Golf & Country Resort.
Jom, saksikan momen menarik sepanjang acara tersebut berlangsung!
#SimpanSSPN
#GenZKatakanYaPadaSimpanSSPN
#majalahpama