Jangan Korek Telinga Anak!
𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐫𝐞𝐤 𝐓𝐞𝐥𝐢𝐧𝐠𝐚 𝐀𝐧𝐚𝐤!
Bila tengok ada tahi telinga, kita terasa nak bersihkan. Sebenarnya tahi telinga ada fungsinya sendiri, tak perlu dibersihkan. Menurut Dr Nik Hisyam, Pakar ENT, tahi telinga akan selalu berkumpul dalam telinga dan seharusnya dibiarkan. Jangan sesekali dibersihkan menggunakan cotton bud mahupun besi pengorek.
Sekiranya parents nampak ada kekotoran pada bahagian luar telinga, boleh dibersihkan tapi tidak perlu sehingga memasukkan sebarang alat ke dalam saluran telinga kerana boleh berisiko menjadi masalah yang lebih teruk seperti tahi telinga menjadi terlalu keras sehingga tak boleh dikeluarkan. Dengarkan penjelasan Dr Nik Hisyam untuk pemahaman lanjut.