Makanan Bagus Untuk Mata!
𝐌𝐚𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐠𝐮𝐬 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐌𝐚𝐭𝐚!
Susah nak elakkan penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak pada zaman sekarang ni. Ada masanya penggunaan gajet juga dapat membantu proses pembelajaran anak tetapi perlu dikawal. Oleh itu, pemakanan sangat penting kerana terdapat beberapa jenis makanan yang baik untuk kesihatan mata.
Menurut Dr Nazrah Mohamed Ramli, Pakar Oftalmologi, antara makanan yang boleh kita berikan kepada anak untuk menjaga kesihatan mata adalah sayuran hijau macam bayam atau sawi. Buah-buahan seperti betik dan mangga pun elok untuk mata tau! Dengarkan penjelasan Dr Nazrah untuk tahu lebih banyak.