Rawat Jiwa Ibu Selepas Melahirkan, Elak Kemurungan
Selepas melahirkan anak, ibu kehilangan banyak tenaga, berada pada keadaan mental dan fizikal yang lemah. Dalam situasi ini, peranan suami sangat penting bagi memastikan isteri terhindar daripada risiko mengalami masalah kemurungan yang akhirnya boleh akibatkan perkara luar kawalan.
Bagi mengupas topik Rawat Jiwa Ibu Selepas Melahirkan, Elak Kemurungan Ustazah Siti Fatahiyah Mahamood berkongsi tip yang boleh ibu amalkan menurut Islam dan cara terbaik buat suami bantu isteri.