Sekian Lama Pendam, Tiba Masa Andika Luah Isi Hati
Biarpun sibuk dengan kerjaya, Andika Putera tidak sesekali melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang Papa. Kalau dahulu mungkin tak banyak masa dapat diluangkan dengan puteri kesayangan, Alisha Puteri, namun kini anaknya adalah prioriti utama. Dika turut meminta team di pejabat untuk menyusun jadual kerja yang tidak terlalu padat supaya dia dapat meluangkan masa bersama Alisha.
Mengimbau kembali detik kelahiran Alisha, perjalanannya sebagai Papa bukanlah mudah. Namun, Dika terus positif untuk membesarkan anaknya itu dan sangat bersyukur dengan pencapaian Alisha sekarang. Turut berkongsi kenangan indah dengan Alisha, gugur jua air mata insan yang tampak tenang ini. Nak tahu kenapa Dika jadi sebak, sama-sama kita saksikan!