
Anak kembar pasti menjadi tumpuan ramai kerana kecomelan mereka! Ramai pasangan pasti teringin nak bayi kembar kerana unik dan mempunyai wajah yang sama, tetapi berbeza karakter. Namun tak semua direzekikan dengan anak kembar.
Comel memang comel tapi nak menjaga bayi kembar memerlukan tenaga yang berganda, kewangan yang berganda dan kesabaran yang berganda! Ragam mereka pun pasti berganda-ganda.
Itulah yang dilalui oleh ibu muda kepada 3 cahaya mata kembar ini. Dia merakam setiap momen anak kembarnya sejak bayi sehingga berusia 1 tahun lebih. Memang comel dan banyak ragam!
Memang tak mudah lebih-lebih lagi ketika siapkan mereka seperti ikat rambut, pakaikan baju.
Mummy Kaylee berkongsi kenangan yang paling disukai ketika bersama kembar tiga yang lahir di Alaska.
Si kembar sentiasa aktif bermain, bergurau dan gelak ketawa bersama-sama.
Rata-rata suka melihat telatah si kembar namun ada yang menyatakan rasa penat dengan hanya melihat mereka bertiga apatah lagi yang menjaganya.
Diane
OMG – saya penat cuma tengok video ni, saya nak rehat!
Emma
saya suka si kembar ni tapi rasanya perlukan pembantu rumah bila mereka sambut ulang tahun ke-5
Kredit: Tyla
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tips Bayi Senang Tidur Dikongsi Ibu Ini Kena Mulakan Sejak Dalam Pantang Lagi

Masa dalam pantang bayi asyik tidur sahaja. Sebenarnya inilah waktu paling sesuai untuk anda disiplinkan dia dengan rutin tidur sendiri. Tapi perasan tak bila masuk sahaja usia sebulan, dia makin susah nak tidur.
Bila dah lena tidur, kita letak perlahan-lahan atas tilam dia terus terjaga. Stres ibu sebab baru nak gerak buat kerja lain. Ramai ibu yang mengadu bayi mereka memang jenis susah nak tidur apatah lagi kalau balik kampung atau pergi travel.
Biasanya ibu-ibu memilih ‘alat bantu’ tertentu untuk memudahkan bayi tidur. Antaranya menyusukan bayi, tidurkan dalam buaian, dalam rocking chair, bagi puting kosong, tepuk punggung, hayun bayi perlahan-lahan sambil berjalan dan bermacam cara lagi kan.
Tapi bila menggunakan kaedah tersebut, bayi biasanya susah nak tidur sendiri dan terpaksa bergantung kepada bantuan tersebut untuk tidur. Betul kan? Perkongsian cara Puan Aiza menidurkan bayinya dengan rutin yang disiplin mungkin boleh dijadikan contoh oleh ibu-ibu lain yang baru melahirkan bayi.
Mudahnya Adam tertidur!
Ramai sebenarnya tanya kat kita, senangnya nak tidurkan Adam tak kira masa dan kat manapun!
Ini kita share tips yg kita train Adam since dari waktu pantang lagi. Alhamdulillah, memang mudah tidur! Thank you kat mak sebab ajar jugak!
1. Dari waktu pantang, ajar baby tidur berjadual iaitu mengikuti cycle dan waktu feeding dia. Bagi susu dan terus tidur.
2. Waktu pantang, kalau menyusu jangan ‘ngempeng’ lama-lama. Jika baby dah tertidur, masukkan jari kelingking kita ke dalam mulut baby, keluarkan puting dari mulut baby, letak atas tilam perlahan-lahan. Kalau terjaga, tepuk perlahan-lahan dan berzikir. Tak perlu latch-on balik nanti rajinla baby mengempeng. Human pacifier it is.
3. No buaian, no rocking chair, no hayun-hayun, no baby mata celik pek pek pek punggung nk tidurkan. NO. Once introduce, baby akan menjadi kesedapan, dan later age, tak ada semua ni tak boleh tidur. Usunglah buaian ke sana ke mari. Susah kan? Adam boleh tidur kat mana saja even tepi pavement kalau time travel. Umur di antara 0-3 bulan adalah crucial untuk membiasakan baby dengan something. Kalau dalam umur ini dh biasakan, maka nanti akan menjadi kebiasaan.
4. Berzikir waktu nak tidurkan baby, atau tengah feeding baby. Baby dah tertidur, baca selawat dan hembuskan di ubun-ubun. Setiap masa saya amalkan!
5. Kalau baby terbangun, kita buat bodoh je tauu. Nampak macam kejam, tapi percayalah, baby akan tidur balik punya! I did it! So, lama-lama dia tahu nak relax sendiri lepas terbangun. Biasa kalau Adam terbangun kita tenung mata dia, sambil tepuk perlahan dan cium. Urut pangkal mata di dahi pun berkesan!
6. Pastikan suasana yang selesa, sedap tidur. Pasang ayat al-Quran atau mommy berzikir. Make sure pampers dah tukar, badan bersih, and well-feed.
7. Train dari awal tau!
Ini cuma ikhtiar and cara Aiza. Boleh cuba tapi jangan kata apa pula kalau tak menjadi. Setiap baby lain-lain kan dan semoga berjaya ye!
Sumber: Aiza D Undefined
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mama Jangan Stres Bila Bayi Suka Menyusu Sebelah Payudara. Ikuti Tip Pakar Laktasi Ini

Mama jangan stres bila bayi suka menyusu sebelah payudara sahaja. Mama tentu rasa tak selesa, lenguh bila posisi penyusuan tidak boleh ditukar kepada satu lagi payudara. Bila diberi yang sebelah sana, bayi menyusu tidak lama dan sekiranya dipaksa juga akan bayi akan menangis tanda protes!
Menurut Rita Rahayu Omar, Pakar Laktasi & IBCLC, setiap cabaran itu pasti ada penyelesaiannya. Perlu diingat bahawa bayi perlu dipujuk dan bukan dipaksa! Oleh itu, teknik memujuk amat penting dalam usaha mengembalikan minatnya untuk menyusu di sebelah payudara yang tidak digemari.
5 TIP BANTU BAYI ATASI MASALAH MENYUSU SEBELAH PAYUDARA SAHAJA
Rita mencadangkan lima cara untuk mengatasi masalah ini;
#1 SUSUKAN KETIKA DIA SEDANG MENGANTUK
Cuba susukan bayi ketika dia baru bangun tidur dan belum benar-benar sedar atau ketika dia sedang mengantuk. Bayi akan lebih mudah bekerjasama dan bertindak secara spontan.?
#2 MULAKAN PADA PAYUDARA YANG TIDAK DIGEMARI
Mulakan penyusuan pada payu dara yang kurang digemarinya terlebih dahulu. Apabila pancutan refleks berlaku, alih ke payu dara sebelah lagi tanpa mengubah posisi kepalanya. Sebagai contoh, mulakan dengan posisi Cradle Hold kemudian alihkannya kepada posisi Football Hold. Anda juga boleh praktik posisi penyusuan yang lain?
#3 SUASANA SELESA
Menyusu dalam suasana yang selesa (lampu malap atau berkeadaan sunyi dan sepi).
#4 GERAKAN
Cuba menyusu sambil berjalan, menggendong atau ayunkannya perlahan-lahan sehingga bayi menerima payu dara yang kurang digemari.?
#5 URUTAN
Jika bayi lebih gemar payu dara yang mempunyai aliran susu yang lebih laju, lakukan urutan (breast compression) untuk mempercepatkan aliran susu di payudara yang perlahan aliran susunya. Jika sebaliknya, kepit (Scissor Hold) di bahagian areola untuk memperlahankan aliran susu.
Untuk merangsang penghasilan susu dengan lebih banyak di payu dara yang perlahan alirannya, anda boleh memerah dengan tangan atau mengepam payu dara tersebut untuk memastikan bekalan susu yang berkekalan.
SABAR DAN GIGIH
Kesabaran dan kegigihan adalah kunci kejayaan. Teruskan usaha! Bayi mungkin akan menerima kembali payu dara sebelah kiri sedikit masa lagi. Jika dia masih meragam atau enggan, anda harus teruskan rangsangan di payu dara kiri dengan memerah sekerap mungkin. Ini penting untuk memastikan bekalan susu berkekalan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Biarlah Anak Seronok Bermain Dengan Cermin, Ia Boleh Bantu Jadi Bijak. Pastikan Mama Papa Ikut 6 Tip Ini!

Seronoknya dia bermain dengan cermin. Melihat wajah dan imejnya dalam cermin pun boleh buat dia ketawa. Tapi jangan risau, ini perkembangan yang baik.
Tiap kali dia melintas di sebelah cermin, suka sangat dia memerhati. Kadang-kadang lama duduk di depan cermin sambil bersembang ikut gaya ‘bahasa’ dia dan ketawa.
BAYI TERTARIK KEPADA CERMIN KERANA TERTARIK DENGAN WAJAH
Bayi sukakan cermin kerana mereka tertarik kepada muka/ wajah. Sejak lahir, mereka suka untuk melihat dan merenung wajah ibu bapa dan pengasuh mereka.
Bayi juga suka melihat wajah yang terpampang di dalam gambar serta orang yang selesa bersama-samanya. Wajah yang dilihat dalam cermin juga tidak terkecuali!
6 KESAN POSTIF BERMAIN DENGAN CERMIN KEPADA BAYI
1-Bermain dengan cermin adalah salah satu eksplorasi atau penerokaan. Cuba dukung bayi anda di depan cermin. Bayi yang normal selalunya akan cuba menyentuh imejnya yang wujud di dalam cermin tersebut. Mereka akan belajar untuk mengenal refleksi imej di dalam cermin.
2-Apabila anda berada di depan cermin bersama bayi, bolehlah ajarnya tentang nama anggota pada wajah. Sebutkan tentang hidung, mata, mulut, pipi, dagu, telinga, kepala, rambut dan sebagainya. Bayi akan belajar tentangnya dengan cermin dan bantuan anda.
3- Visual tracking atau latihan mata untuk melihat objek yang bergerak di sekitarnya. Misalnya wajah abang atau kakaknya yang sedang bermain dan bergerak di depan cermin sambil membuat pelbagai mimik muka. Percayalah, tentu bayi anda akan suka aktiviti ini, satu latihan kognitif yang baik.
4- Dia akan cuba mencapai imej pada cermin tersebut dengan cara menyentuh. Ia adalah salah satu latihan motor yang baik untuknya. Dia juga tahu tentang kewujudan objek hanya pada depan cermin dan bukan di dalam cermin.
5-Bermain di depan cermin ialah bonding yang baik untuk mama, papa, bayi dan anak-anak yang lain. Ia juga membina kemahiran bersosial.
6-Si kecil belajar untuk fokus apabila bermain dengan cermin.
6 TIP PERKENALKAN PERMAINAN CERMIN KEPADA BAYI
*PASTIKAN ANDA HANYA MENGGUNAKAN CERMIN KHAS UNTUK BAYI
- Belikan cermin khas untuk bayi yang tidak pecah. Ia wujud dalam pembagai saiz dan bentuk.
- Boleh juga dapatkan mainan yang mempunyai cermin.
- Lekatkan di bahagian dinding- bawah (mencecah lantai) supaya bayi boleh melihat cermin semasa aktiviti merangkak atau bermain. Jika cermin tersebut berbentuk memanjang, eloklah ditampalkan dalam kedudukan memanjang
- Boleh juga dilekatkan pada sudut tepi di dalam katil bayi dengan mengunakan velcro. Tanggalkan apabila bayi tidur.
- Sentiasa periksa sekiranya cermin retak atau pecah. Pastikan ia ditanggalkan sekiranya retak atau pecah.
- Jangan tinggalkan bayi seorang diri apabila bermain. Pastikan sentiasa memantau bayi untuk mengelakkan kemalangan.
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI