Media sosial dihebohkan dengan saiz bayi yang sangat besar bernama Muhamamad Kenzie Alfaro, berusia 16 bulan yang mengalami obesiti kerana diberi susu pekat manis oleh ibunya.
Bayi tersebut sering diberi susu pekat manis oleh ibunya kerana lebih murah dan difahamkan si ibu tidak mampu membeli susu formula secara ekonomi.
Akibat rutin memberi bayinya minum susu pekat manis, bayi yang berusia 16 bulan itu kini mencapai berat 27 kilogram.
Baca:
“Anak Dapat Macam-Macam, Orang Sana Kids Friendly” Bawa Anak Kecil Umrah, Ibu Kongsi Pengalaman
Adik Hafiza, 8 Tahun Ditemui Dalam Keadaan Tangan Kaki Terikat & Badan Terurai Tanpa Organ Dalaman
Bayi Kembar Ajaib, Lahir Hampir Tak Bernyawa Kini Genap Setahun. Pemegang Rekod Dunia Guinness
Bayi yang berasal dari Bekasi, Indonesia itu juga dilaporkan dirujuk ke beberapa hospital kerana situasinya yang tidak normal untuk bayi seusianya.
Ramai ibu bapa memberikan susu pekat manis kepada anak kecil kerana dianggap mempunyai nutrisi yang sama dengan susu formula.
Masih wujud salah faham tersebut dalam masyarakat dan ramai yang memilih susu pekat manis kerana lebih murah dan mudah disimpan serta tahan lama.
Hal ini tidak dibenarkan kerana kandungannya yang tidak bermanfaat untuk perkembangan tubuh anak.
Kredit: tribunnews
Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI