Berikutan video tular adik Anas yang berusia dua tahun berlagak seperti kucing yang masuk ke dalam sangkar lalu diusik oleh bapanya membuatkan netizen geli hati dengan telatah comelnya.
Malah kanak-kanak tersebut kini mula mempunyai peminatnya seperti mana anak-anak artis.
Mungkin tujuan bapa Anas sekadar suka-suka sahaja untuk merekod aktivitinya bersama anak namun jangka apabila dimuat naik ke facebook dan instagram nampaknya peminat mula suka dan terhibur dengan keletahnya.
Sikap bapa Anas yang suka melayannya bercakap betul-betul membuatkan Anas nampak cerdik dari usianya. Walaupun baru dua tahun tapi keyakinan dan sikapnya yang berani sama seperti budak umur 4 atau 5 tahun.
Menurut bapanya, Firdaus, tiada apa-apa rahsia pun dia mendidik Anas.
“Cuma sejak Anas bayi saya sentiasa bercakap dengannya biarpun dia masih tak faham apa-apa dan hanya beri respon dengan bunyi sahaja.
“Lagi satu yang saya biasa buat dengannya sentiasa luang masa bersama. Apa yang dia tanya saya akan jawab. Tak pun kalau dia tak tanya pun saya yang akan cakap dengannya.
“Dari situ Anas banyak belajar. Kadang-kadang saya juga jadi seperti budak semata-mata nak gembirakan Anas. Mungkin orang tengok macam tak budak-budak tapi cara macam tulah bonding saya dengan Anas,” katanya.
Apa yang Anas buat, saya akan rangsangnya kerana dalam tempoh ini sel-sel otak anak sedang berkembang.
Lagi satu rajin melayan anak tanpa jemu. Walaupun soalan sama yang ditanya, selagi boleh jawab, jawab je.
Nak tahu apa menariknya tentang adik Anas boleh tengok di Facebook Fattah Anas dan Instagram fattahanas_official.