Viral Hitamkan Mata Tak Nak Anak Ketagih Gajet. Menipu & Prank Bukan Cara Mendidik

Share

Semalam viral di media sosial tentang taktik berbentuk prank untuk mengekang anak daripada leka dengan gajet atau telefon pintar. Tolong jangan tiru, kurang baik untuk perkembangan mental & emosi kanak-kanak.

Posting yang telah tular di Facebook dan Instagram ini berbentuk seperti perkongsian yang menyarankan perkara yang sama dilakukan ibu bapa lain bagi menyekat minat si kecil kepada telefon pintar. 

Memang benar penggunaan gajet untuk kanak-kanak perlu dielakkan ekoran daripada kesan buruk yang boleh mempengaruhi perkembangannya. Ibu bapa dan orang sekeliling perlu memainkan peranan menyekatnya daripada menjadi tabiat.

Namun sekiranya ia sudah menjadi kebiasaan, ada cara yang boleh dilakukan secara berperingkat. Semuanya perlukan kesabaran dan kesungguhan, bukan sekelip mata dengan prank yang sangat melukakan hati si kecil hingga mengakibatkan trauma!

Prank yang dilakukan olen seorang ibu yang telah di kongsi oleh 64 ribu netizen telah dipadamkan oleh FB berikutan telah melanggar peraturan standard komuniti.

Boleh cuba ni untuk anak kita..???

Nak kurangkan anak bermain handphone? sy cuba cara ni dan berjaya! hehehe..saya nasihat anak kalau kerap main handphone mata jadi hitam…biasa la budak2..bukan nak dengar.

Jadinya..
masa tidur saya letak eye shadow hitam di matanya..ala2 macam panda gituu..bila bangun dari tidur dia tengok cermin dan menjerit ketakutan..

saya katakan padanya..inilah akibat selalu bermain handphone.. rasa serba salah pun ada & kesian pun ada..????

Sekiranya anda bercadang untuk mengikut cara tersebut, fikirkan semula. Perkongsian daripada Public Health Malaysia ini boleh dijadikan panduan dalam perkara berkaitan emosi kanak-kanak.

Penggunaan gadget secara berlebihan tanpa pengawasan ibu bapa sememang telah terbukti mendatangkan kesan negatif kepada kanak kanak.

Namun adakah KITA terlalu terdesak sehingga sanggup melakukan prank yang boleh menyebabkan luka dan parut psikologi kepada anak anak?

PRANK

Prank merupakan trend terkini di media sosial yang dilakukan untuk mempermainkan seseorang, menyebabkan mangsa malu, keliru dan tidak selesa. Media sosial menyebabkan budaya prank ini semakin berleluasa termasuk ibu bapa melakukan prank kepada anak.

TRAUMA; OTAK  STRES & ANAK KETAKUTAN

TRAUMA adalah peristiwa atau persekitaran yang dialami oleh seseorang individu yang menyebabkan kesan emosi, fizikal, kesihatan seseorang individu.

Semasa sedang mengalami trauma, otak kanak kanak berada dalam keadaan stres yang memuncak, hormon ketakutan di rembes dengan banyak.

Keadaan ini menjadi lebih serius kerana otak kanak kanak sedang berkembang. Sebarang bentuk trauma akan KEKAL dalam memori untuk jangka masa panjang .

Respon dan tindakbalas mungkin berbeza untuk setiap kanak kanak. Tetapi percayalah,menakut nakutkan anak dengan prank bukan cara yang terbaik untuk mengubah tingkahlaku.

TRAUMA JADI SUKAR KAWAL EMOSI & AGRESIF

Mengikut kajian, kanak kanak yang trauma bakal berhadapan dengan kesukaran untuk mengawal emosi.

Mereka mungkin mengalami,

  • Rasa ketakutan dan kerisauan yang tidak menentu
  • Sukar untuk ditenangkan dan dipujuk
  • Bertindak agresif dan impulsif
  • Hilang keyakinan diri
  • Mengalami kesukaran untuk tidur
  • Mundur dan terkebelakang dari segi fungsi dan tingkahlaku.

TIADA LAGI KEPERCAYAAN  DARI ANAK

TRUST – Kepercayaan

Ibu bapa adalah insan yang paling dipercayai oleh kanak kanak. Sekiranya mereka dapat tahu bahawa ibu bapa telah menipu mereka sehingga mengalami trauma, adakah mereka masih dapat mempercayai ibu bapa seperti sebelum ini?

Hari ini mungkin anda solekkan mata, adakah esok lusa anda akan simbah kordial sirap seperti kesan berdarah untuk mengubah tingkahlaku yang lain?

Setiap ibu bapa ada cara yang unik dan berbeza dalam mendidik anak anak. Sesungguhnya, kanak kanak perlu tahu dan dimaklumkan mengenai kesan, akibat dan tanggungjawab dari perbuatan yang mereka lakukan.

MENIPU BUKAN CARA UNTUK MENDIDIK

Ternyata, dengan mewujudkan trauma dengan prank matlamat ini tidak mungkin berhasil. Agama sendiri tidak pernah mengajar untuk menipu walaupun untuk tujuan pendidikan

Informasi kami kongsikan, pilihan sentiasa ditangan ibu bapa.

Sumber: Public Health Malaysia

Artikel berkaitan:[Susah Tidur & Hantuk Kepala, Rupanya Tanda Anak Stres. Ibu Kongsi Pengalaman Dalam Pa&Ma TV] [Takut Anak Bosan Hulur Gajet. Ingat Cara Ni Salah! Sepatutnya Anak Bosan Lagi Bagus] [6 Tahun Pertama Usia Emas Anak, Berkasih Sayang Cara Terbaik Mendidik]

Published by
Azma ML