Viral Instafamous Bagi Bayi Makan Coklat. Bahaya Kafien Boleh Jejaskan Fungsi Otak Bayi

Share

Jika anda golongan ibu bapa tentu sekali anda akan diberi nasihat tentang pemakanan anak terutama bayi yang baru mula makan, seawal 6 bulan. Perkara yang paling pertama akan diberitahu tentu sekali ‘no salt, no sugar’ atau sebarang penambah rasa kerana deria rasa bayi sangat kuat.

Namun baru-baru ini tular sebuah video dimana pasangan insta famous memberikan bayinya coklat. Video tersebut mendapat perhatian ramai termasuklah pakar kesihatan.

Apa yang boleh Pa&Ma kongsikan, informasi daripada portal Hello Doktor mungkin boleh memberikan pemahaman kebapa ibu bapa lain. 

Siapa yang tidak sukakan coklat? Kita semua gemarkannya. Manis dan lazat. Anak kecil atau bayi pastinya tertarik dengan bar coklat. Anda mungkin tertanya-tanya bolehkah memberi bayi makan coklat? Mungkinkah timbul reaksi alahan dan apakah simptomnya?

Alahan coklat

Sebenarnya, walaupun ada kemungkinan untuk wujudnya alahan kepada koko (bahan utama dalam coklat), tetapi ia sangat jarang berlaku. Ini kerana coklat itu sendiri tidak berada dalam senarai makanan alahan paling biasa, tetapi kandungan bahan-bahan tertentu di dalam coklat yang memungkinkan berlakunya reaksi alahan.

Antara bahan yang biasa menyebabkan reaksi alahan adalah seperti:

Susu
Kekacang
Gandum dan gluten
Soya
Jagung
Beri

Bila boleh berikan bayi coklat?
Sebaiknya anda menunggu  sekurang-kurangnya anak anda berusia 2 tahun, sebelum memperkenalkan coklat kepadanya.

Ketika anda memutuskan untuk memberikan anak anda coklat, pastikan tiada alergen (bahan penyebab alahan) yang berpotensi untuk menyebabkan reaksi alahan. Sebaiknya anda mulakan dengan coklat gelap.

Simptom alahan
Tidak kira sama ada anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai alahan kepada makanan atau tidak, sebaiknya, kali pertama anda memperkenalkan coklat kepada anak anda, perhatikan sebarang simptom reaksi alahan seperti:

Tersedu
Kegatalan
Sesak nafas, kesukaran bernafas, atau simptom asma
Hidung berair atau kerap bersin
Mata merah atau berair
Bengkak lidah, tekak atau mulut
Muntah atau cirit-birit
Jika anak anda alami kesukaran bernafas, atau bengkak pada lidah, tekak, dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

Simptom seperti cirit-birit, ekzema atau sembelit mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum muncul.

Adakah coklat baik untuk bayi?

Jumlah kuantiti kafein yang sedikit itu mungkin tidak mendatang impak kepada individu dewasa, tetapi untuk seorang bayi kecil, kuantiti tersebut mungkin lebih dari cukup. Kafein boleh merangsang dan meningkatkan tekanan darah serta kadar degupan jantung.

Coklat juga mengandungi perangsang lain seperti gula, theobromine, dan phenylethylamine, yang boleh mengakibatkan kesan rangsangan dalam sistem saraf bayi. Malahan coklat juga mengandungi anandamide, bahan yang boleh menjejaskan fungsi otak.

  • Diubahsuai mengikut kesesuain pembaca

Sumber: Ms Ayu Aziz, Hello Doktor

Published by
NuFa