Pelakon Adam Corrie meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang sanggup melakukan kekejaman pada seekor kucing betina yang sedang bunting ke dalam mesin pengering layan diri.

Menerusi entri di Instagram (IG), Adam menjelaskan isterinya, Fazema Mohd Fuad mengalami trauma selepas menonton video yang tular di media sosial semalam.

“Saya dan bidadari saya pencinta kucing, semalam Isteri saya tak boleh tidur malam menangis serta trauma tertengok video kucing bunting kena seksa diletakkan di dalam dryer dobi.

IKLAN

“Emosinya sangat terganggu. Kita atas dunia ni, bukan kita manusia sahaja yang tinggal dan hidup. Ada makhluk lain lagi yang hidup bersama-sama kita.

Viral Video Kucing Diseksa, Adam Corrie Akui Isterinya Tak Boleh Tidur Malam, Menangis Serta Trauma“Semoga kita semua tanamkan sifat kasih sayang sesama kita manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan mahupun yang bukan bernyawa seperti harta benda,” tulisnya.

IKLAN

Semalam, tular di media sosial sebuah video yang dirakamkan dari kamera litar tertutup (CCTV) sebuah pusat dobi layan diri menjadi bualan ramai apabila pelanggan premis berkenaan tergamak memasukkan seekor ibu kucing yang sedang bunting ke dalam mesin pengering lalu menghidupkan peralatan berkenaan.

Viral Video Kucing Diseksa, Adam Corrie Akui Isterinya Tak Boleh Tidur Malam, Menangis Serta TraumaKucing tersebut mati dengan kesan darah dalam mesin itu yang mempunyai tiga tahap suhu iaitu panas, sederhana panas atau biasa.

IKLAN

Sumber: astro gempak

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI