Pelakon Adam Corrie meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang sanggup melakukan kekejaman pada seekor kucing betina yang sedang bunting ke dalam mesin pengering layan diri.
Menerusi entri di Instagram (IG), Adam menjelaskan isterinya, Fazema Mohd Fuad mengalami trauma selepas menonton video yang tular di media sosial semalam.
“Saya dan bidadari saya pencinta kucing, semalam Isteri saya tak boleh tidur malam menangis serta trauma tertengok video kucing bunting kena seksa diletakkan di dalam dryer dobi.
“Emosinya sangat terganggu. Kita atas dunia ni, bukan kita manusia sahaja yang tinggal dan hidup. Ada makhluk lain lagi yang hidup bersama-sama kita.
Semalam, tular di media sosial sebuah video yang dirakamkan dari kamera litar tertutup (CCTV) sebuah pusat dobi layan diri menjadi bualan ramai apabila pelanggan premis berkenaan tergamak memasukkan seekor ibu kucing yang sedang bunting ke dalam mesin pengering lalu menghidupkan peralatan berkenaan.
Sumber: astro gempak