Bersempena dengan Bulan Menabung SSPN tahun ini, pertandingan Virtual Baby Merangkak Race SSPN X Pa&Ma telah diadakan bermula 9-21 Oktober yang lalu. Sedikit kelainan kerana tahun ini pertandingan diadakan secara virtual memandangkan situasi COVID-19 yang masih belum reda. Walaupun begitu, penyertaan amat menggalakkan dan seramai 60 orang bayi telah menyertai Virtual Baby Merangkak Race SSPN X Pa&Ma tahun ini.
Biarpun tidak dapat menjalankan pertandingan ini secara on ground seperti biasa, semangat dan kesungguhan para peserta tetap dapat dirasai. Ibu bapa bersungguh-sungguh merakam serta mengedit video anak mereka merangkak secara kreatif dan mengikut tema. Sekali lagi pertandingan tahun ini membawa tema Superhero.
Pelbagai idea menarik telah diketengahkan oleh ibu bapa dalam merangka perjalanan video anak-anak mereka merangkak. Anak-anak dipakaikan kostum adiwira dan penggunaan props serta lakonan mantap ahli keluarga lain turut menjayakan rakaman video.
Ibu bapa diminta untuk menghantar video yang sudah siap diedit melalui link yang diberikan oleh team Pa&Ma. Sebanyak 20 video menarik telah dipilih oleh pihak Pa&Ma untuk diserahkan kepada SSPN untuk mereka memilih 10 video terbaik untuk dimuatnaik ke laman Instagram Pa&Ma bagi merebut gelaran Baby Merangkak WOW!.
Berikut adalah senarai pemenang :
Pemenang Baby Merangkak WOW!
Muhammad Adam Mikhail Mohammas Azad At Tahrin
Tempat Pertama
Muhammad Rasydan Abd Rahman
Tempat Kedua
Imran Sufi Mohd Aidil Hidayat
Tempat Ketiga
Aemanda Ahmad Edham
Saguhati
Iva Idris
Saguhati
Zayn Aryan Zain Azrai
Pemenang Baby Merangkak WOW! membawa pulang akaun simpanan SSPN RM200 beserta hadiah sampingan. Manakala untuk juara membawa pulang akaun simpanan SSPN bernilai RM250 manakala naib juara menerima akaun simpanan SSPN bernilai RM150 serta dua pemenang saguhati menerima akaun SSPN bernilai RM50.
Kesemua 60 peserta ini juga menerima akaun SSPN beserta e-sijil, medal dan t-shirt istimewa. Biarpun terpaksa mengadakan acara Merangkak Race tahun ini secara virtual, SSPN dan Pa&Ma sangat berbesar hati dengan sambutan menggalakkan daripada ibu bapa yang sangat bersemangat dan sporting untuk membuat video terbaik anak-anak mereka merangkak. Diharapkan jika ada lagi pertandingan ini diadakan pada masa hadapan, akan terus mendapat sokongan dari pembaca Pa&Ma.