Sudah dua hari perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan, namun masih lagi ada segelintir masyarakat yang tidak peka dengan keadaan penularan pandemik Covid-19 yang semakin hari semakin mengganas.
Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan dan juga pihak berkuasa supaya orang ramai menghadkan pergerakan sebagai usaha supaya penularan virus dapat dibendung termasuklah mengadakan sekatan jalan raya dan juga kempen-kempen ‘Stay Home’ yang dibuat secara besar-besaran di media sosial.
Perintah yang dibuat bukan bermakna kita diberi cuti untuk bergerak bebas ke mana-mana. Hadkan pergerakan supaya penularan virus Covid-19 dapat dikurangkan dan seterusnya dihentikan. Bayangkan jika ada yang membawa anak-anak kecil keluar pada masa ini. Dalam masa yang sama kita tidak tahu siapa di sekeliling yang merupakan pembawa virus tersebut.
Menjadi kewajipan orang yang lebih dewasa untuk lebih peka dengan penjagaan kesihatan kanak-kanak yang masih kecil terutamanya. Mereka sudah pasti belum cukup arif atau mahir dengan apa yang disarankan seperti social distance, etika menutup mulut dengan betul, tidak bersalaman dan sebagainya. Oleh itu ibu bapa atau orang sekeliling yang lebih dewasa memainkan peranan untuk melindungi anak-anak yang masih kecil dari dijangkiti virus ini.
Dalam perkongsian Public Health Malaysia di Facebook mereka memberikan tip yang disarankan dari Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan, Universiti Malaya tentang tatacara melindungi kanak-kanak dari wabak Covid-19
Melindungi dan memastikan langkah pencegahan dan kawalan diambil bagi melindungi kanak-kanak adalah tanggungjawab semua.
Amalan social distancing – menjarakkan hubungan sosial amat penting untuk mengurangkan kadar penularan pandemik COVID-19.
Kejayaan pendekatan social distancing bergantung kepada pengelibatan semua individu dalam masyarakat.
Ayuh kita lakukan!
Jaga diri anda dan juga keluarga ya! Ikut arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan supaya social distancing dapat diamalkan.
Sumber: Public Health Malaysia