Jika ada simptom demam dengan suhu tinggi, selesema dan batuk yang berpanjangan, ibu bapa diminta berwaspada dan terus membawa anak-anak ke klinik atau hospital sebagai langkah segera.
Ini berikutan jangkitan virus influenza kembali menyerang kanak-kanak dan orang dewasa. Boleh dikatakan ramai yang tengah mengalaminya buat masa sekarang. Justeru sebagai langkah berjaga-jaga, Dr Erna Nadia kongsikan nasihat buat ibu bapa agar mengambil berat hal ini.
Susah nak diam lah sebab risau. Masa saya locum, punyalah ramai kanak kanak termasuk bayi yang datang klinik akibat influenza like illness.
Bila masuk klinik pula, ibu bapa dijangkiti dari anak anak sendiri. Influenza ini cepat merebak dan ambil masa lama untuk betul betul sembuh.
Paling kasihan pada bayi dan anak kecil sebab tak pandai buang kahak dan tak tau nak habaq pun betapa tak selesanya mereka.
Sebab tu, kalau boleh tak usahlah dedahkan anak-anak, lagi-lagi yang masih kecil pada tempat berisiko tinggi.
Habis nak kurung anak anak? MashaAllah. Dunia ini luas Allah ciptakan. Anak kecil lebih elok dan bagus terdedah dengan matahari dan alam sekitar berbanding main-main di dalam dewan atau bangunan.
Punyalah banyak tempat boleh bawa mereka untuk nikmati hidup. Kita dulu pun main pondok-pondok, polis sentri, roundes, galah panjang, congkak guna bijik getah, lompat getah, lari hambat wau, kat luaq saja, tak heran pun kalau tak tengok wayang, kan?
Ka sebab saya ni orang kampung sangat?
Kalau anak tak sihat, tak perlu bawa keluar ke mana-mana. Jagalah mereka sebaiknya.
Paling penting, jika anak demam, bagilah ubat demam 6-8jam sekali, mandikan mereka dengan kerap, make sure pampers mereka ada air kencing dan tiada tanda amaran seperti
nafas laju, nafas berbunyi kuat, muntah atau cirit non stop, lemah tak bermaya, dahi dan dada berlekuk, menangis tak keluar air mata, tak mau makan dan minum.
Jika ada, tolonglah terus bawa anak tersebut ke hospital. Jangan tunggu jangan berlengah.
Baru sahaja terbaca seorang anak kecil sedang bertarung nyawa di ICU akibat daripada komplikasi long Covid.
Ya Covid pun masih ada ya. Jadi, sentiasa lah beringat. Bukan suruh kurung diri tapi beringat untuk elak dari terkena. Itu saja.
As usual, ini cuma nasihat. Bukan kecaman. Nasihat pasal banyak stok ubat di klinik, hospital dan farmasi sudah habis.
Jadi? Tak perlu risau lagi?
Kredit: Dr. Erna Nadia
Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat! Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!