Bayi yang baru dilahirkan memang fragile, sistem imun badan mereka masih lagi lemah. Sebab itulah bayi yang baru lahir memerlukan nutrisi yang secukupnya untuk membantu mereka membesar dengan sihat. Pernahkah ibu-ibu baru terutamanya mendengar tentang Vitamin K dan apakah fungsinya untuk bayi anda yang baru dilahirkan?
Melalui perkongsian daripada laman Facebook Klinik Dr Asmah, menerangkan kepentingan Vitamin K ini untuk bayi yang baru dilahirkan. Rupanya ia amat penting dan sangat disyorkan kekurangan vitamin ini boleh mencengah pendarahan yang boleh menyebabkan maut.
Ibu Pasti Pernah Dengar Tentang Vitamin K, Namun Tahukah Anda Fungsinya Untuk Bayi?
Penting untuk membantu pembekuan darah, ternyata fungsi vitamin K bagi bayi baru lahir adalah sangat disyorkan.
Pada bayi baru lahir, vitamin K berfungsi bagi mencegah pendarahan yang boleh menyebabkan maut. Keadaan ini terjadi di beberapa bahagian tubuh, yang boleh juga terjadi pada otak bayi.
Pendarahan pada bahagian otak ini disebut haermorrhagic disease of the newborn (HDN) atau nama lainnya Vitamin K Deficiency Bleeding (VKBD) yang boleh menjadikan masalah pendarahan ke otak, yang mengakibatkan kerosakan otak, malah kematian!
Fungsi Vitamin K: Adakah Bayi Memerlukan Suntikan Vitamin K?
VKBD berisiko terjadi pada setiap bayi, melainkan suntikan vitamin k diberikan sebaiknya. Ini merupakan salah satu cara pencegahan terhadap pendarahan yang boleh menjurus kepada penyakit berbahaya.
Ads
Keadaan ini khususnya terjadi kepada bayi di bawah usia 6 bulan kerana bakteria di usus akan mula menghasilkan vitamin K sendiri hanya selepas bayi mula makan makanan pejal. Sehingga itu, bayi baru lahir masih berisiko dan tidak dapat membina antibodi sendiri bagi melawan VKBD.
Jangan risau ya ibu ayah, pemberian vitamin K ini selamat pada bayi. Melalui suntikan selepas bayi dilahirkan, si manja akan dilindungi selama berbulan-bulan.
Antara kaedah lain pemberian vitamin K adalah melalui oral atau mulut, namun kedua-dua kaedah harus diawasi jumlah dos yang perlu diberi.
Pada awalnya, terdapat beberapa tanggapan yang mengaitkan hubungan pemberian vitamin ini dengan penyakti kanser. Namun hasil kajian mendalam menunjukkan hal ini tidak terbukti, malah selamat diberikan kepada bayi.
Ads
Kenapa Bayi Mempunyai Kadar Vitamin K Rendah?
Bayi memiliki kadar vitamin K yang rendah dalam tubuh mereka kerana: – Usus bayi masih belum boleh bekerja secara maksimum, penghasilan vitamin K oleh usus bayi juga belum boleh mencapai tahap maksima. – Bayi tidak mendapatkan cukup vitamin K dari ibu mereka semasa kehamilan atau semasa penyusuan badan.
Bayi Yang Berisiko Mengalami VKDB
💜 Semua bayi yang baru lahir berisiko kerana memiliki kadar vitamin K yang rendah. 💜 Bayi pramatang. 💜 Keadaan bayi yang tidak sihat. 💜 Bayi yang lahir dari ibu yang menggunakan ubat-ubatan tertentu, seperti ubat anti-epilepsi, ubat cairkan darah atau sebarang ubat cuba hamil. 💜 Bayi yang dilahirkan dengan ventouse, forceps atau pembedahan caesar.
Fungsi Vitamin K: Dos Vitamin K Untuk Bayi
Ads
American Academy of Pediatrics (AAP) mengesyorkan Vitamin K diberikan kepada semua bayi yang baru lahir dos tunggal intramuskuler 0.5-1 mg. Cara termudah dan paling cepat untuk memberi bayi vitamin K adalah dengan melalui suntikan.
Namun, jika anda memilih untuk memberi vitamin K melalui oral, bayi sebaiknya mengikuti 3 prosedur dos berbeza seperti berikut: 🧡 Dos pertama sejurus selepas dilahirkan. 🧡 Pemberian dos ke-2 biasanya 3-5 hari kemudian. 🧡 Dos ke-3 diberi pada minggu ke-4, hanya sekiranya bayi minum susu ibu sepenuhnya. Bayi yang minum susu formula tidak perlu dos ke-3. Jika bayi muntah dalam waktu satu jam setelah menelan vitamin K, bayi perlu diberi dos lain.
Keadaan Apa Yang Anda Perlu Risau?
Ada beberapa keadaan yang harus anda alert dan harus terus hubungi doktor sekiranya berlaku, seperti: 1. Bayi mengalami pendarahan atau lebam yang tidak dapat dijelaskan. 2. Ketika bayi berusia 3 minggu ke atas, ada tanda-tanda penyakit kuning (warna kuning pada kulit atau putih mata). 3. Bayi dengan masalah hati sangat berisiko, walaupun jika sudah mendapatkan vitamin K.
Inilah fungsi vitamin K dan kepentingannya ya ibu ayah. Jangan lupa tanya doktor berhubung jadual vaksin si manja ya!
Benarlah kata orang, lain anak lain cara kelahirannya. Bagi pelakon, Elfira Loy, dia melalui dua pengalaman yang berbeza pada kelahiran normal dua anaknya.
Dua kelahiran berbeza dengan kontraksi yang berlainan membuatkan dirinya sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan. Namun kata Elfira, dia tekad untuk bersalin normal.
Menerusi Insta Storynya, ibu cantik kepada dua cahaya mata ini menjawab pelbagai persoalan dari pengikutnya di Instagram. Salah satu soalan yang dijawab oleh Elfira adalah mengenai tip bersalin dengan mudah.
Menurut kata El, dia bersyukur kerana bertemu dengan midwifes yang begitu baik membantu dua kelahiran anaknya.
“I am thankful for great midwives that i got for both pregnancies. El tak pergi any antenantal class, jadi memang mengharapkan whatever happens in the labor room tu lah yang akan bantu.
“My tip is to talk to your gynae first. I memang seyakinnya nak beranak normal dengan izin Allah lah if no complications. So if there’s many options during labor.
“Beranak normal dengan selamat is my priority walaupun kena tahan sakit ke, kena push lebih ke, janji normal. Bila kita yakin, gynae pun yakin. Sama-sama doa beranak normal,” tulis Elfira berkongsi.
Malah kata Elfira lagi berkongsi tipnya, apa yang dilakukannya adalah mengikut sahaja arahan yang diberikan oleh perbidanan ketika proses menolak bayi keluar. Paling utama kata El, sentiasa tenang dan mendengar setiap arahan dengan baik.
Bukan itu sahaja, bahkan isteri kesayangan Faris Khairol Anuar ini juga turut menasihati pengikutnya untuk mengambil epidural untuk kelahiran yang lebih tenang dan lancar.
“Second to relax and listen to your midwife carefully. Bila dia suruh push baru push, hold as long as you can. Aduhh i nak share the video tu tapi malu haha.
“And my last tips. Nak cakap please take epidural if you want a smooth and chill labor.
“Tapi my second one ni, epidural buat i restless so we were to turunkan the dose.
“So hujung-hujung tu dah boleh rasa dah sebab pressure dah takut. El nak bersalin cepat, El fokus nak beranak. Takut woo,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Elfira selamat melahirkan bayi keduanya yang diberikan nama Nur Aria Mikayla Mohamad Faris pada 20 Mei lalu dan kini ibu kepada dua cahaya mata ini sedang melalui momen indahnya berpantang.
Pelbagai fesyen kasut bayi membuatkan ibu bapa seronok membeli untuk anak-anak. Maklumlah bila disarungkan pada kaki bayi, nampak comel sangat. Sebenarnya tindakan ibu bapa memakaikan kasut kepada bayi masih kecil akan membuatkan perkembangan otot telapak kakinya terbantut.
Tidak perlu kenakan kasut kepada bayi anda, cukup sekadar dengan memakaikan mereka stokin. Stokin juga biarlah sedikit longgar.
Dengan memakaikan stokin yang sedikit longgar kepada bayi, ia memberi kebebasan pada tulang-tulang kaki dan jari kaki mereka. Tidak perlu dipakaikan kasut kerana berjalan dengan kaki ayam pun mereka belum mampu.
Jika bayi dalam proses membesar, biarkan kaki mereka sentiasa bebeas agar mereka dapat meregangkan otot kaki sekaligus merangsangnya agar mudah digerakkan. Sebelum pandai berjalan, bayi gemar meregangkan tulang jari kaki mereka dengan cara tersendiri.
Perhatikan bayi anda. Mereka suka menggerakkan jari kaki serta pergelangan kaki. Bayangkan jika dipakaikan kasut, bagaimana mahu digerakkan? Tiada salahnya untuk anda gayakan bayi, tetapi jangan sampai membebankan perkembangan mereka. Dengan membiarkan kaki mereka sentiasa bebas, ia akan menjadi kuat dan proses mereka untuk berjalan juga lebih cepat.
Bila tengok rekaan kasut yang comel-comel tu, pendamkan perasaan dahulu. Tunggu sehingga mereka sudah boleh bertatih sendiri, kemudian belilah kasut yang selesa untuk mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usahawan berjaya, Datin Rita Sosilawati yang secara tiba-tiba tular mengenai stok perahan susu yang dihasilkan rupanya pernah melalui tempoh-tempoh yang sukar sewaktu menyusukan kelima-lima anaknya.
Menerusi perkongsian videonya bersama Pa&Ma, akuinya kelima-lima anaknya berbeza-beza pengalaman menjadikan kelahiran anak kelimanya kali ini membuatkan dia begitu bersedia untuk menyusu.
“Kalau diimbas kembali pengalaman menyusukan anak pertama memang berbeza sebab saya tak ada pengalaman dan saya tak ada ibu waktu itu untuk ajar saya menyusu dengan baik. Ibu mentua pun tak berapa pandai ajar buat stok.
“Anak pertama saya hanya sempat menyusu enam bulan saja sebab saya tak ada pengalaman, anak kedua saya buat stok lapan bulan, anak ketiga setahun setengah dan anak keempat cukup-cukup dua tahun menyusu.
“Banyak saya belajar sendiri melalui pengalaman dan alhamdulillah anak kelima ini belum sempat lagi empat bulan, saya rasa dah cukup stok setahun untuk dia,” luahnya bersyukur.
Malah paling tidak disangka-sangka, anak kelima ini dianugerahkan rezeki yang cukup meriah sehingga dapat berkongsi rezeki dengan anak susuannya.
“Saya sebenarnya tak pernah tahu pun wujudnya mengenai ikon penyusuan. Saya sekadar berkongsi di media sosial hanya untuk nak kongsi pengalaman dan kebetulan masa itu anak susuan saya nak susu, jadi saya rekodlah.
“Tak sangka pula tiba-tiba viral sebab ini anak saya yang kelima,” luahnya lagi.
Makan apa sahaja dan minum milo waktu pantang
Berkongsi tip dan amalannya ketika menyusu, akui Datin Rita lagi, ia bukan satu hal yang mudah. Perlukan pengorbanan yang cukup besar dan masa dari ibu, lebih-lebih lagi ibu bekerjaya.
“Nak buat susu bukan senang, lagi-lagi nak buat stok memang susah. Saya dulu pernah stress, sampai tak keluar susu sebab tak ada pengalaman.
“Tapi sekarang anak lima saya dah tahu dah, bukak je mata lepas bersalin saya dah mintak pam untuk pam sebab saya kena ada demand.
“Kena selalu pam dan saya buat bermula pukul 3, 6, 9 dan pukul 12. Saya sambung lagi pukul 3 petang, 6, 9 dan 12 pagi. Macam mana sibuk pun kena create demand. Susu bercelaru sebab waktu tak tepat.
“Kena selalu dalam mood yang baik. Saya akan pastikan saya tak stress waktu nak pam susu. Cara saya, saya akan tengok K drama, yang kelakar atau layan sosial media. Saya tak akan buat kerja saya tapi saya buat aktiviti santai macam ni.
“Saya tak ada pantang larang pun dalam pantang. Kalau dulu saya makan clear sup sahaja tapi kali ini saya makan apa sahaja, sambal udang petai atau masak lemak cili padi, semua saya makan. Saya cuma pantang dua minggu awal sahaja masa pantang dan elak makanan gatal.
“Saya nampak perbezaan ini dan nampak proses susu ini sangat-sangat banyak bila saya makan apa saja. Saya dah boleh hasilkan 8 hingga 10 auns waktu pantang.
“Saya pun banyak berbincang dengan confinement lady, saya plan untuk makan apa sahaja dan tanya dia apa saya boleh makan dan hasilnya alhamdulillah. Jangan pilih-pilih asalkan tak gatal.
“Kalau saya makan nasi banyak, lagi banyak susu yang saya hasilkan. Lagi satu yang saya perasan saya suka minum milo waktu pantang dan susu memang banyak. Air paling penting, jangan pantang minum air kosong,” katanya lagi berkongsi tip.
'Hadir' selepas 20 tahun menanti- "Welcome baby Amanda yang telah sekian lama ditunggu." Sudah lebih 10 tahun Norasniah dan suaminya, Syed Shamsul, mendirikan rumah tangga. Pasangan ini tetap sabar menantikan kehadiran si kecil sebagai penyambung keturunan.