Seorang ibu tentu mahukan anaknya menjadi bijak. Apakah definisi kebijaksaan bagi anda?
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Alat Permainan Yang Kotor Salah Satu Punca Mengapa Anak Kerap Sakit
Anak kecil terutamanya bayi sering memasukkan jari atau alat permainan ke dalam mulut. Jika alat permainan dan permukaan tempat si kecil bermain tidak bersih, bakteria dan virus pasti mudah berpindah kepada bayi.
Perkara ini sering diambil ringan oleh para ibu bapa. Alat permainan yang kotor boleh meningkatkan risiko jangkitan bakteria dan virus pada kanak-kanak.
Membersihkan alat permainan seharusnya dijadikan rutin kepada para ibu bapa sama seperti membasuh kereta mahupun mop lantai rumah.
Berapa Kerap Anda Perlu Membersihkan Alat Permainan Si Kecil?
– Ia terpulang kepada ibu bapa berapa kerap alat permainan itu hendak dibasuh. Anda tidak perlu menyusahkan diri membersihkannya setiap hari. Namun, adalah baik jika alat permainan anak anda dibersihkan pada masa yang tertentu seperti;
– Apabila alat permainan kelihatan kotor (contoh: makanan tumpah pada alat permainan, atau dibawa main keluar rumah)
– Anak anda baru sembuh daripada sebarang jangkitan seperti selsema atau cirit birit. Dikhuatiri alat permainannya masih dicemari dengan bakteria/virus yang menyebabkan anak anda sakit
– Kanak-kanak lain memasukkan alat permainan anak anda ke dalam mulut mereka
– Setiap hujung minggu/bulan
Kaedah Membasuh Alat Permainan
Alat permainan keras (diperbuat daripada plastik)
Kaedah 1
– Gosok alat permainan dengan berus dan air sabun
– Bilas dengan air bersih
– Keringkan dan lap dengan wet wipe tissue
Kaedah 2
– Gosok alat permainan dengan berus dan air sabun
– Rendam di dalam *air yang dicampur peluntur selama 10-20 minit
– Bilas dengan air bersih dan keringkan
Alat permainan yang mempunyai bateri/diperbuat daripada kayu atau besi/permainan bersaiz besar
– Lap permukaan luar menggunakan span sabun
– Kemudian lap menggunakan kain lembap yang telah direndam *air yang dicampur peluntur dan keringkan
*Cara mudah sediakan air campuran peluntur:
Campurkan 1 sudu (15 ml) peluntur untuk setiap 1 liter air.
Peluntur yang telah dicampurkan air pada jumlah yang betul adalah selamat untuk digunakan sebagai cecair pembersih alat permainan. Klorin pada peluntur akan tersejat dengan cepat semasa dikeringkan.
Alat permainan lembut/kapas/kain
Sebilangan alat permainan boleh sahaja dibasuh menggunakan mesin basuh.
Sekiranya ia tidak sesuai dibasuh menggunakan mesin, rendam dengan air sabun, bilas dan keringkan di bawah cahaya matahari.
Permainan yang sukar dibersihkan atau terlalu kotor eloklah dibuang sahaja untuk mengelak pembiakan kuman.
Membiasakan si kecil mempunyai bantal atau selimut busuk juga sebaiknya tidak perlu diamalkan. Ini kerana, kotoran bakteria akan berkumpul pada bantal dan selimut dan ia sebenarnya boleh mengundang jangkitan. Untuk anak yang mempunyai bantal/selimut busuk, basuhlah sekali-sekala terutamanya apabila ia kelihatan kotor.
Tip Lain Menjaga Kebersihan Alat Permainan
Simpan permainan di dalam bekas tertutup yang bersih setiap kali selepas main
Sebaiknya, setiap anak mempunyai permainan sendiri. Kurangkan berkongsi permainan terutamanya patung mainan fabrik
Permainan yang tidak boleh dibasuh seperti plastisin perlu diganti apabila ia sudah lama digunakan kerana bakteria pasti sudah berkumpul di dalamnya
Kotak pasir perlu diganti secara berkala dan ditutup jika tidak digunakan untuk mengelakkan haiwan liar mengotorkan pasir tersebut
Sekiranya ada permainan yang kelihatan kotor, jangan campurkan bersama permainan bersih. Asingkan ia sebelum dibasuh
Jadikan aktiviti membersihkan alat permainan sebagai salah satu rutin kerja rumah. Ibu bapa perlu bijak dan prihatin terhadap kesihatan anak-anak. Kesihatan keluarga bermula daripada persekitan rumah yang bersih.
Sumber: zuriat.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mak-Mak Mudah Stres Kalau Anak Jenis Susah Makan. Fahami Apa Puncanya!
Ramai mak-mak mudah rasa stres kalau anak jenis susah makan. Apa pun yang dihidangkan semuanya ditolak.
“Eh, susah betul nak bagi anak aku makan. Semua dia tak nak. Letih masak, dia tolak semuanya,” keluh Nisa tentang perangai anaknya yang susah makan.
Masalah si kecil tak nak makan adalah masalah yang biasa dihadapi oleh ramai ibu. Biasanya kanak-kanak yang susah makan digelar sebagai picky eater.
Picky eater bermaksud anak masih mahu makan bermacam jenis makanan, sama ada yang biasa dimakan atau yang tak pernah dimakan tapi menolak untuk makan dalam kuantiti yang banyak. Ini ada kaitan dengan rasa dan tekstur makanan tersebut.
Walaupun memilih makanan, kanak-kanak picky eater masih boleh makan sejenis makanan dari setiap kategori karbohidrat, protein, dan sayur/buah. Contohnya kalau anak tak mahu makan nasi, tapi dia masih mahu makan roti.
Selective eater adalah kanak-kanak yang menolak semua jenis makanan dalam kategori makanan tertentu. Contohnya dia langsung tak mahu makan makanan dalam kategori karbohidrat, sama ada nasi, roti, atau mee.
Sebenarnya, picky eater pada anak adalah satu perkara yang normal kerana secara umumnya semua kanak-kanak akan melalui fasa memilih makanan pada usia 2 hingga 3 tahun. Lain halnya dengan anak selective eater yang berisiko mengalami kekurangan zat dan khasiat tertentu.
Kalau anak mengalami masalah susah makan yang cenderung picky eater, maka anda perlu tahu punca utama anak mengelakkan makanan seperti tak suka tekstur, rasa, dan lain-lain.
Sekiranya anak memang ada masalah di kawasan mulutnya seperti sensori oral dan motorik oral, maka perangai picky eater itu boleh jadi adalah salah satu gejala ketidakstabilan kawasan mulut. Akibatnya, timbul reaksi si kecil jadi memilih-milih makanan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sebelum 7 Tahun Bagi Anak Main Dulu, Bukan Paksa Belajar. Terlepas Fasa Ni Rugi!
Cabaran ibu bapa mendidik anak hari ini cukup besar. Jika zaman kita dulu-dulu, sebelum masuk sekolah rendah, tiada siapa menghalang untuk bermain. Selagi tak memudaratkan diri, keseronokan itu akan dinikmati bersama rakan-rakan sebaya.
Kini, keadaannya sangat berbeza. Ibu bapa dah tak boleh nak membiarkan anak keluar bebas kerana keadaan persekitaran yang dah tak selamat. Banyak perkara perlu difikirkan. Disebabkan itu, aktiviti jadi terhad dan ibu bapa lebih selesa untuk fokus pada akademik.
Namun sebagai ibu bapa, kita perlu faham fasa perkembangan anak kecil adalah BERMAIN. Memang betul akademik penting tapi mestilah seimbang dengan sosial anak agar mereka lebih tahu erti kehidupan.
Berikut antara perkongsian Parenting Coach, Mohd Fhais Salim.
Orang kata 7 tahun dah kena pandai membaca. Usia 4 tahun dah kena kenal huruf dan nombor. Jujurnya saya tak ambil port sangat tentang pencapaian akademik waktu umur anak bawah 7 tahun.
Bagi saya itu semua kurang penting! Yang paling penting ketika ini bukan akademik tapi tumbesaran otak, emosi dan fizikal anak. Itu jauh lebih penting.
Tak terbantut jika tak pandai baca tapi jika 7 tahun tak pandai bersosial hah itu bahaya.
– Tak pandai berkawan
– Tak pandai komunikasi
– Tak pandai main sama-sama
– Tak pandai minta izin
– Tak pandai maafkan orang
– Tak pandai sabar
Sebab itu lah masa anak 1 hingga 6 tahun ni saya lebih suka bagi dia main sepuas-puasnya.
Lari sana, lompat sini, guling situ. Apa sahaja janji dia bermain dan bergerak aktif. Dari berlari-lari tu la yang akan banyak mematangkan fikiran dia, menguatkan emosi dia dan menyihatkan badan dia.
Serius! Tak ada istilah lambat belajar akademik. Jika otak cerdas, emosi stabil dan fizikal kuat apa sahaja ilmu akademik dia pasti boleh belajar.
Jadi bagilah anak main puas-puas!
Kredit: Mohd Fhais Salim (Parenting Coach)
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI