Beguk atau mumps ialah penyakit yang berlaku akhir-akhir ini. Ibu bapa perlu tahu dan peka tentang penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus pada kelenjar liur. Paling menyedihkan ia boleh menyebabkan cacat pendengaran, penglihatan, bengkak selaput otak & tisu otak. Ia juga malah boleh menyebabkan kemandulan!

Ibu ayah perlu peka sekiranya pipi anak tiba-tiba membengkak dan dia mengadu sakit. Kesakitan yang dirasai boleh menyebabkan proses menelan menyakitkan. Hendak menelan air liur pun sakit!

Penularan ini dikaitkan dengan ibu bapa yang gagal membawa anak mereka mendapatkan imunisasi. Atau ada ibu bapa yang sengaja tidak membenarkan anak mereka divaksinkan yang akhirnya menyebabkan penularan. Dr Amirul Amzar telah  berkongsi info mengenai perkara ini.

Wabak Beguk Kini Menular, Ibu Ayah Tolong Alert. Tingkatkan Langkah Pencegahan!

PENULARAN WABAK BEGUK (MUMPS)

Mumps atau beguk adalah sejenis jangkitan virus pada kelenjar air liur. Virus ini menular melalui udara dan sentuhan terutamanya batuk dan bersin.

Virus ini menyebabkan bengkak pada kelenjar air liur dan berpotensi menyebabkan pelbagai komplikasi. Antara komplikasi yang biasa berlaku adalah kecacatan pendengaran, bengkak pada testis atau ovari, bengkak selaput otak dan bengkak tisu otak. Dan bengkak pada testis dan ovari ini boleh menyebabkan KEMANDULAN.

Ads

Komplikasi-komplikasi ini lebih cenderung berlaku pada golongan dewasa yang dijangkiti namun kanak-kanak yang dijangkiti masih terdedah kepada risiko ini. Oleh itu tindakan mengkuarantinkan pesakit beguk adalah amat penting.

Mumps boleh dicegah dengan pengambilan vaksin MMR yang dijadualkan pada usia 9 bulan serta 12 bulan. Vaksin ini mempunyai keberkesanan melindungi jangkitan mumps setinggi 96%.

GOLONGAN ANTIVAKSIN MENINGKATKAN RISIKO JANGKITAN

Antara faktor yang menyebabkan peningkatan kes mumps di Malaysia adalah peningkatan golongan antivaksin. Golongan ini menolak vaksin seterusnya meruntuhkan herd immunity.

Bagi mempunyai perlindungan kelompok yang berkesan terhadap mumps, peratusan vaksinasi perlulah mencapai 75-86%. Jika semakin ramai yang menolak vaksin, peratusan ini semakin sukar dicapai dan wabak akan mula berlaku.

Ads

Wabak Beguk Kini Menular, Ibu Ayah Tolong Alert. Tingkatkan Langkah Pencegahan!

VAKSIN MMR KEBERKESANANNYA IALAH 96%

Ada ibu bertanya, anak saya dah pernah ambil vaksin tetapi masih kena beguk. Perlu difahami keberkesanan vaksin MMR untuk mumps adalah 96%, bukan 100%.

Bermakna walaupun sudah ambil vaksin, masih ada risiko sebanyak 1-5% dalam kalangan yang mengambil vaksin, antibodi yang dibentuk tidak mencukupi untuk melindungi daripada jangkitan ini.

Ads

HERD IMMUNITY

Jadi bagaimana mahu pastikan perlindungan tercapai? Jawapannya adalah dengan memastikan herd immunity tercapai. Herd immunity berfungsi untuk melindungi kelompok yang mengambil vaksin tapi gagal menghasilkan antibody (1-5%), serta ia juga melindungi mereka yang tidak boleh mengambil vaksin seperti kurang daya tahan disebabkan kemoterapi atau alahan komponen vaksin yang teruk.

GOLONGAN ANTIVAKSIN MENINGKATKAN RISIKO JANGKITAN

Oleh itu, tindakan antivaksin menolak vaksin bukan sahaja membahayakan diri mereka, malah menyebabkan risiko pada orang lain walaupun orang lain itu telah divaksin.

Oleh itu, saya menyarankan kita menyeru rakan-rakan kita yang antivaksin untuk sama-sama kembali menjalankan tanggungjawab mereka dan memperkasakan semula herd inmunity.

Bacaan lanjut untuk herd immunity boleh diperolehi di pos saya yang berikut https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10211867565066684&id=1297458864

Sumber: Dr Amirul Amzar, Medical Mythbusters Malaysia, M3


6 INFO MENGENAI BEGUK (MUMPS)

  • Penyakit beguk disebabkan oleh jangkitan virus Paramyxovirus.
  • Pesakit akan mengalami demam, sakit kepala, sakit otot, keletihan, hilang selera makan dan bengkak serta sakit di kelenjar parotid (kelenjar air liur).
  • Jangkitan boleh tersebar melalui titisan cecair pernafasan dan air liur serta melalui sentuhan objek yang tercemar dengannya.
  • Pesakit biasanya akan sembuh sepenuhnya selepas dua hingga tiga tiga minggu.
  • Pemberian imunisasi terhadap beguk akan memberi perlindungan terhadap jangkitan dan mengurangkan risiko dijangkiti penyakit ini atau bila dijangkiti gejala jangkitan adalah ringan.
  • Imunisasi beguk di Malaysia bermula sejak tahun 2002 dan ia terdapat dalam vaksin tiga (3) serangkai Measles-Mumps-Rubella (MMR).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI