Barisan hadapan yang berkhidmat untuk memerangi virus COVID-19 juga manusia biasa. Sudah terdapat kes di mana mereka juga dijangkiti virus ini.
Terbaharu, dilaporkan dua kakitangan di wad paediatrik Hospital Selayang telah dijangkiti dan kini jabatan tersebut terpaksa ditutup.
Berikut laporan berita dari Astro Awani:
Semua wad Jabatan Paediatrik Hospital Selayang terpaksa ditutup buat sementara waktu selepas dua kakitangan jabatan tersebut disahkan positif COVID-19.
Pengarah Hospital Selayang, Dr Sakinah Alwi dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya tidak akan menerima sebarang rujukan atau kemasukan pesakit baru ke semua wad Paediatrik.
“Dukacita dimaklumkan terdapat dua kakitangan dari Jabatan Paediatrik Hospital Selayang disahkan positif COVID-19 dan siasatan lanjut masih berjalan.
“Kami tidak akan menerima sebarang rujukan atau kemasukan pesakit baru ke semua wad dan pesakit sedia ada tidak dibenarkan pulang sehingga siasatan lanjut dari pihak kami selesai.
“Pihak Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Selayang juga diminta triaging away semua kes paediatrik ke hospital lain,” jelasnya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tudung Bagi Nampak Macam Pn Amirah Sikit..” Mira Filzah Selesa Suami ‘Filter’ Penampilan
Sejak mendirikan rumah tangga dan menjadi seorang ibu, pelakon dan pengacara, Mira Filzah mengakui penampilannya kini ditapis terlebih dahulu oleh suaminya, Wan Emir Astar.
Menurut Mira atau nama sebenar, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, suaminya mempunyai pendekatan tersendiri dalam menegur cara pemakaiannya sekiranya tidak berkenan dengan sesuatu yang digayakannya.
“Sekarang yang bagi pelepasan Emir lah. Dia selalu tegur secara subtle (halus). Macam dia selalu kata dia nak tengok penampilan seorang Puan Amirah bukan Mira Filzah.
“Kadang-kadang saya nak keluar, dia akan tegur ‘tudung bagi nampak macam Puan Amirah sikit.’
“Jadi saya pun faham maksud Puan Amirah itu seperti mana yang dia mahukan,” kata Mira dalam program bual bicara Next To Neelofa 2.
ARTIKEL MENARIK:
[“Cantik Mommy Medinah.” Mula Berpakain Longgar & Bertudung, Erynne Mohon Doa Semua]
[Dapat Tidur 3 Jam Pun Tak Apa.” Anzalna Puas Dapat Jaga Sendiri Anak Depan Mata]
Rancang nak tiga atau empat anak
Dalam program itu juga, Mira mendedahkan dia merancang untuk memiliki tiga atau empat cahaya mata untuk menyerikan lagi bahtera rumah tangganya.
“Saya merancang nak ada tiga atau empat cahaya mata. Yang anak pertama ini, memang saya dan suami merancang sampai kami dapat suntikan dos kedua vaksin.
“Sekarang saya teruja untuk melihat perkembangan Amir, kalau boleh saya nak tengok setiap first momen dia, seronok jadi ibu ini.
“Dan saya juga banyak belajar daripada Neelofa yang sering berkongsi apa-apa maklumat dan informasi yang berguna tentang perkembangan usia awal kanak-kanak,” katanya.
Kredit: MH ; IG Mira Filzah
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bagi Duit Belanja RM2, Bawa Balik RM4. Rupanya Jual Belalang Nak Simpan Duit Dalam Tabung
Isi Kandungan
ToggleOrang kata melentur buluh biar dari rebungnya, tak sangka apa yang diamalkan oleh ibu dan ayahnya yang sering menyimpan duit syiling dalam tabung menjadi ikutan Qaiser Rifqi Martin, pelajar Tahun Satu di sebuah sekolah di Kota Kinabalu.
Tular kisah Qaiser apabila wang saku yang diberi sebanyak RM2 oleh ibunya untuk bekalan ke sekolah bertambah menimbulkan rasa hairan ibunya Hasmi Shamsuddin.
“ Semasa hari kedua persekolahan, saya terkejut dia bawa duit balik ke rumah. Sekolah sesi pagi dia tak baa duit sebab saya bekalkan makanan dari rumah.
“ Sesi petang saya tak dapat nak bekalkan dia makanan sebab saya bekerja. Pada hari itu saya bagi belanja RM2, dia bawa balik RM4.
“Saya terkejut juga dia bawa duit balik rumah. Ingat dia ambil duit kawan-kawan. Bila tanya kenapa duit banyak, dia kata tangkap belalang lepas tu jual pada kawan,” ujar Hasmi kepada sebuah akhbar.
Mula Menabung Sejak Umur 6 Tahun
Menurut Hasmi juga dia melihat kecenderungan Qaiser dalam menabung sejak awal tahun lalu ketika umurnya 6 tahun.
“Saya dan suami memang ada tabung untuk duit syiling. Semua duit syiling akan masuk dalam tabung, kalau ada duit syiling anak-anak sekali join masukkan dalam tabung.
“Apa yang saya lihat Qaiser ni mula rajin menabung sejak saya belikan dia tabung yang dia minat. Kebetulan ada tabung BoboiBoy yang dia suka saya belikan, sejak tu dia rajin menabung,” ujar Hasmi.
Tambah Hasmi lagi, apabila ditanya apa yang akan dibeli dengan duit yang disimpan, menurutnya dia hanya menabung hanya untuk menyimpan.
“Bila saya tanya ada nak beli apa-apa ke dengan duit yang disimpan, dia tak jawab cuma kata nak simpan saja. Memang kalau duit saya dan atok nenek dia bagi dia akan simpan dalam tabung.”
Pengalaman pertama anak masuk sekolah
Menurut Hasmi, Qaiser yang merupakan anak pertamanya cukup teruja untuk ke sekolah dan bangun seawall pukul 5.30 pagi untuk bersiap. Tambahnya juga ini merupakan pengalaman pertama berhadapan dengan ragam anak yang baru memulakan persekolahan.
Mengakui sengaja berkongsi kisah tentang Qaiser dilaman Facebook untuk dijadikan kenangan pada masa depan.
“Sebelum ini saya tak ada pengalaman dengan ragam anak masuk tahun satu. Dia tak menangis ke sekolah, Alhamdullilah mula sekolah dia senang bangun dan teruja nak pergi sekolah baru.
“Saya post di Facebook pun sebab nak jadikan kenangan dan untuk abah dia tengok post saya bila balik belayar nanti. Line di laut tak kuat. Nak call pun tak dapat. Saya abadikan cerita ragam anak sekolah tu di FB untuk ayahnya baca.
Selain Qaiser, Hasmi mempunyai seorang lagi cahaya mata berusia tiga tahun hasil perkongsian hidup dengan suami, Martin Tamrin yang merupakan seorang kelasi kapal.
Perkongsian Hasmi yang mendapat hampir empat ribu perkongsian tentang sikap Qaiser yang suka menabung itu mendapat pujian warga net. Ramai yang memuji walaupun masih kecil Qaiser sudah ada nilai keusahawanan yang tinggi dan pandai cari duit.
Sumber: Hasmi Samsuddin & Mstar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Darjah 1 Didenda Berjemur Tengah Panas Terik Sebab Lewat Ke Sekolah, Ibu Terkilan Tindakan Guru!
Disaat dunia dilanda musim panas dan kes-kes strok haba yang melibatkan kanak-kanak, tindakan seorang guru yang mendenda pelajar Tahun 1 berjemur di tengah panas diselar wargamaya.
Semuanya berpunca selepas pelajar itu dikatakan datang lambat 10 minit lewat ke sekolah sekitar jam 2 petang.
Semalam, seorang ibu meluahkan rasa kekecewaannya dan memuat naik rakaman denda terhadap anaknya yang baru berusia tujuh tahun itu yang dibiarkan berjemur di bawah panas terik.
“Dalam pada pihak KPM mengambil langkah berjaga-jaga pada musim panas ni, anak aku selamba je ustazah denda jemur tengah cuaca panas atas alasan anak aku lambat ke sekolah.
“Dah la di pulaukan diasingkan berdiri jauh dari perhimpunan pelajar-pelajar lain disidainya anak aku sorang-sorang bawah panas terik jam 2 petang.
“Makan hati jugak tengok anak aku baru berusia 7 tahun Darjah 1 kena denda macam tu terkontang kanting sorang-sorang bawah panas terik. Dimalukan dan dipulaukan dari masuk barisan perhimpunan sekolah. Tidak dibenarkan masuk barisan perhimpunan akibat lambat 10 minit.
“Waktu pembelajaran masih belum bermula, semua pelajar belum lagi masuk ke bilik darjah. Masih lagi dalam perhimpunan. Agak-agak la kalau nak denda pun, tempat teduh ada kenapa nak denda tengah panas terik.
“Pandang budak tu macam anak sendiri, budak tu baru darjah 1 kot. Baru nak belajar kenal alam persekolahan yang sebenar.
“Salah ke kalau denda bawah tempat teduh,” tulisnya dikapsyen meluahkan rasa hati.
Bukan mahu memanjakan anaknya, namun ibu ini berpendapat hukuman sebegitu agak keterlaluan apatah lagi Malaysia berdepan musim panas sejak kebelakangan ini.
Bahkan katanya berkongsi, dia juga sudah membuat aduan kepada pihak atasan namun tidak diendahkan selepas tiada sebarang tindakan diambil.
Hati ibu mana yang tidak terkesan, apa lagi menyaksikan sendiri anak yang masih kecil dan baru mengenal alam persekolahan itu berjemur dari luar pintu sekolahnya. Sayu.
Video yang dikongsikan itu tular malah menerima lebih 1.5 juta tontonan yang menyelar tindakan itu.
Rata-rata wargamaya berpendapat tindakan berjemur di tengah panas itu sangatlah tidak wajar apatah lagi dikenakan kepada pelajar Tahun 1.
@dvafella Dalam pada pihak KPM mengambil langkah berjaga² pada musim panas ni..anak aku selamba je ustazah denda JEMUR tengah cuaca panas atas alasan anak aku lambat ke sekolah. Dah la di pulaukan diasingkan berdiri jauh dari perhimpunan pelajar² lain disidainya anak aku sorang² bawah panas terik jam 2petang sedangkan ustazah tu pandai pulak berteduh bawah koridor. Makan hati jugak aku yang tengok anak aku baru berusia 7tahun darjah 1 kena DENDA macam tu terkontang kanting sorang² diBAWAH panas terik. DiMALUKAN DiPULAUkan dari masuk barisan perhimpunan sekolah. Tidak dibenarkan masuk barisan perhimpunan akibat lambat 10minit. Waktu pembelajaran masih belum bermula..semua pelajar belum lagi masuk ke bilik darjah. Masih lagi dalam perhimpunan. Agak² la kalau nak denda pun, tempat teduh ada kenapa ko JEMUR anak aku tengah panas terikk! Apa la bodoh sangat pemikiran..akal ada tak guna ke? Musim panas kematian akibat strok haba pun dah banyak kes sekarang. Kalau buatnya anak aku rebah time tu ko nk bertanggungjawab ke? Lepas tangan je alih² mak bapak jugak kena hadap. Maaf ya aku dah tak boleh sabar tengok anak aku kena denda macam tu. Depan² mata aku pulak kena sidai tengah panas macam tu, kat rumah aku on aircond 24jam ko pandai² sidai anak aku tengah PANAS. Risaunya dgn kes stroke haba sekarang. Anak aku lambat bukan sengaja² aku nak hantar lambat, anak aku lambat bersebab. Aku bukan ibu yang bodoh yang tak tahu peraturan sekolah. Takkan lambat 10minit menyebabkan anak dah tak boleh hadir ke sekolah terus pada hari itu. Jadi warga pendidik ni kena peka..kena bijak kena ada jiwa. Pandang budak tu macam anak ko sendiri, budak tu baru darjah 1 kot. Baru nak belajar kenal alam persekolahan yg sebenar. Banyak cara lagi ko boleh denda kenapa cara bodoh jugak ko pilih? Salah ke kalau ko denda bawah tempat teduh macam ko berteduh bawah koridor?? Ko pandai cari tempat teduh nak berucap. #sekolahagamasesipetang #Pejabatpendidikanagamajohor #kementerianpendidikanmalaysia #pejabatagamanegerijohor @Fadhlina Sidek @KPM🇲🇾 ♬ Lagu Sedih – Muhammad abdul jafar
Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI