Menyepi seketika dari dunia lakonan, pelakon Farah Nabilah ternyata banyak menghabiskan masanya bersama cahaya mata sulungnya, Andre Omar.
Melewati Instagram pelakon berbakat ini, ada sahaja aktivtiti yang dikongsikan Farah bersama anaknya yang kini semakin membesar.
Terbaru menerusi Instagramnya, Farah turut berkongsi pelbagai gelagat anaknya yang bermain pasir buatan. Lebih kreatif lagi rupanya pasir buatan itu dihasilkan sendiri oleh Farah. Terbaik mommy!
Kata Farah lagi, anaknya itu kini sedang melalui fasa memasukkan apa sahaja ke dalam mulut dan dek kerana itulah Farah mencuba idea kreatif mencipta pasir dari makanan.
“Dre tengah mouthing phase lagi. Semua benda masuk mulut. Batu, pasir, daun all lah!
“So I decided to make my own edible sand from cereals yang dah lemau tu.
” Dari buang blend je, baik jadikan sand hehe,” tulisnya berkongsi.
Ads
Seronok tengok gelagat Andre
Idea Farah Nabilah yang menggunakan bijirin yang kemudiannya dikisar halus sebagai pasir untuk Andre itu sudah semestinya dipuji seluruh pengikutnya.
Tidak kurang juga yang seronok melihat aksi dan gelagat comel Andre ketika makan juga turut menjadi perhatian wargamaya.
“Sensory play is the best! Good job mommy and Dre.”
“Brilliant ideas.”
“Rajin Mummy Dre melayan.”
Ads
“Good idea for Andre.”
“Wah rajinnya mommy. Dre is enjoying this sensory playyy he said.”
Bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang pertama pada 22 Oktober ini, Andre kesayangan Farah dan suaminya ini kini sudah pandai berjalan malah kini semakin lincah dan lasak.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @farahnabilahofficial
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dekorasi bilik anak lelaki yang penting boleh guna sampai dewasa. Memiliki ruang peribadi yang selesa dan dihias menarik pastinya memberikan lebih inspirasi kepada sesiapa sahaja apatahlagi buat si anak kecil.
Berbanding anak perempuan, dekorasi untuk bilik anak lelaki sebenarnya lebih ringkas dan mudah. Namun, jangan ambil mudah dan ada beberapa panduan yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa bagi memudahkan proses dekorasi anak bujang masing-masing.
Berikut tip yang dikongsikan oleh Anis Syuhada. Moga idea yang diberikan oleh pereka dalaman ini mampu membantu ibu-ibu memilih dekorasi yang sesuai untuk anak lelaki masing-masing.
TIP DEKORASI BILIK ANAK LELAKI
Lazimnya kita tahu anak lelaki lebih ringkas. Mereka ada satu benda yang disukai atau fokus untuk ruangan mereka.
Bila kata cat semua orang akan cat. Bila kata beli perabot semua akan tetap beli. Bezanya adalah atas pemilihan yang kita buat bila kita combine tema, warna, saiz, perabot maka akan terjadi hasil yang kita sudah gabungkan tadi.
Sebenarnya setiap darinya ada langkah yang kita perlu ikut iaitu:
1- Tentukan TEMA, pilih satu untuk jadikan karakter utama dalam bilik tersebut.
2- Tentukan SAIZ PERABOTyang diperlukan contoh single, super single atau twin sharing atau triplet mengikut keluasan bilik.
3- KEPERLUAN YANG PERLU ADA dalam bilik contohnya tempat belajar, ruang simpan mainan, ruang display koleksi, ruang solat, ruang bermain, ruang baju, ruang bersiap, ruang tuala dan gantungan.
4- LIGHTINGpastikan ada dua pencahayaan iaitu cozy effect warm lighting dan downlight cool white. Mungkin anak takut tidur bilik sendiri tapi bila kita wujudkan ruangan yang cozy dan warm, secara automatik anak-anak menerima baik dan mula berdikari di ruangan sendiri.
5- PEMILIHAN WARNA haruslah lembut dan tenang untuk impak yang lebih luas dan tenang. Hadkan penggunaan warna. Highlight pada aksesori sahaja contohnya gambar, quilt cover, carpet untuk menceriakan ruang. Boleh pilih warna cat base grey ( twilight @ edelweiss by Jotun).
Pendek kata less is more simple. Dekorasi bilik yang ringkas ini sampai bujang nanti pun masih boleh guna. Kegunaan untuk jangka masa panjang.
Pokok kesum memang banyak kegunaannya dalam masakan. Bagaimanapun ramai yang mengeluh kerana sukar hendak menanam pokok kesum. Sebenarnya pokok kesum ialah sejenis tanaman liar dan mudah membiak. Namun, yang menjadi keutamaan untuk tanaman ini adalah medium yang sentiasa lembap.
Jika berhajat untuk menanam pokok kesum, sebaiknya gunakan kaedah selfwatering pot atau hidroponik. Namun, ini tidak bermakna anda perlu beli bekas atau pasu khas. Boleh cuba idea super murah dan tetapi hasilnya tetap menjadi! Gunakan bekas aiskrim.
Pokok Kesum Tanam Dalam Bekas Aiskrim Terpakai
Untuk permulaan, beli daun kesum. Ambil daunnya dan tinggalkan batangnya sahaja dan daun-daun kecil.
BAHAN YANG DIPERLUKAN:
Bekas bertutup
Air secukupnya
Baja AB
Batang pokok kesum
Pisau
Elok Cantik Merimbun
Cara-caranya:
1. Tebuk penutup bekas sebesar batang kesum.
2. Cucuk-cucuk sahaja batang kayu kesum pada penutup bekas airkrim yang telah ditebuk itu.
*Petua tebuk lubang pada bekas aiskrim terpakai. Bakar hujung pisau tajam pada api dapur dan cucuk pada penutup bekas aiskrim. Siap!
3. Campurkan air dengan sedikit baja AB.
4. Tutup bekas, letakkan di tempat yang redup. Tak perlu pantau pun. Biarkan sahaja di tempat itu.
5. Bila bekas atau air kelihatan keruh atau gelap, bolehlah ganti dengan air yang baru. Tambah sedikit baja AB supaya pokok kesum semakin subur.
6. Inilah hasil pokok kesum yang elok ‘sihat’ dan subur.
Anak-anak kita sememangnya cukup bersih mindanya. Jarang sekali berdendam mahupun menyimpan rasa.
Oleh sebab itu, kenallah anak-anak kita dan belajarlah untuk sentiasa kekalkan aura positif pada anak-anak. Perkongsian Pn Wawa Shauqi mengenai sifat anak-anak kecil ini mak ayah perlu ketahui. Jangan biarkan aura negatif menyelubungi mereka.
Banyak perkara yang saya jealous dengan anak-anak kecil ni.
1️. Mereka mudah melupakan dan memaafkan. Tadi baru lepas bergaduh. Tiba-tiba dah boleh bergelak ketawa bersama balik.
2️. Mereka menemui kebahagiaan pada perkara-perkara kecil.
Ada je perkara yang buat mereka terhibur dan ketawa. Jatuh berguling bersama pun boleh lagi ketawa.
3️. Mereka ada keazaman yang untuk capai apa saja yang dimahukan.
Kalau nak sesuatu, nak jugak-jugak. Selagi tak dapat, selagi tu mereka usaha.
4️. Mereka mudah mengekspresikan apa saja emosi yang dirasa. Tak perlu pendam sampai sakit kepala.
5️. Berani hadapi risiko.
Selagi tak dilarang, selagi itu mereka berani melompat dan berkejaran.
6️. Bercita-cita besar dan percaya diri tiada limit.
Ada yang yakin nak jadi Spiderman, ustaz dan bomba dalam satu masa.
7️. Menyayangi orang sekeliling tanpa syarat. Walaupun tahu ayah dia ketiak masam dan mak garang macam harimau.
8️. Gembira dan ketawa setiap hari seolah-olah tak ada perkara yang perlu diambil serius.
Tak perlu risaukan hari esok atau runsing dengan perkara semalam. Always enjoy the moment.
Cuma, sifat tu beransur hilang asbab dari kita sendiri yang menghalang.
Ada masanya kita lupa untuk memandang, banyak falsafah yang dapat kita belajar dari sifat anak-anak yang tulus dan berhati terang.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.