Kehamilan

Wah…Tahniah! Niena Baharun Pun Tengah Hamil Anak Kedua, ‘Pelepah Angin’ Bersolek Cantik Pergi Check Up Baby Masa PKP

Share

Kebelakangan ini memang banyak kita dengar selebriti-selebriti negara yang mengumumkan berita gembira tentang kehamilan anak kedua. Bukan itu sahaja, malah ada antaranya yang turut berkongsi berita tentang kelahiran cahaya mata pertama.

Terbaru adalah pelakon cantik molek yang berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang yang turut berkongsi tentang kehamilan anak kedua menerusi laman Instagram miliknya.

Datin Niena Baharun dalam entri terbarunya di IG memuat naik beberapa keping foto menyatakan bahawa beliau mempunyai temu janji untuk pemeriksaan bayi.

Apa yang menariknya, suaminya menegur kenapa isteri tercinta bersolek cantik walhal hanya keluar untuk melakukan pemeriksaan buat bayi dalam kandungan.

Jelas Datin Niena, dapat peluang keluar sekejap itu sangat bermakna buat seorang isteri ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Justeru dapat bersolek sebab dah lama tak pegang berus solek itu satu kepuasan walaupun akhirnya perlu pakai topeng muka untuk keselamatan.

“Checkup Baby

“Pagi tadi tengah nak bersiap dekat dressing table, husband tanya you nak mekap mekap beria kenapa kita nakgi checkup baby je.

“Dia tktau perasaan seorang isteri ni bila dapat peluang keluar sekejap nak juga conteng muka ni pasaiii apa lama sangat dah mommy tk pegang brush mekap.

“Walaupun lepas tu pakai mask juga, boleh laa ‘pelepah angin’ oghe Kelate oyak .

“Ada ke yang sama peel macam Niena?,” tulisnya.

Peminat Ucap Tahniah Pada Niena Baharun

Menjenguk ke ruangan komen gambar tersebut, rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada pelakon drama bersiri Jangan Benci Cintaku ini dan mendoakan kehamilan tersebut.

Niena Baharun mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadi pada 1 Februari 2018. Pada tahun yang sama pasangan ini dikurniakan cahaya mata pada 25 Oktober 2018.

Tahniah buat Niena Baharun dan pasangan. Semoga kehamilan kali ini akan bawa lebih makna dalam kehidupan rumah tangga mereka.

Sumber: Media Hiburan & Niena Baharun

 

 

Published by
SAHR