Wahai Ibu, Jangalah Terlampau Garang. Anak Kita Masih Dalam Proses Membesar

Share

Bila dah bergelar ibu, kalau suara tak macam petir tak sah kan? Hanya ibu-ibu sahaja yang faham kenapa ibu perlu bertukar menjadi garang. Bukan mudah nak menjaga dan mengawal keadaan anak-anak di rumah.

Baca: Bahaya Kalau Anak Yang Dulu Selalu Bising Tiba-Tiba Jadi Pendiam, Mak Ayah Kena Bertindak!

Menjadi ibu yang garang tak salah cuma, itu perkara normal bagi ibu-ibu yang terpaksa menguruskan anak-anak sendiri namun janganlah berlebihan dalam memarahi anak-anak. Semuanya ada kaitan dengan perkembangan anak-anak dan juga emosi mereka yang sedang membesar.

Janganlah terlampau garang wahai ibu

Walaupun kadangkala anak kita suka buat perangai pelik yang menyakitkan hati

– makan bersepah
– gunting baju sendiri
– gunting rambut adik
– conteng dinding rumah
– dan pelbagai lagi perangai

Itu belum lagi perangai dirinya sendiri yang suka

– merengek tak berhenti
– nak itu nak ini
– mengamuk setiap hari
– sensitif sangat dengan usikan adik beradik sendiri

Cuma janganlah terlampau garang wahai ibu. Anak kita itu masih dalam proses membesar lagi

– mereka belum mampu kawal emosi
– mereka belum tahu cara berkomunikasi
– mereka belum matang fikirkan solusi
– mereka belum mampu kawal diri sendiri

Ibu semua kena ingat. Anak anak takkan ingat semua yang kita ajari mereka tetapi mereka akan sangat ingat perasaan mereka ketika bersama kita saat kita membesarkan mereka

Kredit: Dr Taufiq Razif

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
NuFa