Bila isteri tak lagi menjadi bidadari, Kenang-kenang kembali memori manis menjadi suami isteri di hari pertama dia halal untuk kamu. Dia wanita yang kamu impikan untuk hidup bersama sehingga ke Syurga. Dia wanita yang menggetarkan rasa dan cinta untuk berkasih dengan cara yang Allah redha.
Bila isteri tak lagi menjadi bidadari, Kembalikan kenangan saat melafazkan perasaan untuk menyuntingnya menjadi isteri. Rasakan kembali debaran menerima lamaran darinya.
Bila isteri tak lagi menjadi bidadari, Badan yang dahulu kurus kini semakin besar. Perut yang dahulu kempis kini semakin buncit.
Ads
Kulit yang dahulu tegang kini dipenuhi stretchmark. Wajah yang anggun kini semakin tembam.
Carilah jalan, usahakanlah untuk menghiasi isterimu dengan cara yang menyenangkan matamu melihatnya.
Mungkin kerana keletihan urusan keluarga, langsung dia tidak pernah memikirkan penampilannya.
Ads
Setiap wanita suka pada kecantikan dan sangat mahu kelihatan cantik. Wajah yang kusam, badan yang letih, emosi yang bercampur setiap hari dengan ragam anak-anak sering membuatkan para wanita lupa untuk menjadi isteri.
Wahai suami,
Ambillah sejenak peranan isterimu. Berilah ruang dan waktu untuknya mendandan. Carilah peluang untuknya kembali cantik.
Ads
Sediakanlah waktu untuknya beristirehat. Andai matamu diuji dengan pakaian wanita yang tidak menutup aurat di luar rumah, maka carilah pakaian sebegitu untuk isterimu. Agar matamu terjaga dari memandang yang haram.
Saat emosi seorang wanita menjadi gagah dan menggembur bahagia, kudratnya turut menjadi gagah untuk melaksana rutin harian.
Kalau suka melihat isteri cantik, maka berilah kepadanya pakaian yang cantik, hiasan yang cantik. Bukankah lelaki suka melihat yang cantik dan wanita suka kelihatan cantik?
Allah cipta lelaki dan perempuan keduanya punya perasaan yang melengkapkan keduanya. Gemburlah rasa, ciptalah bahagia.
Kredit: Ummu Amir
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Adakah anda mempunyai anak-anak yang megalami ketagihan gajet? Pasti sukar untuk ibu dan ayah memulihkan ketagihan anak terhadap gajet. Tapi sebelum itu, kita perlu kenalpasti tanda-tanda anak ketagihan gajet. Ini perkongsian dari cikguterapidi aplikasi tiktok.
Melalui perkongsian seorang cikgu pendidikan khas ini, antara tanda-tanda anak anda ketagihan gajet ialah:
Hellodoktor berkongsi di portalnya antara cara untuk mengatasi ketagihan anak terhadap gajet adalah seperti berikut:
Aktiviti fizikal
Galakkan anak anda untuk menghabiskan masa di luar dengan aktiviti riadah seperti berbasikal atau lompat tali. Anda juga boleh membawa anak berjalan-jalan atau bersiar-siar.
2. Mendedahkan anak kepada cahaya matahari membantu mereka memperolehi dos vitamin D yang diperlukan. Ia berfungsi untuk meningkatkan imuniti dan membantu menjaga kesihatan anak daripada jangkitan penyakit.
3. Hadkan masa skrin. Cuba hadkan masa menonton televisyen hanya 2 jam sehari. Jangan lupa untuk kawal penggunaan komputer, permainan video dan telefon pintar. Meletakkan masa dan had penggunaan skrin akan mendorong anak untuk melakukan aktiviti di luar rumah dan meneroka dunia sekitarnya.
Walaubagaimanapun, cabaran yang terbesar adalah untuk menjadi contoh kepada anak, sekiranya kita juga mempunyai tabiat yang sama tidak mustahil anak-anak akan mengikuti kita. Luangkan masa bersama anak-anak dengan melakukan perkara yang berfaedah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hati-hati mak ayah bila mengecas handphone sebab anak-anak ni diorang bukan tahu pasal bahaya. Bagi mereka semua benda boleh di gigit. Itu yang wayar soket pun dia nak kunyah.
Sila ambil iktibar!
Pada 28 september 2017, satu kejadian buruk telah menimpa seorang bayi perempuan berusia 19 bulan di Amerika. Bibir bayi tersebut telah melecur teruk di bahagian kiri gara-gara mengigit wayar caj telefon yang masih terpasang.
Bukan melecur sahaja, malah banyak lagi bahaya lain yang berpunca dari arus elektrik pengecas telefon ini.
Antaranya:
Boleh menjadi punca kebakaran
Terkena renjatan elektrik tinggi
Melecur & Terbakar Kulit
Peranti boleh meletup
Boleh bawa maut
Ya boleh bawa maut, dah banyak kes maut yang melibatkan pengecas telefon ini.
Ramai orang salah anggap, mereka sangka voltan rendah seperti 5-12 Volt dari pengecas telefon tidak mungkin bawa maut, sedangkan hakikatnya voltan tidak menyebabkan kematian sebaliknya nilai arus yang mengalir pada jantung yang boleh menjadi punca maut.
0.5 Ampere arus elektrik jika mengalir pada jantung dah boleh membawa maut. 10 kali ganda lebih rendah dari arus yang keluar dari pengecas telefon.
Ibarat jika anak kita mengigit wayar pengecas telefon yang sedang terpasang risiko maut adalah 10 kali ganda lebih tinggi.
Tolonglah beringat mak ayah sekalian..
Jauhkan segala soket, wayar atau sebarang perkakasan yang ada arus elektrik daripada boleh di capai oleh anak kecil.
Simpan atau sorok soket pengecas telefon daripada di lihat oleh anak-anak semasa mengunakannya.
Pastikan suis soket sudah di tutup selepas digunakan. Sebaiknya lepas guna cabut wayar pengecas tersebut dan simpan dalam laci.
Gunakan pengecas yang tulen kerana yang tulen kurang berisiko untuk rosak dan ada kebocoran arus elektrik.
Jangan cas telefon semasa mahu tidur atau ditinggalkan. Di khuatiri terlebih cas dan boleh sebabkan kerosakan pada soket dan telefon.
Powerbank pun sama, jangan biar anak jilat atau gigit walaupun kuasa dah tinggal 0 peratus kerana masih ada sedikit arus elektrik. Mungkin lebih 0.5 ampere yang tertinggal.
Jika anak dah besar boleh ajar tips bahaya dan keselamatan menggunakan perkakasan elektrik di rumah. Tetapi dengan pantauan orang tua.
Elektrik jangan buat main-main. Hanya 1-2 saat sahaja dah boleh membawa maut jika terkena. Terlalu pantas kesan elektrik ni.
Sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Mohd Fhais
Sentiasalah beringat hal keselamatan anak-anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasanya kita terbaca tentang personaliti anak sulung atau si bongsu. Namun, bagaimana pula fakta anak no 4? Mungkinkah ada keperibadian anak keempat yang menarik tapi tak diketahui? Jom bongkar!
Fakta anak no 4
Mengikut pakar psikologi, kedudukan dalam urutan kelahiran anak boleh mempengaruhi sikap dan personaliti mereka.
Namun adakah ia benar atau sekadar rekaan semata-mata?
Jika anda mempunyai lebih daripada seorang anak, sudah tentu anda akan dapat menilai sama ada keperibadian diri mereka berbeza mahupun tidak, kan?
Pastinya anak pertama berbeza daripada yang ke-2 mahupun si bongsu.
Ada yang mengatakan ia kerana terdapat kaitan antara cara ibu bapa berhubung dengan kedudukan kelahiran anak.
Jika sebelum ini kehidupan dengan hanya seorang anak atau ibu bapa hanya mempunyai anak tunggal, namun apabila keluarga semakin membesar, sehingga 4 orang anak, cabarannya pasti berbeza, kan?
Pun begitu, kebaikan mempunyai keluarga besar dan anak ramai adalah baik untuk kerja berpasukan dan menyimpul ikatan persaudaraan yang lebih kuat.
Anak daripada adik-beradik yang ramai ini dikatakan saling mendorong, membantu dan bersikap tanggungjawab antara satu sama lain.
Malah ada kajian mengatakan, semakin ramai bilangan adik-beradik dan kurang jarak perbezaan umur, kesan tekanan yang dialami akan berkurangan.
Jadi mungkinkah keperibadian anak keempat ini lebih mesra dan ramah kepada individu di sekelilingnya disebabkan sudah terbiasa dengan bilangan ahli keluarga yang besar?
9 fakta anak no 4 yang menarik
Untuk mengenali dan memahami watak seorang kanak-kanak adalah perkara yang sukar.
Yang pastinya anak sulung atau anak pertama mesti mempunyai perbezaan dengan anak kedua hingga keempat dan seterusnya.
Keperibadian anak keempat
Berikut dikongsikan beberapa fakta yang mungkin tidak anda ketahui mengenai mereka yang menjadi anak keempat atau dipanggil Atih ini (ada yang menggelarnya Uda).
Sama ada benar atau sebaliknya, anda tentukanlah, okay?
1# Peramah dan suka bergaul
Fakta anak no 4 yang pertama adalah mereka ini dikatakan individu yang ramah dan mudah diajak untuk berborak.
Ia mungkin disebabkan anak keempat mempunyai 3 adik-beradik lain di atasnya, sama ada abang atau kakak.
Sikap peramah dan suka bergaul yang wujud dalam diri anak yang di tempat keempat ini membuatkan diri mereka disukai ramai.
2# Berdikari
Keperibadian anak keempat dikatakan sebagai individu yang tidak gemar menyusahkan pihak lain.
Selagi termampu, mereka akan cuba melakukan segalanya dengan sendiri. Dalam erti kata lain, seorang individu yang berdikari dan tidak mengharapkan bantuan.
3# Seorang penghibur
Menjadi penghibur tidak bermakna perlu menjadi artis, kan?
Jika ada ahli keluarga atau rakan yang sedang bersedih, mereka akan dihiburkan dengan keletah anak keempat dengan gurau sendanya.
Maka, jika ada pihak yang berhati walang, nombor 4 pasti dicari.
4# Hati tisu
Tidak kira lelaki atau wanita, mereka yang digelar Atih ini dikatakan sebagai seorang yang sensitif.
Bahkan adakalanya terlalu sensitif. Eh, betul ke fakta anak no 4 ini? Ada yang setuju tak?
Mereka mudah salah faham sebelum mengetahui perkara sebenar dan sering berasa seperti ada pihak lain sedang memperkatakan tentang dirinya. Baik selidik dulu, ya anak keempat?
5# Pendengar setia
Keperibadian anak keempat dianggap sebagai seorang pendengar yang setia.
Ia mungkin kedudukan no 4 dalam keluarga membuatkan mereka menjadi pilihan abang, kakak mahupun ibu untuk meluahkan perasaan dan berkongsi cerita sejak dari kecil.
Jadi apabila menginjak dewasa, mereka sudah terbiasa untuk menadah telinga menjadi pendengar setia saat diperlukan.
6# Sukar difahami
Alamak, betul ke mereka yang dilahirkan sebagai anak no 4 ini sukar untuk difahami?
Oleh sebab daripada kecil mereka dilayan dengan baik oleh keluarga, makanya hanya individu terdekat dan rapat sahaja yang faham sikap sebenar anak keempat ini.
Pun begitu, bagi si dia yang menjadi pasangan individu anak keempat, mereka juga dikatakan akan dapat memahami sikap dan perangai Si Atih ini.
7# Kurang sabar
Ini mungkin fakta anak no 4 yang tidak begitu enak didengar.
Salah 1 kekurangan anak keempat ini yang tidak digemari individu di sekeliling adalah sikap kurang bersabar.
Ia mungkin kerana dalam keluarga, biasanya anak keempat mendapat layanan yang istimewa. Apatah lagi jika bergelar adik. Kena belajar bersabar ye wahai anak no 4!
8# Moody dan pemendam perasaan
Jika anda bersahabat dengan Si Atih ini, hati-hati, jangan bergurau berlebihan, sebab keperibadian anak keempat ini mudah terasa dan senang berubah emosi.
Paling teruk, mereka akan pendamkan apa yang dirasai. Jadi anak no 4, kena belajar meluahkan perasaan, takut lama-lama nanti meletup!
9# Seorang yang setia
Beruntunglah jika anda kenal dengan Si Atih. Fakta anak no 4 mengatakan mereka ini seorang yang setia.
Tidak kira dalam persahabatan mahupun hubungan percintaan, anak keempat akan ada bersama tidak kira waktu susah mahupun senang. Wah, bagusnya!
Jika benar itulah keperibadian mereka yang dilahirkan sebagai anak ke-4, maka ini merupakan ciri paling bernilai yang sukar untuk ditemui pada masa sekarang. Jadi hargailah mereka!
Tentukan sendiri
Jadi bagaimana dengan perkongsian artikel ini?
Sama ada benar atau tidak personaliti anak keempat yang dikongsikan, hanya mereka yang bergelar anak keempat boleh menentukannya.
Walau apa pun, setiap anak-anak mempunyai keperibadian yang unik dan seharusnya disayangi tanpa berbelah bahagi
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita pekerja pembersihan hospital selamatkan 38 bayi, dicalon Model Moral Kebangsaan. Seorang bekas pekerja pembersihan di sebuah hospital di China dicalonkan sebagai Model Moral Kebangsaan, lapor South China Morning Post (SCMP).