Wanita dari tulang rusuk lelaki. Sifat tulang rusuk ni mudah patah. Begitulah hati wanita ni sangat halus, mudah sangat nak terguris.
Lelaki lebih rasional, wanita lebih beremosi
Jangan samakan hati suami dengan isteri. Hati lelaki tak sama dengan perempuan. Orang laki lebih cepat memaafkan berbanding wanita sebab lelaki lebih banyak rasional berbanding emosi.
Isteri lebih banyak melayani emosi, jangan marah pada isteri, sebab Allah sudah jadikan fitrah wanita begitu.
ARTIKEL MENARIK [Tak Jatuh Ego Suami Rajin Masuk Dapur & Urus Anak. Isteri Makin Sayang!]
Cuba kita tengok orang perempuan bila bersembang suka laga pipi, berpelukan sesama mereka, dan perkara ni kalau jadi kat kaum lelaki orang akan pandang jelek.
Jadi bila isteri tu merajuk, jangan kita biarkan dia tersadai dengan emosinya sendirian, dia perlu dibelai, perlu dipujuk, say sorry to her, peluklah dia. Orang perempuan kebanyakannya suka dipeluk.
Tak rugi peluk isteri, hormon Oxytocin isteri akan bertambah, dia akan jadi orang yang sangat happy bersuamikan kita. Bukan itu sahaja, bila isteri happy, ia mengundang rahmat Allah. Bila rahmat Allah datang, bertambah lagi keberkatan dalam kehidupan suami in shaa Allah.
Sumber: Hassan Adli
Sayangi isteri kerana Allah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“5 Hari 4 Malam Di Korea Semuanya Lancar” Bapa Ini Kongsi Tip Bawa Bayi & Ibu Hamil ‘Travel’
Ada antara korang yang plan nak travel bawa baby? atau pun nak travel dengan orang yang tengah mengandung? Ada sedikit tips berdasarkan pengalaman dikongsi oleh En.Mohd Amir Izzat.
Tips travel ke Seoul,Korea bersama Bayi dan Preggy Lady 32 week ( 7 bulan ) secara backpackers.
Alhamdulillah, kami baru sahaja pulang dari Bumi Korea tempoh hari, kami disana selama 5 hari 4 malam. Saya bersama isteri dan anak yang masih berusia 5 bulan manakala member saya, Nurhasbullah membawa isterinya yang sarat mengandung usia kandungan 32 week yakni 7 bulan serta anak mereka yang masih berusia 1 tahun 3 bulan.
Pada mulanya kami book tiket flight ke korea ni tahun lepas lagi, ketika itu isteri member aku ni belum pregnant lagi, tup tap awai tahun ni aku dapat tahu isteri dia pregnant, aku pun mula rasa cuak sebab boleh ke bini dia survive kat korea nanti, kang tak pasal-pasal terberanak kat situ naya ja, hahhha.. tambahan pula, depa ada anak sorang yang masih berusia 1 tahun lebih, macamna depa nak handle nanti. Macam – macam hal aku berpikir ketika itu.
Tapi Alhamdulillah la, sepanjang di korea bini dia memang cukup kuat even banyak berjalan ke sana ke mari naik turun tangga dan sebagainya. Berbakul bakul aku puji bini member aku ni. Memang tabik spring.
Oleh itu, aku tertarik untuk bertanya apa persediaan dia dan petua dia, maka inilah hasilnya yang aku dapat kongsikan.
Ini hanyalah Tips, bukan bermakna aku sarankan perempuan mengandung untuk travel, kalau boleh kita elakkan sebab kalau jadi apa-apa kat luar negara, insurance tak cover tau untuk kos bersalin. ingat tu !!
Jadi andaikata ampa nak pergi travel tapi bini ampa tengah pregnant dan dia nak ikut juga, haa inilah tips-tips yang ampa perlu ambil tahu okeh.. dan juga aku sertakan tips-tips travel bersama baby.
Baca Juga:
Doktor Kongsikan Simptom Kanser Payudara Ibu Perlu Tahu, Kena Selalu Buat Pemeriksaan Kendiri
“Baby Duduk Macam Mana Dalam Perut?”. Pakar O&G Kongsi Posisi Bayi Dalam Kandungan, Macam-Macam Ada!
Jangan Anggap Remeh, Ada Risiko Ginjal Rosak Kalau Kencing Kotor Waktu Hamil
🔴Wanita mengandung
✅Perkara wajib yang hangpa perlu prepare?
1-Surat dari Doktor
- Pregnant from 1 week – 27 week tak perlu surat dari doktor, just perlu inform kepada staff airlines sahaja, nanti staff akan minta isi R&I Form.
- Pregnant 28 week – 35 week wajib ada surat dari doktor dan R&I Form.
**kalau anak kembar just dibenarkan up to 32 week sahaja. - Mintak surat daripada doktor sebulan sebelum travel, TAK boleh mintak awal sangat sebab doktor nak memastikan kesihatan ibu dan kandungan itu sama ada benar benar sihat atau tidak.
- Surat doktor ni hanya valid untuk travel selama 1 week sahaja kalau travel melebihi 1 week sila mintak another letter dari doktor.
- Jika pregnant melebihi 35 week anda tidak dibenarkan untuk fly.
2-Bawa minyak urut dan ubat secukupnya
- Biasalah perempuan mengandung jika ada merasa tak sedap badan, kaki lenguh, sakit belakang, pening kepala dan sebagainya. Oleh itu, bawalah minyak urut, minyak cap kapak, koyok, bag plastik jika terasa nak termuntah.
3- Bawa instant food dan bekalan air minuman secukupnya
- Apabila travel memang ibu preggy ni akan cepat berasa lapar dan dahaga. jangan biarkan perut mereka kosong. kesian anak dalam kandungan tu .
4-Insurance Travel
- Even insurance tak cover kos pregnant , sekurang2 ia boleh cover perkara lain.
5-Angkat punggung ketika flight nak landed
- Ini petua dari doktor juga sebenarnya, time kapal nak landed mesti akan ada sedikit gegaran kann.. sebab itulah ibu preggy kena angkat sedikit punggung tu supaya kandungan tu tidak terjejas dek gegaran tu ye, suami kena ambil peranan saat ini untuk backup isteri.
6-Berjalan mundar mandir dalam flight
- Jika penerbangan melebih 4 jam ke atas, jangan la duduk jer sampai landed, kena la bangun dan jalan-jalan makan angin dalam kapal tu, sebab duduk lama2 pun tak elok sebenarnya bagi kandungan tu.
7- Niat kita bermusafir untuk menikmati ciptaanNya dan baca Al-Quran
- Hanya Allah yang menentukan segala hal, kita sebagai hambaNya kena sentiasa memohon dan memberikan kita kesihatan yang baik, mintaklah kita dijauhkan dari perkara yang tak diinggini , hanya padaNya kita berserah.. masa terluang bukalah apps Al-Quran dalam phone kita tu.. tak susah kan 😊
🔵Bayi berusia 2 tahun ke bawah
✅Perkara wajib yang hangpa perlu prepare ?
1-Pampers dan Baby Wipes ( wet tissue )
- Ini saya akui pakaian baby adalah paling banyak yang kita perlu bawa dari pakaian kita, jadi pandai-pandailah hangpa bajet untuk pakaian hangpa kalau tak nak bawak bag banyak-banyak.
- Perjalanan harian ketika travel bawalah satu bag kecik khas untuk kelengkapan bayi, dalam bag tu letak la pampers bajet la dalam 3-5 keping, tak perlu pun letak banyak-banyak sebab kita travel sehari pun paling lama 12 jam. satu pampers boleh tahan 4-6 jam, takkan la baby kerap berak kan , paling kerap pun 3-4 kali jer dalam sehari tu..
2- Minyak telon , pelembap bibir vaseline dan ubat secukupnya
- Minyak telon juga sangat penting untuk keselasaan bayi, sebelum keluar dari hotel tu sapulah minyak telon tu di kaki, perut, belakang badan baby.. setiap kali nak tukar pampers letaklah minyak telon tu ye.. supaya bayi selesa dan tak meragam kesejukan tambah2 di korea waktu musim sejuk macam saya pergi ni.. cuaca hampir 16-10 degree celcius pada waktu siang manakala malam pula bawah 10 degree.
- Sediakan payung sebelum hujan, ubat seperti ubat batuk, selsema, cool fever dan sebagainya perlulah ada takut kemungkinan anak kita dijangkiti demam ke batuk ke selsema ke so x perlu la risau. Lagipun nak beli ubat kat sana memang mahal.
- Pelembap bibir wajib bawa ye, suhu kat korea tyme ni memang sejuk , kalau tak pakai boleh jadi pecah atau kering bibir tu.. mak ayah pun kena pakai juga okehh.
3- Baju dan seluar dan bag plastik
- Sebab itu saya katakan tadi baju seluar baby memang perlu bawak lebih, dengan cuaca sejuk di korea kita kenalah pakaikan baby kita baju dua hingga tiga lapis, kesianlah anak kita nanti kalau mengigil kesejukan.. dan nak keluar hotel pergi jalan2 seharian tu jangan lupa bawa baju dan seluar bayi lebih 3 helai ye letak dalam bag khas, manalah tahu bayi kita berak tebus habis terkena seluar dan baju baby.. so kita boleh la tukar baju yang baru, baju yang terkena najis tu kita cuci kasi hilang bau dan letak dalam bag plastik dan ikat. balik rumah nanti cucilah.
4-Jaket dan snow cap
- Haaa ini pun wajib pakai utk baby, ingat pakai 3 lapis baju baby dah ckup selesa panas? still sejuk tauu tambah2 kalau angin menyapa kuat perghh mengigil wehh, ibu abah dia pun terketaq ketaq apatah lagi baby sekecil nih.. so pakai je jaket untuk baby untuk menambah kehangatannya.. manakala snow cap plak pilihlah yang jenis boleh tutup sampai ke telinga tu, dengan cuaca sejuk macam tu kalau telinga baby x tutup memang boleh jadi pedih tau, kesian baby. telinga depa nipis lagi bukan telinga tebal macam kita ni.
5- Botol susu dan pek susu
- Bagi baby yang bukan full breastfeeding pastikan bawa kelengkapan susu ni ye, air panas hangpa bleh dapatkan di Nursery room, restaurant, dan lain2.
6-Cover kain breastfeeding
- Bagi baby yang full breastfeeding macam anak aku ni yang masih berusia 5 bulan, kain cover ni memang wajib bawak, sebab tiap 2 jam memang dia akan merengek nak menenen, dah kalau hangpa tyme tu dalam subway train xkan nak selak depan orang ramai, mau terbeliak mata orang korea even x nampak sangat terbeliak tu hahha.. jadi kain cover tu la penyelamat maruah bini angpa.
sebenarnya di dalam subway station ni memang disediakan nursery room, so jangan risaulah.
7- Baby stroller
- Kat korea ni kalau ampa jenis travel berjimat sememangnya Subway Train pilihan paling tepat sebab ianya sangat murah. Tapi yang lecehnya ianya sedikit jauh la untuk transfer line train tu.. tambah2 kena hadap tangga huhuu.. dah la bawak stroller lagilah leceh nak angkat bagai..
- Jangan risau jangan gusar, setiap subway station ada lift khas untuk warga emas, oku, ibu mengandung, baby stroller. So, hangpa naik turun je lift yang disediakan tu, kalau rasa lambat atau terlalu ramai orang beratur dalam lift tu bleh la gunakan esculator, tapi yang ni saya x galakkan la sebab ikutkan rule memang x boleh dan boleh jadi risiko lain. So terpulang pada hangpa la, saya sarankan guna je lift tu.. biar lambat asal selamat.
- Setiap tempat menarik ke tempat menarik yang lain memang ada yang jauh jaraknya, baby stroller ni la yang sangat membantu ketika ini, xkan hangpa nk dukung baby tu sepanjang masa? tangan pun lenguh, belakang badan pun boleh sakit nanti, jadi letak ja baby tu kat stroller dan tolak. senang kan.
- Baby stroller ini juga saya sarankan untuk mewajibkan, bukannya apa, ianya memang sangat2 membantu dan meringankan beban hangpa.. percayalah cakap aku. baby kita bileh tidur dengan selesa, maksudnya dia boleh tidur secara baring, bukannya tidur dalam dakapan hangpa ataupun dalam baby carrier.. kalau sekejap ja x pa, kalau dia duduk dalam baby carrier tu lama2 boleh menjadi masalah lain pula, bayangkan la kalau kita tidur tergantung macam tu dengan waktu yang lama apa perasaan hangpa? selesa ke? pikir2kan laa
- Setiap tempat menarik di korea ni memang friendly baby stroller, maksudnya memang banyak kemudahan lane untuk baby stroller ni.. nak masuk dalam subway station pun ada pirority lane untuk baby stoller so x perlu beratur panjang2 atau berdiri lama2 dalam subway sebab ada tempat duduk khas untuk warga oku, warga emas, baby stoller dan ibu mengandung.
- Percaya atau tidak, kalau warga emas korea ni melihat hangpa berdiri dalam train bawa baby stroller ni depa bangun dan memperlawakan hangpa untuk duduk okehh.. fuhh memang respect habis.. kita pula yang naik segan ye dak huhuu..
8- Bawa mainan atau patung teddy bear
- Yang ni memang kena ada, sebab kalau dia duduk dalam stroller x dk mainan dia memang dia cepat bosan, so bagi ja toy untuk dia melepaskan geram dan bermain dengan toy tu.. kalau baby bosan konpem akan merengek, bila merengek paham2 lahh, kita yang susah..
9-Baby Carrier
- Jujur saya cakap aku x pakai pun baby carrier tu sepanjang perjalanan kat korea ni, kalau dia merengek x nak duduk dalam stroller, dukung la dia jap, bukan berat sangat pun, lagipun agak leceh nak pakai dan nak buang baby carrier tu.. tapi kalau ampa nk pakai juga okay jaa, terpulang pada keselesaan ampa la. hehhe..
10-Pilih Flight waktu malam
- Mostly aku bawak anak aku ni naik flight waktu malam, sebab masuk ja dalam kapal dia terus tidoq.. memang senang nak handle la, kita pun boleh tidur dengan aman. tapi kalau pilih flight petang atau pagi, haa hadaplah sendiri memang waktu dia berjaga dan aktif, kenalah melayan dia kang x layan dia merengek pula, kesian pesengger yang lain.
11-Tekanan Udara dalam flight
- Semasa kapal nak terbang tu pasti akan terasa sedikit dengung kat telinga kan, anak kita pun tak terkecuali tau, saat itu sila bagi anak kita minum susu atau tutup telinganya.
12-Sabar dan berdoa
- Karenah baby ni kadang2 boleh kita jadi bebal, jadi kalau kita tak sabar, jenis cepat serabut, harap sangat2 supaya mengawal emosi ampa tu, bersabarlah melayani karenah anak kita ye, sabar itu indah dan Allah bersama dengan orang yang bersabar.
Setakat ini sahaja tips yang aku dapat kongsikan semoga ianya bermanfaat dan menjadi rujukan pada travaller di luar sana.
Kredit: En.Mohd Amir Izzat
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suri Rumah Sekarang Semua Cantik-Cantik, Mengalahkan Wanita Bekerja. Jangan Malu Jadi Suri Rumah
Ramai golongan isteri memilih untuk menjadi suri rumah dan meninggalkan kerjaya demi keluarga dan anak-anak. Bukan tak ingin bekerja, siapa yang tak mahu pegang duit sendiri namun pengorbanan besar ini dilakukan demi keluarga tercinta.
Bagi suri rumah, anda jangan rasa sedih dan rasa malu dengan status diri anda. Kerana pekerjaan yang terbaik adalah suri rumah, disisi suami dan keluarga. Jangan rasa diri anda tidak punyai apa-apa kerana anda juga sedang bekerja untuk memastikan keluarga anda semua selesa dan berjaya. Sepert perkongsian Nur Hanisah Ahmad, jangan malu bergelar suri rumah.
Pergi menemani suami ke mana-mana, pasti ada makcik-makcik (biasa di masjid) akan bertanya, Ustazah kalau kerja anak sapa jaga, saya tersenyum dan kata saya jaga sendiri, tak kerja.
Macam-macam feedback dapat hehe.
“ohh rugilah tak kerja”
“oh mudahlah, senang gitu, laa ni payah nak cari pengasuh”.
Kadang bila tengok muka makcik yang tanya berubah, saya akan sambung juga,
“Sambil-sambil duk sambung belajar”
“Oh yaa ka..”…muka depa bercahaya kembali tak tipu hehe
Mula-mula tak nafi, ada terdesit di hati, lintas sahajalah tak masuk ke hati sangat, malulah tak kerja, belajar habis degree tapi bila orang tanya macamtu, ehh tak ada usaha ke nak bina kerjaya sendiri.
saya pernah masuk ke alam kerja, itupun chambering ja hampir setahun, tapi saya tak dapat bayangkan kemana anak saya jika saya bekerja ketika itu jika saya sudah ada anak, balik pun maghrib masih di atas bas. Dunia peguam memang sibuk, kawan-kawan saya yang kuat memang saya salute (ramai classmate saya yang dah jadi lawyer dan dah ada keluarga) memang power!
Jadi saya belajar berdamai dengan ketentuan, Allah meletakkan saya ditempat yang paling indah buat saya, di masa depan belum tahu, paling diperlukan keluarga atau masyarakat.
Jadi suri rumah jangan MALU!
Anda suri rumah yang berniaga online, atau anda tidak berniaga pun, jangan MALU, yang penting anda tahu apa yang anda buat.
“Meniagalah,tak adalah melangut ja kat rumah tunggu duit suami”
Tidak, bagi saya berniaga atau tidak, awak lebih tahu situasi awak, jangan rasa bersalah jika awak tak berniaga, boleh jadi awak dah berbincang dengan suami awak, untuk fokus pada anak-anak sahaja untuk beberapa tahun ini, JANGAN MALU dengan keputusan itu.
Jangan Malu, bila balik kampung, adik beradik semua kerja, awak tak kerja jangan malu!sebab banyak kelebihan yang Allah beri pada awak😊
Situasi kita semua lain-lain, kita yang tahu apa yang terbaik untuk keluarga kita.
Suri rumah sekarang semua cantik-cantik, mengalahkan wanita bekerja hehe, tandanya stigma wanita suri rumah kotor, busuk, minda tertutup, semua dah tak boleh guna, bahkan ramai suri rumah sudah lebih produktif, menulis buku,banyak membaca,buat aktiviti homeschool dengan anak-anak,bahkan lebih bahagia😊
Berdamailah dengan ketentuan Allah.
Masa saya kecil, saya gembira bila balik dari sekolah kebangsaan, bau masakan mak di dapur, rasa bahagia sekali, makan kenyang-kenyang, kemudian bersiap ke sekolah agama pula, memori yang sangat indah, walaupun saya tak tahu di masa depan Allah takdirkan saya bekerja atau tidak, semoga saya dapat wujudkan memori indah-indah semuanya untuk anak-anak,amin.
Kredit: Nur Hanisah Ahmad
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Jadi Mudah Marah & Sedih Sebab Terlalu Bergantung Pada Gajet, Tolonglah Hadkan Penggunaannya!
Dunia sekarang gajet dah jadi satu keperluan. Kalau tak ada gajet hidup macam tak lengkap. Tapi masalah ini bukan sahaja kepada orang dewasa, malah anak-anak kecil yang didedahkan terlalu awal dengan gajet turut menjadi mangsa ‘ketagihan’ peranti yang dapat memberikan apa sahaja hiburan dunia masa kini untuk kita dan juga anak-anak.
Justeru itu, Dr Izzar Anwari yang suka berkongsi info-info menarik kali ini memperkatakan tentang kesan buruk peranti alaf baru ini atau gajet kepada anak-anak.
KESAN BURUK GAJET KEPADA ANAK-ANAK
Pada zaman kini, ibu bapa moden sering menggunakan gajet seperti smartphone atau tablet untuk menenangkan atau mengambil perhatian anak-anak. Senyapla sikit diorang kan? Tapi adakah itu langkah yang bijak?
Teknologi sememangya akan memberi manfaat kepada anak-anak sekiranya diberi pendedahan terkawal. Tetapi kalau diberi pendedahan berlebihan, memang banyak kesan buruk.
Speech Development Anak Jadi Lambat
Untuk anak-anak kecil, Kesan negatif kepada mereka adalah adalah menyebabkan speech development menjadi lebih lambat berbanding anak-anak lain yang sama umur. Dah anak dok tenung je gajet tu sambal swipe jari. Bila masa dia nak bercakap kan? Dan kalau tak bercakap dengan orang pula, macam mana dia nak belajar bersosial dengan normal?
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam hal ni. Beri limit selama 2 jam sehari untuk mereka bermain gajet. Lagi kurang lagi bagus. Taknakla dapat speech delay. Kena pula bawa jumpa speech therapist etc nanti
Anak Mudah Marah, Sedih Dan Rasa Kekurangan Bila Tak Ada Gajet
Bila anak-anak menjadi terlalu dependent pada gajet ni, mereka akan ada sentiment negatif kalau kita gajet mereka hilang atau kita ambil. Mereka akan marah, sedih, dan rasa kekurangan sesuatu.
Penggunaan gajet yang terlalu lama pula akan memberi kesan kepada tahap agresif anak2. Malah, anak-anak akan tidak sensitive kepada persekitaran mereka sebab berada dalam dunia mereka sendiri.
Dedah Risiko Dapat Masalah Mental
Dan banyak kajian telah mendapati bahawa semakin lama penggunaan gajet, semakin tinggi risiko untuk mendapat masalah mental seperti depression, anxiety, ADHD, mood disorders, dan bunuh diri
Memangla kita rasa anak-anak kita okay je masa kecil. Tetapi kesannya akan kita nampak semasa anak-anak tu dah besar. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadi lenturlah elok-elok rebung tu. Bersabarlah sikit dengan kerenah anak-anak.
Ayra pun dah makin clingy sekarang. Sampai tahap nak panjat kaki saya taknak lepas. Bukakla Omar & Hana kat youtube tu kejap. Favourite dia. Lepas Ayra dah tenang sikit, tutupla youtube pastu saya pula sambung nyanyi lagu Omar & Hana. Dulu saya layan Linkin Park dengan Metallica. Sekarang kena ingat lagu-lagu budak-budak nak kena nyanyi kat Ayra. #drizzarshares
View this post on InstagramA post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar) on
Sumber: Dr Izzar Anwari
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI