“Berpeluh Di Dapur Demi Perut Suami” Tolong Cintai Masakan Isteri Anda!

Share

Bila suami request nak makan apa-apa, laju sahaja isteri ke dapur. Kalau bahan-bahan tak ada, si isteri sanggup beratur panjang dalam pasaraya semata-mata nak masak masakan yang sedap-sedap buat suami. Tahniah buat isteri yang tak putus semangat mencuba pelbagai resipi walaupun kadang-kadang tak menjadi.

 

Puan Amalina yang merupakan peguam dalam bidang Syarie berkongsi satu penulisan yang boleh dijadikan panduan buat yang bergelar suami isteri.

Wahai Suami, Tolong Cintai Masakan Isteri Anda. Berpeluh Di Dapur Demi Perut Suami

Sebenarnya isu masakan pun boleh menjadi pertengkaran dan pergaduhan yang berpanjangan antara suami dan isteri. Rata-rata para isteri masih belajar , belajar dan belajar setiap hari dalam memperbaiki masakannya untuk yang tersayang. Tetapi yang mengecewakan adalah apabila menerima hinaan demi hinaan , cacian demi cacian dan maki hamun oleh si suami pada citarasa dalam masakkan isteri. Lebih kecewa apabila suami membandingkan masakan isteri dengan masakkan orang lain. Kecil Hati bukan?

Para suami, tahukah anda bahawa isteri sedang berusaha hari demi hari untuk mendapatkan masakkan yang setimpal dengan perut kamu ? ada nasi dan lauk yang dihidangkan. Setiap pagi sebelum memasak mesti memikirkan “nak masak apa harini?”, “bahan apa hendak digunakan?”, “ masih dalam keadaan segar, elok atau tidak?”. Kalau join group memasak pun kalau tiada bahan, tiada gunanya juga kan.

Jadi apabila tidak cukup bahan atau tiada bahan untuk memasak, pastinya si isteri akan keluar membeli belah ataupun yang bekerja, sebaik sahaja tamat waktu kerja, isteri akan keluar terus membeli bahan masakkan. Yang mana suami sudah beli stok untuk sebulan pun mesti ada bahan yang tidak cukup kan. Jadi anda rasa untuk apa semua ini isteri kena berusaha gigih fikir?

Mestilah untuk kesedapan dan keenakkan dalam masakkannya untuk dihidangkan kepada suami dan anak-anak tercinta. Kenapa masih perlu nak menghina atau menyindir masakkan tidak sedap? Memberi pandangan tidaklah salah, tetapi janganlah sampai menghina, menyindir atau membandingkan masakkan isteri tersebut ya.

“Nak membasuh, memotong, mencuci bahan-bahan kesemuanya mengambil masa yang lama dan tidak mudah. Bukan sekelip mata sahaja untuk siapkan bahan masakkan. Kadangkala lambat masak pun menjadi punca pergaduhan disebabkan “lapar!”. Lebih malang, tolong pun tidak, hanya banyak bunyi dibelakang sahaja.

Mana-mana wanita, isteri atau ibu sekalipun tiada yang berkata dalam hati “hari ini aku nak masak tak sedap!”. Sangat pasti dan yakin semua dalam kepala masing-masing berfikir nak masak sedap-sedap untuk dihidangkan kepada suami dan anak-anak supaya perut berasa selesa dan kekenyangan. Makanan yang dimasak semestilah wujud perasaan cinta dalam masakkan tersebut.

Apabila dihina, dicaci atau dimaki humun, lebih malang ada yang kena pukul sehingga cedera disebabkan masak kurang sedap, adakah anda tahu bahawa perasaan dan hati si isteri tersebut terluka atau tidak? Ada isteri yang mempunyai perasaan yang sedikit sensetif akan merasa “down” dengan perkataan yang tidak boleh diterima contohnya seperti “ tak sedap baik tak payah masak, beli di kedai saja, tak membazir makanan”. Nampak simple ayat, tetapi boleh menguris hati yang memasak.

Fikirlah sejenak sebelum berkata-kata, pernah anda terfikir bahawa isteri pernah tangannya terluka ketika menghiris bawang, tepercik minyak masak di muka, tangan terkena periuk panas, menumbuk sambal tepercik kena mata, berdiri dua hingga tiga jam untuk memasak mengikut citarasa yang tercinta dan sebagainya lagi. Sebenarnya suami tugas anda mudah sahaja pada waktu itu iaitu duduk dan makan.

Elakkan menjadi “juri professional” jika tidak diminta. Maka, berdoa dan makanlah apa yang dihidangkan, cuba elakkan bertanya pada makanan yang tiada, makan sahaja apa yang tersedia pada ketika itu. Seusai memakan, sudah pun kekenyangan maka tersenyumlah dan beri pujian yang sewajarnya kepada isteri. Itu yang dinamakan “menghargai dirinya”.

Sudah cukup buat isterimu gembira sepanjang hari. Percayalah, esok isteri akan memasak lagi, bertambah lagi lauk disebabkan semangat memasak menggunung tinggi setelah dipuji oleh suami yang tercinta.

Ubahlah sikap yang mana membawa ke arah kebaikkan bersama. Akhir kata, “jangan lokek memberi pujian” di atas apa tindakan pasangan anda lakukan sekalipun. Tidaklah rugi seseorang itu dalam berpujian. Waallahu’alam. Sekian.

Sumber: Puan Amalina Adam

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI

WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK

Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.

Webinar PERCUMA ini membariskan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.

🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM

Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱

Jom jadi peserta terawal!

✍🏻 Daftar sebagai peserta di:
https://bit.ly/3yT61Ex

Jom daftar sekarang untuk berpeluang menang hadiah cabutan bertuah!_

Published by
NuFa