Kata orang, kalau nak didik anak biarlah dari usianya masih kecil. Mereka ibarat kain putih, ibu ayahlah yang ebrtanggungjawab untuk mencorakkannya. Banyak nilai murni yang perlu diajarkan pada anak supaya mereka membesar menjadi individu yang positif.
Salah satunya adalah sifat sabar agar ia dapat menjadi asas bagi membentuk disiplin dan buat anak menjadi lebih berbudi pekerti.
Anak pasangan selebriti, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson iaitu Isaac Raees selalu mendapat perhatian para pengikut di media sosial kerana wajahnya yang comel serta telatahnya yang bijak.
Meninjau ke akaun TikTok @zahirahmacwilson, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Isaac di meja makan. Di dalam video itu, Zahirah meletakkan coklat di dalam sebuah mangkuk dan meminta Isaac untuk tidak memakannya sehingga dia kembali.
Dengan yakin dia menjawab okey dan bermulalah adegan comel Isaac yang memujuk dirinya untuk bersabar dan tidak memakan coklat itu. Sambil mencuit-cuit coklat itu, dia ketawa dan menyebut “Wait, sabarr.”
Lucunya kerana beberapa kali dia melihat coklat itu dan kelihatan seperti tidak sabar untuk makan, tetapi terus memujuk diri untuk bersabar.
Ternyata gelagat Isaac mencuit hati ramai orang untuk meninggalkan komen;
Ads
Cabaran tersebut berjaya ditempuhi Isaac dan dia tidak makan walaupun sedikit coklat yang ada sehingga Zahirah kembali. Dia kemudiannya dibenarkan untuk makan dan menyuapkan coklat itu pada mommynya. Memang patuh pada arahan, penyabar. Baguslah Isaac, good boy!
Tanda autisme pada anak-anak ibu ayah boleh lihat dari bayi seawal 6 bulan. Ini adalah antara soalan paling ramai juga mula bertanya. Ye lah asyik minta ibu ayah peka akan perkembangan anak?
Sebab dari situ ramai ibu ayah boleh lakukan sesuatu jika ada kelewatan perkembangan.
Statistik mengatakan 1 : 68 anak telah didiagnosiskan autistik. Dan angka ini terus meningkat setiap tahun.
Perkongsian Terapis Cara Kerja, Nurul Sheriena Musa ini boleh membantu ibu ayah untuk perhatikan tanda-tanda ini ya agar kita boleh sama-sama bantu anak-anak kita.
Perkembangan motor yang lambat
Anak lambat berguling atau duduk lebih dari julat masanya? Ramai tak peka akan perkembangan motor ini.
Kurang respon atau langsung tiada
Bayi kalau diagah akan suka kan? Lain pula bila anak dah 6 bulan tidak senyum atau langsung tiada reaksi bila diajak main.
Perbuatan berulang
Kalau ibu ayah baru memang susah nak perasan. Ingat anak sedang main teroka badan sendiri tapi sebenarnya perbuatan berulang anak seperti flapping hands, tepuk-tepuk tangan atau memandang kipas tanpa berkedip mata adalah antara tanda awal.
Tiada bunyi dihasilkan & tiada ekspresi muka
Bayi seawal 3 bulan sebenarnya dah mula nak main-main dengan mulutnya. Tapi kalau dah 9 bulan langsung tiada bunyi malah bila kita cuba buat bunyi dengan harapan anak tiru, langsung tiada respon darinya.
Tiada baby talk
Sepatutnya 12 bulan dah keluar dah 1 perkataan bermakna dari mulut anak walaupun pelat. Sudahlah tiada words malah gestures awal seperti Hai, Bye pun dia tidak mahu buat.
Ibu ayah kalau perasan anak ada tanda-tanda ini bertindaklah segera ya. Ya ada juga kes perkembangan nampak tipikal pada mata kasar kita tapi hanya setelah 18 bulan simptom makin terlihat.
Mesti cepat buat sesuatu. Jangan besarkan lagi jurang kelewatan perkembangan itu. Kongsikan agar lebih ramai dapat peka akan perkembangan anak.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Fitrah anak-anak kecil memang suka pegang, kutip dan telan semua yang ada di sekeliling.
Hal ini buat ibu bapa keliru samada nak membenarkan atau biarkan anak kerana di luar sana, ada terlalu banyak cakap-cakap orang:
“ Jangan bagi main kucing tu. Kotor. Bulu kucing boleh buat alergik tu”
VS
“ Bagus main kucing ni tau. Terapi emosi dan sensori especially untuk anak-anak yang ada isu perkembangan”
“ Bagi anak belajar jalan kaki ayam atas pasir dan atas rumput ni bagus tau. Anak lagi natural dapat feel kaki dia, otot dan tulang dia. Dapat rangsang deria-deria dia jugak”
VS
“ Masuk cacing kang kaki anak kau jalan atas rumput gitu tak pakai kasut”
…dan lain-lain lagi.
Jadi, kotor alami ni sebenarnya bagus tau tak untuk anak?
Kredit: USWATUN HASANAH MOHD HABIB KONSULTAN TANGISAN & TIDUR BAYI DBL INSTITUTE THB EDU ASSC THE WONDER WEEKS ACADEMY SLEESMART EDUCATION BIG LITTLE FEELINGS
Apabila anak demam, ibu bapa yang akan berasa resah. Apatah lagi bila siangnya anak kecil cukup aktif tapi tiba-tiba demam di malam hari.
Paling membuatkan ibu bapa bimbang, apabila suhu anak terlalu tinggi hingga boleh menyebabkan anak terkena demam sawan. Situasi ini yang paling menakutkan dan sebolehnya nak dielak.
Sebagai ibu bapa, tip dari Dr Muhammad Uwais Al Qorni bila anak terkena demam sawan yang dikongsikannya sangat membantu bila berhadapan dengan situasi cemas ini.
Bila Anak Terkena Demam Sawan
Awal pagi sehari sebelum krismas, jam di dinding menunjukkan pukul 1pagi. Doc baru balik kerja, dah beberapa hari doc demam dan batuk-batuk. Anak doc yang paling bongsu, namanya Muhammad Thohir Al Haddad pulak berjangkit demam dari doc. Sejak maghrib tadi berpangku di paha ibunya, dengan kain basah di dahi.
Baru je doc nak melelapkan mata, doc dikejutkan dengan teriakan suara isteri doc, “Abang, anak kita keras bang!” Doc pun waktu tu menggunakan naluri doc sebagai seorang bapa untuk sambung tidur balik. Sekali lagi wife doc teriak itunjal kepala doc, “Abang! Thohir keras ni bang!” Suaranya mulai bernada ketakutan.
Baru doc sedar yang anak doc sudah terkena penyakit demam sawan atau dalam istilah perubatannya “Febrile seizure”.
Perkara paling menakutkan apabila anak yang anda kasihi demam dan terkena sawan. Namun apabila mereka terkena juga, walaupun sebagai seorang doc, terkedu juga seketika doc pada saat-saat itu. Kali pertama doc berdepan situasi begini pada anak sendiri.
Apa Patut Buat
Tiba-tiba doc teringat latihan doc ketika menjadi doc pelatih (HO) dahulu, mentor doc pesan :
Bertenang! Jangan panik. Rekodkan waktu anak anda menghidap sawan dan tempohnya. Kerana maklumat ini amat penting bagi doktor kanak-kanakyang merawat
Demam sawan adalah disebabkan suhu badan yang terlalu tinggi (lebih 38’C) Oleh itu, cepat tanggalkan pakaian anak anda untuk mengurangkan suhu badannya. Pastikan anak anda memakai pakaian nipis dan berlengan pendek sahaja. Jika suhu terlalu panas, boleh tinggalkan anak anda dalam keadaan ber”pampers”.
Letakkan anak anda di atas kain bersih, dan dalam keadaan baring mengiring di sebelah kiri (Left lateral decubitus). Jangan sesekali meletakkan anak anda baring terlentang kerana ia boleh menyebabkan anak anda tersedak air liur/muntah.
Keluarkan sebarang objek/makanan yang ada di dalam mulut anak anda untuk mengelakkan tercekik. Jangan sesekali sumbat sudu untuk mengelakkan rongga mulut anak anda cedera.
“Mandi jerlum” boleh dilakukan sementara menunggu sawan reda. Istilah ini bukanlah bermaksud dengan cara memandikan anak, tapi cukup dengan mengusap anak anda menggunakan kain basah. Perlu diingat bahawa tiada bukti saintifik yang menunjukkan mandi jerlum dapat membantu meredakan demam sawan. Bahkan,jika anda terlalu cepat menurunkan suhu, anak anda mungkin menjadi biru dan menggigil (Hypothermia)!
Ingat setiap keadaan yang berlaku. Contohnya keadaan anak mata, pergerakan kaki dan tangan serta samaada anak anda ada terberak/terkencing sewaktu sawan.
Demam sawan akan reda dengan sendirinya selepas 15minit. Namun,janganlah tunggu di rumah sahaja. Selepas 5minit pertama, segeralah ke klinik berdekatan. Jika anak anda baru pertama kali menghidap demam sawan, bawalah anak anda terus ke hospital berdekatan.
Demam sawan yang melebihi 15minit adalah tidak normal dan perlu menjalani pemeriksaan lanjut di hospital bagi mengenalpasti penyakit lain seperti meningitis.
Pesakit demam sawan tidak semestinya akan menjadi sawan babi (epilepsy). Namun risiko untuk mendapat demam sawan yang seterusnya adalah tinggi iaitu sekitar 30%. Oleh itu, sentiasalah bersedia dengan membeli Thermometer dan ubat demam seperti Syrup Paracetamol/Syrup Ibuprofen setiap kali anak anda demam. Dua-duasama sahaja, jangan tanya doc yang mana satu lagi kuat ya. Kah kah kah
Lagi satu sebab ramai yang berminat nak tau tentang Cafe au lait spot, atau tanda lahir pada anak ni ada kaitan kah dengan sawan. Tanda lahir ada banyak jenis dan bentuk, secara general doc panggil Neurocutaneous stigmata.
Ya! sekiranya anak anda memiliki tanda lahir, memang ada risiko untuk mendapat sawan.
Dari dulu lagi doc memang dah takut sangat, sebab antara anak-anak doc memang Thohir seorang sahaja yang ada tanda lahir Cafe au lait spot ni. Warnanya seperti warna nescafe susu. Sebab dalam bahasa France memang maksud dia Kopi susu.
Majoriti besar Cafe au lait spot ini adalah tidak berbahaya. Kaitan tanda lahir cafe au lait spot dan sawan adalah lebih penting untuk mendiagnosa penyakit lain seperti Neurofibromatosis type 1 dan McCune-Albright syndrome. Dalam kedua2 penyakit ini, tanda lahir akan biasanya membesar dan bertambah bilangannya.
Oleh itu, pesan doc, sentiasalah perhatikan bilangan dan saiz tanda lahir anak anda juga selain suhu badannya ya.
Namun itu tidak bererti anak yang tidak mempunyai tanda lahir tidak akan terkena demam sawan ya!
Nanti doc ada masa lapang doc akan karang artikel lebih detail tentang ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!