Perasaan gembira dan syukur saat dapat tahu bakal menimang cahaya mata adalah kenangan terindah buat pasangan suami isteri terutamanya yang bakal menimang anak sulung.
Bagi ibu, bila nampak perut makin membesar, merasai gerakan bayi dalam perut ia antara momen yang sangat bermakna. Itu tandanya bayi yang ditunggu akan lahir tak lama lagi. Sudah pasti setiap suami isteri mahukan anak yang dilahirkan sihat, soleh, bijak dan comel.
Bukan itu saja, memperdengarkan anak dengan bacaan surah al-Quran juga satu kelebihan dan sangat digalakkan dengan niat supaya anak yang lahir nanti baik akhlaknya. Selain itu, amalan pemakanan yang sihat sepanjang hamil dikatakan boleh mempengaruhi otak bayi.
Di samping perkara ini, ada sesetengah orang menyatakan bila seseorang ibu hamil selalu lihat wajah-wajah orang yang diminatinya, bayi yang bakal lahir mungkin ada sedikit persamaan. Namun semua itu adalah ketentuan ilahi. Tak boleh nak percaya 100 peratus ye.
Bagaimanapun perkongsian di TikTok atas akaun iAdam, ramai teruja melihat wajah comel bayi ini yang dikenali sebagai Adam dikatakan mirip dengan selebriti Korea, Song Joong-ki. Dengan matanya yang bulat, berkulit cerah memang sangat cute!
Menurut ibu ini, sebenarnya Adam taklah sama dengan Song Joong-ki. Saya cuma peminatnya saja.
Tak sangka pula video yang dikongsikan secara suka-suka ini menjadi perhatian dan ditonton lebih 1.3 juta.
Ads
Namun ibu ini akui semasa mengandung dia sangat suka melihat wajah Song Joong-ki. Jadi semua itu hanya kebetulan.
Disebabkan ramai yang geram melihat mata Adam yang bulat dan keperangan itu, ibunya menjelaskan waktu bayi mata Adam berwarna kelabu. Apabila semakin membesar, warna matanya lebih kepada warna coklat.
@iadamsr_ Reply to @ijjahhwni Sbb ramai yg tanya, sy jwb sini ye. Sy dulu bykkn mkn buah, sayur, susu, ubat yg klinik kasi tu. Masa 7 bulan mcm tu start mkn neurogain dan air kelapa. Sy xamik supplement lain, takut sbb anak first kan. Lepas tu slalu dgr surah yusuf, maryam 😘 #fyp♬ original sound – iAdam_
“Saya dulu banyakkan makan buah, sayur, susu, ubat yang klinik beri tu. Masa 7 bulan macam tu start makan neurogain dan air kelapa. Saya tak ambil suplemen lain, takut sebab anak first kan. Lepas tu selalu dengar surah Yusuf dan Maryam.
“Apa yang saya amal ni bukan untuk paras rupa ye, sebab tu based pada genetik kita bukan apa yang kita makan masa pregnant. Tapi lebih kepada kesihatan dan khasiat untuk baby.
“Sebab apa yang kita makan, yang tu la baby akan makan dalam perut. Sebab tu kena makan benda yang ada khasiat, baru la baby dapat khasiat dari apa yang kita makan,” kongsinya.
Ads
Sementara itu, orang ramai rata-rata memberikan pelbagai reaksi dan masing-masing memuji kecomelan Adam yang dikurniakan Allah buat ibu bapanya.
“Ni bukan tahap craving dah ni. Ni copy paste dah ni. Btw anak u hensem sangat.”
“Hidung tuh mahal tuh..tomelnyerr mashallah”
“Adududuiiii besaq esok jadi oppa2 korea la. Hensem+comel teruk nie 🥰”
Ads
“Song Joong-ki junior ni, kecik-kecik dah hensem besar nanti boleh roger2 Song Joong-ki sebab ada kembar.”
“Mak dengan ayah dia pun dua-dua cantik and handsome.. bagai pinang dibelah dua be like.”
Sebelum kita nak salahkan lampin punca anak ruam dan naik merah-merah, sepatutnya ibu bapa kena kenal pasti punca-punca kesalahan dari kita sendiri.
“Eh kesalahan apa pulak tu?”
Perkongsian dari Puan Aizah Zarirah ini dapat memberi sedikit penjelasan kepada ibu bapa yang mungkin tak sedar kesilapan yang dilakukan.
Guna krim lampin yang salah
Penggunaan krim yang salah salah satu punca terjadinya ruam!
Memang sekarang semakin banyak jenis krim untuk merawat ruam lampin bayi di pasaran untuk kita pilih. Tetapi sebagai ibu bapa, kita kenalah bijak membaca kandungan pada label belakang. .
Pastikan krim yang kita pilih ni bebas dari bahan yang berbahaya.
Lepas tu semak lah mana tau jada di antara bahan di dalam krim tersebut menyebabkan kulit bayi kitanaik ruam. Kadang-kala kulit bayi kita lebih baik jika tidak dipakaikan apa-apa krim.
2) Tak membersihkan kotoran dengan betul
Ini punca ruam lampin bayi yang ramai ibu bapa terlepas pandang, kadang kala kita cuci sambil lewa, paling malas pun cuci pakai tisu basah je.
Ya memang air kencing bayi bukanlah terlalu kotor. Tetapi kulit bayi sangat sensitif.
Bukan tu je, cara membersihkan bayi lelaki dan perempuan pun berbeza. Bagi bayi perempuan, pastikan kekotoran tidak termasuk ke dalam vagina mereka dengan membersihkan dari arah depan ke belakang dan bukan sebaliknya.
3) Salah bagi makanan pejal
Kita memang teruja kalau anak kita dah mula boleh makan makanan pejal. Terasa macam nak bagi mereka cuba semua benda!
Tapi pernah tak kita pikir dan ingat kembali, adalakah selepas mula makan makanan pejal, bayi kita mula naik ruam lampin?
Mereka mungkin alergi terhadap sesuatu makanan yang diberikan kepada mereka. Sebab itulah penting untuk kita memerhatikan reaksi dan perubahan anak kita selepas mencuba makanan yan baru. Praktikkan ‘4 days wait rule’ ketika perkenalkan makanan pada bayi kita.
Dengan ini, kita boleh mengelak alahan anak sambil memastikan anak tak terkena ruam lampin bayi lagi.
4) Jarang tukar lampin
Akak ada juga perhati sesetengah ibu bapa ni, selagi lampin tak bergayut ke bawah tak adanya nak pergi tukar.
Sepatutnya tukar lampin ni kena dengan kerap. At least 4 jam sekali. Jangan fikir membazir semua tu untuk kebaikan anak kita.
5) Jangan guna bedak talkum
Jangan guna bedak talkum. Ia tidak akan melindungi daripada ruam lampin dan boleh menyebabkan geseran dan keradangan kulit bayi.
Pakaikan lampin secara longgar supaya ada ruang untuk udara mengedar sekeliling punggung bayi kita.
Bagaimana cara ibu ayah memantau perkembangan si Manja sejak dari 0 – 6 bulan pertama?
Baru-baru ini saya ada buat physio untuk bayi. Dah masuk 6 bulan masih belum meniarap, kepala pun flat. Rupanya mereka tak didedahkan dengan ‘tummy time’. Ibu bapa beri alasan tak tahu.
Pernah dengar ‘Tummy time’ ?
Tahukah ibu ayah apa peranan Tummy time?
Disini serba sedikit saya kongsikan manfaat bersama #aulorababy saya. Ammar dan Humaira.
Tummy time adalah dimana, si manja diletakkan diposisi meniarap ( dibawah pantauan ibuayah) selama beberapa minit dan beberapa ketika. Ia sebenarnya bermula dari awal kelahiran di dalam mggu ke 2.
Latihan Tummy Time ini menggalakkan si manja membina otot leher, badan ( trunk/ core muscles) menjadi kuat disamping membantu merangsangkan koordinasi tubuh badan untuk pergerakan yang seterusnya seperti :
✅ Memusingkan tubuh badan ( Rolling over )
✅ Merangkak ( Crawling )
✅ Menggapai/ Mencapai ( Reaching )
✅ Bermain ( Playing )
Tahukah ibu ayah, apabila si manja terlalu lama berada di dalam keadaan baring menelentang ( supine lying) dan tanpa pergerakan kepala kiri ke kanan ia menggalakkan otot leher si manja menjadi ketat dan cenderung mendapat Torticollis ( kepala senget sebelah ) kerana otot menjadi spasm.
Dan permukaan kepala simanja menjadi rata atau Flatened head kerana impak daripada graviti dan kekerapan bahagian occipital menerima tekanan . ( Hard surface )
Jadi ia cukup memberi kesan kepada pertumbuhan bayi anda.
Our constantly advice, ibu ayah keraplah melakukan beberapa aktiviti bersama si manja seperti:
✅ Neck Rotation activities
✅ Tummy Time
✅ Repositioning baby
Disini saya ada sediakan beberapa contoh untuk ibu ayah melatih anak untuk meniarap atau melakukan tummy time.
Masih ramai ibu bapa yang tidak tahu cara menjaga kebersihan botol susu anak mereka. Penjagaan yang tidak rapi boleh mengundang kepada jangkitan kuman yang menyebabkan anak anda muntah-muntah dan cirit-birit.
Menurut Dr Tajul Ariffin Norsadan, ibu tak boleh sambil lewa bab kebersihan botol susu dan pastikan kebersihannya sentiasa dipantau sepanjang masa.
Di sini saya ingin berkongsikan sedikit ilmu penjagaan botol susu:
CUCIAN BOTOL:
Dibasuh dengan sabun setiap kali habis proses penyusuan.
Didihkan air, matikan api dan rendamkan selama 5-10 minit. Boleh dilakukan setiap kali habis penyusuan atau dikumpul dahulu.
Gunakan penyepit untuk membawa botol keluar dari air panas. Tidak menggunakan tangan kerana tangan kita penuh dengan kuman.
Letakkan dalam keadaan terlangkup.
Boleh digunakan setelah kering.
DISARANKAN:
Untuk mempunyai 6 – 8 botol susu. Jumlah penyusuan bayi 6-8 kali sehari, maka anda digalakkan menggunakan botol susu yang berbeza setiap penyusuan dan proses rendaman air didih cukup sekali sehari dengan jumlah botol ini.
Untuk menggantikan ke semua botol tadi setiap 6 bulan atau apabila berlaku perubahan bentuk dan warna.
Untuk menggantikan puting botol susu setiap bulan atau apabila berlaku perubahan bentuk dan warna.
TAMBAHAN:
Tidak menggunakan air mendidih semasa membancuh susu.
Tidak cairkan susu anak anda. Gunakan sukatan yang disyorkan mengikut saranan pengeluar supaya anak anda mendapat zat-zat yang diperlukan secukupnya.
Tidak menggoncang botol susu dengan kuat semasa membancuh susu.
Setelah umur 6 bulan, digalakkan makan makanan dahulu dan susu formula sebagai makanan tambahan
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.