Wajah Anak Ala Korea, Ibu Kongsi Masa Hamil Suka Tengok Song Joong-ki

Share

Perasaan gembira dan syukur saat dapat tahu bakal menimang cahaya mata adalah kenangan terindah buat pasangan suami isteri terutamanya yang bakal menimang anak sulung.

Bagi ibu, bila nampak perut makin membesar, merasai gerakan bayi dalam perut ia antara momen yang sangat bermakna. Itu tandanya bayi yang ditunggu akan lahir tak lama lagi. Sudah pasti setiap suami isteri mahukan anak yang dilahirkan sihat, soleh, bijak dan comel.

Bukan itu saja, memperdengarkan anak dengan bacaan surah al-Quran juga satu kelebihan dan sangat digalakkan dengan niat supaya anak yang lahir nanti baik akhlaknya. Selain itu, amalan pemakanan yang sihat sepanjang hamil dikatakan boleh mempengaruhi otak bayi.

Di samping perkara ini, ada sesetengah orang menyatakan bila seseorang ibu hamil selalu lihat wajah-wajah orang yang diminatinya, bayi yang bakal lahir mungkin ada sedikit persamaan. Namun semua itu adalah ketentuan ilahi. Tak boleh nak percaya 100 peratus ye.

@iadamsr_ Buat untuk suka2 je #fypシ #masukberanda #mycravingswheniwaspregnant ♬ original sound – GEMINI🙃

Bagaimanapun perkongsian di TikTok atas akaun iAdam, ramai teruja melihat wajah comel bayi ini yang dikenali sebagai Adam dikatakan mirip dengan selebriti Korea, Song Joong-ki. Dengan matanya yang bulat, berkulit cerah memang sangat cute!

Menurut ibu ini, sebenarnya Adam taklah sama dengan Song Joong-ki. Saya cuma peminatnya saja.

Tak sangka pula video yang dikongsikan secara suka-suka ini menjadi perhatian dan ditonton lebih 1.3 juta.

Namun ibu ini akui semasa mengandung dia sangat suka melihat wajah Song Joong-ki. Jadi semua itu hanya kebetulan.

Disebabkan ramai yang geram melihat mata Adam yang bulat dan keperangan itu, ibunya menjelaskan waktu bayi mata Adam berwarna kelabu. Apabila semakin membesar, warna matanya lebih kepada warna coklat.

@iadamsr_ Reply to @ijjahhwni Sbb ramai yg tanya, sy jwb sini ye. Sy dulu bykkn mkn buah, sayur, susu, ubat yg klinik kasi tu. Masa 7 bulan mcm tu start mkn neurogain dan air kelapa. Sy xamik supplement lain, takut sbb anak first kan. Lepas tu slalu dgr surah yusuf, maryam 😘 #fyp ♬ original sound – iAdam_

“Saya dulu banyakkan makan buah, sayur, susu, ubat yang klinik beri tu. Masa 7 bulan macam tu start makan neurogain dan air kelapa. Saya tak ambil suplemen lain, takut sebab anak first kan. Lepas tu selalu dengar surah Yusuf dan Maryam.

“Apa yang saya amal ni bukan untuk paras rupa ye, sebab tu based pada genetik kita bukan apa yang kita makan masa pregnant. Tapi lebih kepada kesihatan dan khasiat untuk baby.

“Sebab apa yang kita makan, yang tu la baby akan makan dalam perut. Sebab tu kena makan benda yang ada khasiat, baru la baby dapat khasiat dari apa yang kita makan,” kongsinya.

Sementara itu, orang ramai rata-rata memberikan pelbagai reaksi dan masing-masing memuji kecomelan Adam yang dikurniakan Allah buat ibu bapanya.

“Ni bukan tahap craving dah ni. Ni copy paste dah ni. Btw anak u hensem sangat.”

“Hidung tuh mahal tuh..tomelnyerr mashallah”

“Adududuiiii besaq esok jadi oppa2 korea la. Hensem+comel teruk nie 🥰”

“Song Joong-ki junior ni, kecik-kecik dah hensem besar nanti boleh roger2 Song Joong-ki sebab ada kembar.”

“Mak dengan ayah dia pun dua-dua cantik and handsome.. bagai pinang dibelah dua be like.”

Kredit: TikTok iadamsr_

Ketahui fungsi carseat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Published by
Wan Amy