Tak siapa menduga, pada awalnya niat si ibu meninggalkan anak-anak di rumah untuk keluar membeli juadah berbuka puasa akhirnya bertukar tragedi apabila rumah yang mereka diami terbakar.
Lebih menyedihkan apabila keempat-empat anak kecil ini meninggal dunia dalam kebakaran petang semalam.
Aktivis dan ahli perniagaan, Ebit Lew bergegas mendapatkan ahli keluarga mangsa untuk membantu sedaya yang mungkin.
Kehilangan 4 anak kecil serentak.
“Menangis sedih sangat baru lepas bersama pengkebumian jenazah 4 adik beradik kecil meningggal dunia lemas akibat rumah terbakar. Sebak melihat tangisan ibu bapanya sepanjang urusan di Muar Johor. Adik kecil Puteri Aisyah 8 tahun, Mohd Hakim 6 tahun, Mustakim 4tahun, Fatihah Aisyah 3tahun. Kecil-kecil semuanya. Melihat wajah bersih cantik semuanya.”
”Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Ibunya asal Kuala Kubu bharu. Sampai je nampak saya tadi menangis katanya hari-hari anaknya Aisyah nak jumpa ustaz. Keluarganya susah. Di rumah tiada perabot tv pun tiada. Tiada barang elektrik. Ibunya keluar 5 minit beli barang bergesa balik lihat dah jadi begitu. Ya Allah tuhanku sedihnya dengar.”
Menurut Ebit, dia sempat bersama-sama solat jenazah dan membantu pengebumian anak-anak syurga ini. Tambahnya lagi, wajah jenazah anak-anak ini dalam keadaan bersih.
”Saya lihat wajah anak-anak semua comel bersih. Tidak terbakar. Ada calar-calar sikit-sikit. 4 beradik dijumpai dibilik air. Mungkin lemas asap dan haba panas.”
”Ya Allah ampunilah sayangilah rahmatilah keluarga ini. Terima kasih Majlis agama Islam Johor dan Hospital Muar menguruskan keluarga ini. Allah membalasnya semuanya.”
Kredit: Ebit Lew
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI