Wajah Haziq Senyum, Seumpama Sedang Tidur & Bercahaya. Berehatlah Dengan Tenang

Share

Jenazah Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17 tahun yang terkorban semasa serangan pengganas di masjid Christchurch, New Zealand dikatakan senyum dan tenang. Ramai yang menangisi pemergiannya.

Allahyarham Muhammad Haziq merupakan anak kedua Mohd Tarmizi Shuib, 42 tahun, rakyat Malaysia yang parah dalam serangan di Masjid Al Noor. Ketika yang meragut 50 nyawa itu, Mohd Tarmizi bersama dua anaknya, Mohd Haris, 12 tahun dan Allahyarham Mohd Haziq hadir untuk menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

ADIK MASIH TRAUMA, BELUM TAHU ABANG SUDAH TIADA

Mohd Tarmizi cedera parah akibat terkena tembakan dan telah dibenarkan pulang dari hospital selepas menjalani pembedahan manakala Mohd Haris tidak mengalami sebarang kecederaan namun dilaporkan trauma.

WAJAH BERCAHAYA KETIKA JENAZAH DIURUSKAN

Menurut laporan Astro Awani yang menemurah ibu saudaranya, Zarina Shuib, jenazah anak saudaranya itu berada keadaan tersenyum dan seumpama sedang tidur. Zarina turut dimaklumkan yang wajah anak saudaranya itu seperti bercahaya ketika jenazah anak kedua daripada empat adik beradik itu diuruskan.

DITEMBAK DUA KALI PADA BADAN

Dalam kejadian di masjid Al Noor, Allahyarham Muhammad Haziq menurutnya mengalami kecederaan akibat ditembak sebanyak dua kali pada anggota badan. Dalam kejadian itu bapanya, bapa Mohd Tarmizi Shuib juga mengalami kecederaan.

SENYUM DAN TENANG

“Rasa sedih, terkilan sebab dia anak saudara. Reda dengan pemergian dia (Haziq). Mungkin sudah sampai ajal tuhan. Sudah ketentuan meninggal masa tu. Mariani (adik) ada sebut jenazah (Haziq) senyum dan tenang,” katanya Zarina.

Jenazah Allahyarham Muhammad Haziq  dikebumikan di Memorial Park Cemetery Bromley di Linwood, Christchurch selepas disahkan meninggal dunia setelah hampir seminggu kehilangannya.

WAJAHNYA SANGAT BERSIH SEPERTI SEDANG TIDUR, HIDUNG & BIBIR MERAH SEPERTI MASIH HIDUP

Selain itu, menurut seorang lelaki yang dikenali sebagai Putera Sriwijaya, wajah anak muda ini sangat bersih, seolah-olah sedang tidur. Hidung dan bibirnya masih merah seperti masih hidup.

Putera Sriwijaya berkongsi di laman Facebooknya yang dia turut mengusung keranda Allahyarham dan menurunkan jenazah ke liang lahad. Dalam perkongsiannya, lelaki ini mengakui mungkin ada amalan yang dilakukan Allahyarham Muhammad Haziq yang menyebabkan pemergiannya dalam keadaan yang sangat baik.

BEREHATLAH DENGAN TENANG

Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam posting Instagram menyebut akan pemergiaan Allahyarham Muhammad Haziq pada hari Jumaat, di dalam masjid dalam keadaan bersedia untuk menunaikan ibadah akan diberikan ganjaran yang besar dan mendoakan Allahyarham mendapat syahid di sisi Allah SWT.

drzulkifli.albakri Pencarian yang akhirnya menemui jawapan. 
Berehatlah dengan tenang, anakanda Haziq. Umat Islam seluruh dunia mendoakanmu. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum Mohd Haziq atas pemergian insan yang tercinta.

Pemergiannya di hari Jumaat yang mulia, di dalam masjid, dalam keadaan bersedia untuk menunaikan ibadah, insyaAllah dikurniakan dengan ganjaran yang besar. Kami mendoakan semoga beliau mendapat syahid di sisi Allah SWT.

Kami menyeru semua masjid dan Surau Diri Jumaat dalam Wilayah Persekutuan untuk bersama-sama menunaikan solat jenazah ghaib untuk semua mangsa tragedi di #Christchurch.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhada’.

Sumber: Astro Awani, Facebook Putera Sriwijaya, Instagram drzulkifli.albakri & Facebook Muhammad Haziq

Published by
Azma ML