Bila berbicara tentang kehamilan, ramai membayangkan momen indah, wajah berseri dan kulit glowing. Tapi hakikatnya, tidak semua ibu bertuah melalui fasa itu. Ada yang diuji dengan perubahan drastik pada tubuh, dan lebih menyedihkan perubahan ketara pada wajah.
Inilah kisah Lala, seorang wanita yang pernah tular di media sosial kerana wajahnya yang berubah mendadak ketika hamil. Bukan sedikit, tapi sangat ketara apabila kulitnya menjadi kasar, kusam, berkedut, bahkan kelihatan jauh lebih tua dari usia sebenar.
“Saya memang terkejut tengok diri sendiri dalam cermin. Tapi saya tahu ini bukan sebab produk atau sihir. Ia hanya hormon kehamilan,” kata Lala dalam perkongsiannya di laman X.
Wajah Lala kembali pulih selepas sebulan melahirkan bayi.
Dikecam Dan Dituduh
Penampilan luar Lala ketika itu mengundang pelbagai spekulasi daripada tuduhan menggunakan produk berbahaya, sehinggalah ada yang kaitkan dengan penyakit ain dan gangguan mistik. Namun Lala tetap tenang.
Ads
Beliau menjelaskan bahawa perubahan kulitnya adalah reaksi hormon semasa kehamilan, sesuatu yang biasa terjadi kepada sesetengah wanita. Ia bukan kekal, bukan salah produk, dan bukan satu bala.
“Saya kecewa bila orang tulis macam-macam. Tapi saya tak mahu ibu lain rasa takut bila perkara sama berlaku pada mereka. Ini semua akan berlalu.”
Mula Rawatan Selepas Bersalin, Satu Demi Satu Pulih
Sebaik selepas melahirkan, Lala mula fokus memulihkan kesihatan kulitnya secara profesional. Perkongsian beliau dari hari ke-7, hari ke-21 dan hari ke-27 selepas bersalin membuktikan kulitnya semakin bersih, segar dan berseri.
Ads
Antara rawatan yang diambil termasuk:
Fotona Rosacea Laser – mengurangkan kemerahan dan radang kulit.
Antibiotik oral dan topikal – bantu rawat kulit dari dalam dan luar.
Krim sapu & krim malam khas – dirujuk oleh doktor dermatologi.
Namun Lala memilih untuk tidak mengambil ubat makan buat masa ini kerana bayinya mempunyai sejarah jaundis. Keselamatan si kecil tetap diutamakan.
Ads
Ramai Wanita Kongsi Kisah Sama
Perkongsian Lala menerima ribuan komen daripada wanita yang pernah mengalami perkara serupa. Ada yang pernah menghadapi kulit muka gelap, jeragat tebal, bengkak atau berkedut semasa hamil semuanya mengakui betapa kisah Lala membuatkan mereka rasa lebih kuat dan diterima.
“Saya pernah murung sebab muka berubah masa mengandungkan anak sulung. Bila tengok Lala, saya rasa lebih tenang. Kita tak bersendirian,” tulis salah seorang pengikutnya.
Kehamilan bukan hanya perjalanan fizikal, ia juga perjalanan emosi dan mental. Jika ibu diuji dengan perubahan penampilan, yakinlah ia sementara dan boleh dirawat. Jangan rasa rendah diri atau malu. Setiap ibu berhak dihargai, bukan dinilai dari rupa yang berubah seketika.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam masa yang sama, di Instagram suaminya Zaquan juga turut memuat naik gambar yang sama dengan kapsyen yang menyatakan tanda syukur dengan rezeki anak yang Allah kurniakan kepada dia dan isteri tersayang.
Menjenguk ke ruangan komen, peminat dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan agar pelakon berusia 35 tahun itu selamat melahirkan cahaya mata kelimanya.
Ayu telah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Zaquan Adha Abdul Radzak pada Januari 2011.
Pasangan ini dikurniakan 4 orang cahaya mata yang diberi nama Muhammad Aisy Qaiser, 7, Muhammad Aisy Aryann, 6, Laura Zuleykha, 3 dan Muhammad Aisy Al Khaliq, 1.
Tahniah diucapkan buat Ayu dan Zaquan. Semoga kehamilan kali ini juga dipermudahkan seperti yang terdahulu. Meriah ada anak ramai.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Benarkah masalah kekejangan terutamanya di bahagian kaki yang biasa dialami di akhir trimester kehamilan boleh diatasi dengan mengambil suplemen kalsium? Bagaimana suplemen ini boleh membantu mengatasi masalah ini?
Rasa kejang di kaki memang sering terjadi ketika hamil. Rahim yang semakin membesar menyebabkan saluran darah tertekan. Ini menyebabkan darah sukar untuk mengalir ke atas (dari kaki ke jantung). Pengaliran darah yang semakin sukar ini menyebabkan kaki terasa kejang.
Suplemen kalsium sering digunakan untuk merawat kekejangan kaki tetapi ia tidak banyak membantu.
Sebaliknya, anda dinasihatkan untuk:
Melakukan senaman seperti berjalan kaki (bukan berlari atau jogging) untuk mengaktifkan pengaliran darah dari kaki ke jantung.
Meletakkan kaki di atas kerusi lain ketika duduk berehat.
Memakai stoking khas (pressure graded stockings) yang boleh dibeli di farmasi.
Meminta bantuan suami mengurut kaki untuk melancarkan pengaliran darah.
Rendam kaki di dalam air suam atau tuam kaki dengan tuala suam. Ia dapat membantu pengaliran darah di kaki.
Suplemen kalsium penting untuk pembentukan tulang dan gigi bayi. Jika anda tidak mengambil suplemen kalsium secukupnya, bayi akan “mencuri” kalsium daripada anda. Ini menyebabkan tulang anda mengalami kehausan kalsium.
Anda perlu terus mengambil suplemen kalsium sewaktu berpantang dan ketika menyusukan bayi kelak. Vitamin D pula penting untuk memastikan pil kalsium yang dimakan boleh diserap ke dalam badan.
Wanita yang kekurangan kalsium akan mendapat risiko osteoporosis di masa hadapan. Wanita hamil dan menyusukan anak memerlukan 1000 – 1200 mg kalsium sehari. Tetapi jangan makan kalsium berlebihan kerana ia boleh menyebabkan masalah sembelit dan batu karang.
5 ubat perlu dielakkan
Aspirin
Ia berupaya menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit. Lalu, mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.
Litium
Ubat ini berkesan untuk merawat masalah mood tidak menentu tetapi ia boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.
Tetrasaiklin
Ia merupakan sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.
Ubat penahan sakit
Ubat ini boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.
Antibiotik
Ada beberapa jenis antibiotik yang tidak selamat untuk wanita hamil ialah tetracyclines (doxycycline dan minocycline). Begitu juga dengan Bactrim dan Septra.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semua ibu hamil di Malaysia termasuk bukan warganegara akan diberikan vaksin kombinasi tetanus-difteria-pertussis (Tdap) secara percuma, bermula tahun depan (2024).
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata berkata inisiatif baharu berkenaan, yang melibatkan peruntukan tahunan sebanyak RM25 juta bagi meliputi anggaran 500,000 ibu hamil pada setiap tahun, bertujuan mengurangkan risiko jangkitan pertussis terutamanya dalam kalangan bayi berumur bawah lima bulan.
Pelaksanaannya akan bermula setelah urusan perolehan bekalan vaksin Tdap selesai dan bekalan vaksin berkenaan tersedia di kemudahan kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) di seluruh negara.
“Apabila dilaksanakan kelak, semua ibu hamil, termasuk bukan warganegara, akan diberikan satu dos vaksin Tdap ketika trimester kedua atau ketiga kehamilan (antara tempoh kehamilan 13 hingga 36 minggu) secara percuma di fasiliti kesihatan primer KKM di seluruh negara,” katanya.
Menurut Dr Zaliha, pemberian vaksin Tdap kepada ibu hamil akan memberi perlindungan kepada bayi bermula dari dalam kandungan sehingga bayi berkenaan lahir dan dapat melengkapkan tiga dos primer vaksin pertussis pada umur lima bulan, melalui antibodi dari tubuh ibu yang dipindahkan kepada bayi dari dalam kandungan.
Beliau berkata bayi berumur bawah lima bulan merupakan kumpulan yang paling berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan pertussis dan mengalami komplikasi penyakit berkenaan seperti pneumonia (radang paru-paru), encephalopathy (radang otak) dan kematian.
Dr Zaliha berkata ia berlaku kerana antibodi dalam tubuh bayi hanya akan mencapai tahap perlindungan yang optimum apabila bayi lengkap menerima tiga dos vaksin pertussis yang diberikan di bawah Program Imunisasi Kebangsaan apabila berumur lima bulan.
Bagi tahun ini sehingga 23 Ogos, katanya sebanyak 343 kes Pertussis dengan 24 kematian dilaporkan di Malaysia.
Daripada 343 kes pertussis yang dilaporkan itu, 173 kes atau 50.4 peratus merupakan bayi berumur bawah lima bulan, manakala daripada 24 kematian yang dicatatkan pula, 19 kematian adalah dalam kalangan bayi berumur bawah lima bulan
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.