
Aksi comel pemilik nama Alisa Aisyah, puteri kepada selebriti, pelakon dan instafamous terkenal Hanis Zalikha & Hairul Azreen sering menjadi perhatian warga net. Mempunyai akaun Instagram yang diuruskan oleh mommy dan daddynya, keletah si kecil ini memang cukup mencuit hati.
Sesi fotografi bagi ruangan penghias kulit bersama mommy tersayang untuk isu Hari Ibu, Mei nanti bakal memaparkan gambar-gambar comel Alisa Bersama Hanis Zalikha.
Sesi fotografi dengan memaparkan Alisa Aisyah adalah julung kali berlaku kerana menurut Hanis, dengan jadualnya yang agak padat tanpa sedar anak perempuannya itu sudah masuk usia 9 bulan.
Pelawaan dari team Pa&Ma disambut dengan tangan yang terbuka memandangkan ini kali pertama wajah si kecil Alisa bakal disiarkan dimuka depan majalah keibubapaan Nombor satu di Malaysia.
Jom lihat keletah dan pose comel dari Alisa yang tak kekok pun beraksi di depan kamera walaupun baru pertama kali.
Kalau nak tengok lagi banyak aksi dan cerita menarik fasal Alisa dan ibunya Hanis Zalikha, jangan lupa dapatkan Pa&Ma edisi Mei 2020 istimewa Hari Ibu!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Cantiknya Mata Grey Dia”, Emma Maembong Kongsi Gambar Photoshoot Anak, Peminat Puji Macam Anak Patung!

Sejak melahirkan bayi comelnya pada 8 November lalu, pelakon cantik Emma Maembong dilihat sering memuat naik gambarnya yang ketika ini sedang menjalani proses berpantang.
Menerusi satu entri di instagramnya semalam, Emma turut berkongsi gambar pertama photoshoot anaknya. Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada peminat yang tidak henti-henti memuji kecomelan raut wajahnya.
Melihat raut wajah cahaya mata kesayangan pelakon cantik ini pastinya terpaut dengan wajah redupnya yang cukup comel.
“Aww ma baby @eslovestory first photoshoot with @yourstrulyphotography_kl,” kongsinya ringkas.
Menerusi entri itu juga, Emma memuat naik dua keping gambar anaknya yang meraih begitu banyak pujian. Rata-rata memuji kecomelan raut wajah dan pastinya sepasang mata unik dan cantik yang dimiliki si comel kesayangan Emma ini.
Dalam pada itu, Emma juga turut berkongsi beberapa momen dan gambar di instagram anaknya, @eslovestory ketika sesi fotografi itu berlangsung.
Instagram khas itu dibuka Emma dan suaminya untuk anak tersayang dengan memaparkan perjalanan kehamilan Emma sehingga sehingga detik melahirkan.
Tidak hanya raut wajah bahkan peminat juga turut memuji warna mata kelabu yang dimiliki si comel ini.
Malah ada yang memuji seperti anak patung comel. Sememangnya wajah comelnya jelas ketara malah warna mata kekelabuan yang dimilikinya secantik ibunya.
“Mataaaaaaa grayyyyyy”
“Comel nye.. cantik mata dia”
“Mata mak dia”
Terdahulu, Emma dan pasangannya, Muhammad Shazli Azhar mendirikan rumah tangga pada 19 Februari 2020. Dan pada 8 November lalu, cahaya mata pertama Emma dilahirkan yang sememangnya melengkapkan bahagia mereka.
Pun begitu sehingga ke hari ini, Emma dan suami masih belum mendedahkan nama bayi pertama mereka.
Artikel berkaitan: Alhamdulillah Baby Boy, Suami Umum Kelahiran, Emma Maembong Selamat Bersalin Bayi Lelaki!
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Kredit: @emma_maembongofficial & @eslovestory
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ainul Dah Mula Angkat Tangan.” Berkat Hari Jumaat, Terima Kasih Ya Allah!

Allah sebaik-baik perancang, berkat hari Jumaat yang mulia, siapa sangka adik Ainul Mardhiah dah mula menunjukkan perkembangan yang baik setelah diberi alat bantuan pernafasan dan ditidurkan buat kali kedua beberapa hari lalu.
Melalui perkembangan terkini yang dikongsikan oleh bapa Ainul, Ahmad Safiuddin, Ainul mula memberi respon yang baik hari ini dan mula angkat tangannya.
“Alhamdulillah. Terima Kasih Ya Allah. Our little fighter dah mula angkat-angkat tangan,” tulisnya.
Susulan perkongsian tersebut, orang ramai mengucapkan syukur ats nikmat tersebut dan ternyata semangat Ainul sangat kuat walaupun keadaannya masih lemah.
Sebelum ini, Ainul dilaporkan berada dalam keadaan tak memuaskan kerana diserang sawan panas banyak kali sehingga doktor ambil keputusan untuk rehatkan badannya.
Walaupun diuji dengan ujian tersebut, ahli keluarga Ainul tak berputus asa dan sentiasa memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat Ainul.
Sikap positif daripada walid dan mama Ainul ini juga mungkin jadi kekuatan Ainul untuk terus kuat.”
Dengan perkembangan baik yang ditunjukkan oleh Ainul, ramai yang memanjat kesyukuran dan berharap si comel ini terus sihat dan dan diberi kesembuhan dari segala penyakit.
“Allahu, di hari Jumaat yang INDAH . U’re the real fighter AINUL MARDHIAH ! Bangkit yeee anak.”
“Allahuakbar. Alhamdulillah.. Ainul kuat 💪 semoga cepat sembuh dari segala kesakitan. Aaminn”
“Syukur Alhamdulillah terus kuat ye adik Ainul sayang❤️”
“Alhamdulillah . allahuakbar . cpttttt sihat adik ainul . adik ainul kuat semangat ❤️”
“Alhamdulillah. Mudahan Allah kurniakan Ainul kesihatan sempurna dan membesar dengan sihat dan solehah”
Sewaktu keadaan Ainul berada dalam keadaan tak memuaskan, walidnya memang berserah pada Allah dan memohon ada keajaiban untuk Ainul. Kesedihan itu juga sangat dirasai oleh semua rakyat Malaysia.
Kredit: FB Ahmad Safiuddin & IG Nurul Erwani
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rezeki Tahun Baru! Tarif Elektrik 2025 Jaminan Keperluan Asas Tetap Terjaga

Rezeki Tahun Baru! Berita baik untuk rakyat, perubahan tarif elektrik pada Julai nanti tidak akan membebankan isi rumah berpendapatan rendah. Jadi, tak perlu risau keperluan asas anda tetap terjaga!
Sebagaimana yang ditegaskan oleh Perdana Menteri Malaysia mengenai perubahan tarif elektrik ini akan memberikan kebaikkan kepada ekonomi rakyat.
Dalam perkembangan terbaharu itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan 85 peratus rakyat di negara ini tidak akan terkesan dengan kenaikan tarif elektrik.
Anwar turut memberi jaminan bahawa sektor industri tidak akan dibebankan dengan kenaikan yang tinggi melebihi 14 peratus. Langkah tersebut bagi memastikan keseimbangan antara menjaga kebajikan rakyat dan kelangsungan perniagaan.
Beliau berkata kenaikan kadar tarif elektrik itu, hanya melibatkan sektor industri dan golongan mana kaya mengikut kaedah Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT).
Perdana Menteri berkata kenaikan tarif elektrik kurang daripada 14 peratus itu adalah munasabah, sebagai usaha kerajaan menambah peruntukan bagi pembangunan seperti sekolah dan hospital serta program-program berkepentingan rakyat yang lain.
“(Langkah) Kenaikan tarif elektrik kepada industri dan golongan maha kaya ini kita pertahankan kerana kalau kita tidak cukaikan golongan ini bagaimana kita nak tambah peruntukan untuk sekolah dan hospital. Kita kena terima kenyataan kenaikan tarif yang munasabah bagi industri dan golongan maha kaya ini.”
“Saya sebut depan peniaga-peniaga semalam, kita tidak akan tolak ansur, kita terpaksa naikkan, tetapi tidak melibatkan 85 peratus rakyat…dengar betul-betul, bukan dengar dengan sentimen marah,” kata Perdana Menteri pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan
Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayhsal Wan
Ahmad (PN-Machang).
Nyata, rakyat boleh tarik nafas lega dengan penegasan kenyataan yang dinyatakan oleh Perdana Menteri. Terima kasih PMX!
Sumber: Sinar Harian & Bernama
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI