Nak jaga akhlak anak ibu bapa wajib tapi apa yang anak tengok. Kanak-kanak ini memang suka melakukan peniruan. Tapi masalanya ramai daripada ibu bapa kurang prihatin hingga lupa untuk mengawal pesekitaran anak termasuk kawalan penggunaan gajet, menonton televisyen dan  cara komunikasi dalam keluarga.

Sebelum anak melakukan peniruan yang boleh menjejaskan perkembangan  yang boleh memberi kesan negatif kepada diri anak-anak eloklah baca perkongsian Pendidik Ilmu Keibubapaan Dr Taufiq Razif tentang kesan akibat peniruan yang dilakukannya oleh kanak-kanak termasuk anaknya sendiri!

Ada satu hari tu Maryam Soolihah ni main dengan Umminya. Entah kenapa tiba-tiba dia buat mimik muka pelik sambil menjelirkan lidah. Adeh!

Rumah saya ni takde TV dan memang anak saya tak tengok TV langsung. Saya syak dia tengok anime kat taska dia kot.

Tu la kehebatan anak kita dan tu lah kehebatan survivor skill yang Allah dah kurnia. Anak kita mampu tiru apa sahaja yang lalu kat depan mata dia.

Tu la kenapa kalau Maryam Soolihah ni ada saya sedaya upaya berlemah lembut dan tunjukkan kasih sayang pada isteri saya sebab cara saya layan isteri saya ni akan jadi ‘benchmark’ bagaimana Maryam Soolihah ni nanti akan layan kawan-kawan dan bakal pasangan hidupnya kelak.

IKLAN

Tu la kenapa saya jadi sedih sangat kalau ada mak ayah yang tak sekat langsung apa yang anak mereka tengok. TV terbuka 24 jam, internet pula bebas dibuka oleh anak bila-bila masa. Bila ada adegan 18sx kat TV pun mak ayah selamber je tengok dengan anak-anak.

Anak takkan tiru benda tak senonoh tu depan-depan kita tapi anak-anak akan cari peluang untuk tiru benda tu di belakang kita nanti.

sebab anak kita memang dilahirkan sebagai PENIRU YANG TERHEBAT. Skill ni sangat berguna tapi pada masa yang sama boleh merosakkan dia kalau kita sebagai mak ayah tak tapis ‘visual’ anak kita.

Tolong bagitahu mak ayah yang belum tahu ye

IKLAN

5 CARA KAWAL ANAK CARA BERHEMAH

Dalam pada itu, beliau juga tidak nafikan nak halang  anak 100% menonton agak sukar zaman moden ini. Apa yang perlu ibu bapa lakukan ialah memberi panduan dan tapis.

1.Tonton sama-sama

IKLAN

2.Hadkan jenis channel

3.Hadkan masa tontonan

4.Kawal jenis video yang ditonton

  1. Tegas dalam pemilihan cerita

Sumber: www.facebook.com/taufiq.razif

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI