Lembutkan hati anak sangat mudah jika ibu bapa tahu cara nak tackle mereka. Kena ingat apa yang anda lakukan, itulah salah satu senjata untuk anak lebih memahami dan mendengar kata.
Jika dari kecil anak dibiasakan dengan kelantangan suara ibu bapa, selalu dipukul sampai besar pun anak akan ingat ye. Sebenarnya banyak cara yang boleh kita buat dengan menggunakan pendekatan lebih rasional dan seterusnya menyentuh hati anak-anak.
Apa yang dikongsikan oleh Pengetua Genius Aulad Saujana Utama, Puan Ashikin Hashim boleh dimanfaatkan bersama. Somga kita dapat jadi ibu bapa terbaik buat anak-anak.
Ads
Ads
Senjata melembutkan hati anak
Ads
Sabar, solat & doa – Inilah perisai kita bila kita lemah. Inilah kekuatan kita bila kita sedih. Allah sebaik-baik tempat meminta dan mengadu. Berkomunikasilah dengan DIA.
Mata – Senjata mata sangat bermakna. Pandanglah matanya ketika kita bercakap dan berbual dengannya. Dari situlah dia mendapat tahu bahawa kita mengambil tahu akan perihal dirinya. Dari situlah juga dia melihat akan kasih sayang dari kita. Ketika dia mengadu dan ingin benar bercerita dengan kita, maka pandanglah matanya.
Sentuhan & pelukan – Senjata ini sangat perlu untuk mengembalikan kekuatan dalaman anak. Anak yang tidak mendengar kata, anak yang sukar dibentuk, anak yang dipinggir – ubatnya adalah dengan mendekati mereka. Sentuh dan peluklah mereka. Itu yang mereka mahukan.
Sekeping nota – Sekeping nota seperti ucapan Terima Kasih atau Ummi Sayang Wafi, dan diselit di dalam poket baju sekolahnya sudah cukup untuk mengetuk pintu hati seorang anak. Percayalah, mereka sebenarnya sangat mudah didekati.
Hobi – Apa kesukaan mereka? Bola? Basikal? Mewarna? Raikan. Main bersama-sama. Jikalah kita ada konflik dengan anak, cuba ‘tackle’ mereka ketika mereka sedang gembira. InshaAllah, pasti mudah memenangi hati mereka.
30 minit waktu bersama sebelum tidur – 30 minit sebelum anak mendapat deep sleep (tidur lena) adalah saat paling mudah memberikan mereka nasihat. Manfaatkan waktu ini.
Masuk sahaja bulan Merdeka, ramai mak-mak mula tercari-cari pelbagai idea kreatif. Bukan sahaja untuk mempersiapkan anak dengan tema Merdeka bahkan tak kurang juga hasil kreatif mewarna tema merdeka.
Macam mana nak melukis 14 bucu bintang pada bendera Malaysia dengan cara paling pantas? Jangan bimbang! Ada cara mudah tau nak dapatkan bintang 14 bucu yang sama saiz dan bentuknya cantik seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok bernama @herbbymall.
“Zaman sekolah dulu, korang lukis bintang ni ada rupa bintang tak? Ke tak jadi, serupa tahi bintang?,” tulis muat naik perkongsian tersebut.
Barang-barang yang diperlukan untuk melukis bintang tersebut sangatlah mudah. Antara barang utama yang digunakan adalah selotaip sebagai pengukur utama selain pensel, pembaris dan pemadam.
Lukis bulatan besar sebagai tanda panduan untuk diameter luar bintang yang akan dilukis nanti.
Kemudian lukis bulatan kecil menggunakan sellotape kecil atau penutup botol yang disediakan sebelum melukis tadi. Hasil lukisan dua bentuk bulatan tadi akan menghasilkan bentuk seperti donut.
Langkah seterusnya, buat garisan lurus di tengah-tengah bulatan serta tandakan X di tengah-tengah bulatan.
Kini anda boleh garis buat segi tiga bucu bintang di bulatan tengah yang kecil tadi sebagai penanda awal.
Selepas sudah dapat dua bucu, tambahkan enam lagi bucu di setiap sisi bulatan yang masih kosong. Enam bucu sebelah kiri dan enam bucu di sebelah kanan.
Pastikan setiap kali tanda bucu garisan, anda ikut titik pusat di tengah- tengah bulatan tersebut. Proses itu dibuat supaya bila sedang lukis, anda akan dapat bucu yang seimbang kiri dan kanan.
Selepas dapat titik yang ditanda sebagai bucu, anda boleh mula buat garisan segi tiga untuk setiap bucu. Cantumkan garisan di setiap bucu sehingga dapat bilangan 14 bucu seperti pada bendera Malaysia.
Apabila bintang sudah siap, kini anda boleh padam tanda-tanda yang dibuat bagi memudahkan proses melukis bintang tersebut.
Untuk buat bulan pula, anda juga boleh menggunakan sellotape besar tadi. Hanya perlu lukis separuh daripada sellotape besar tadi, ikuti langkah berkenaan sebanyak dua kali.
Apabila kita sudah bergelar ibu bapa, sudah pasti kita inginkan yang terbaik buat anak-anak. Kita mungkin bukan ibu bapa yang terbaik, tapi pastinya kita berusaha untuk menjadi ibu bapa yang lebih baik demi anak-anak.
Dalam mendidik anak-anak, pastinya ada kesilapan yang secara sedar ataupun tidak kita pernah lakukan. Sama-sama kita muhasabah diri untuk menjadi ibu bapa yang lebih baik.
SILAP KITA WAHAI IBUBAPA 😢
Silapnya kita dalam mengajar anak-anak kita..
● SILAPNYA kita.. kejut anak bangun pagi kerana takut terlambat kesekolah.. tapi tidak takut terlambat solat subuh..😞
● SILAPNYA kita .. suruh anak makan sampai kenyang..sepatutnya suruh berhenti sebelum kenyang ..😒
● SILAPNYA kita .. ajar anak takut pada hantu..sebetulnya ajar anak takut pada Allah.😔
● SILAPNYA kita.. risau anak tak makan..tapi tak risau anak tak solat..🥺
● SILAPNYA kita.. kita rasa bangga anak boleh membaca Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu..tapi kita tidak rasa apa2 anak tidak boleh membaca Al-Quran,bahkan tak kenal huruf satu persatu..😖
● SILAPNYA kita .. kita seronok anak pandai menari dan menghafal lagu..sedangkan doa dan solat pun masih tidak sempurna..😢
● SILAPNYA kita .. suruh anak pandai agama tapi kita tak nak usaha tambah ilmu agama, hanya serah anak pada sekolah sahaja..😣
● SILAPNYA kita .. suruh anak belajar adab..tapi kita, makan/minum pun sambil berdiri/berjalan….masuk tandas pun tak baca doa😣
● SILAPNYA kita.. Marahkan anak kerana tak baca buku, tapi tak marah apabila anak tak solat…tak marah apabila anak tak baca Al-Quran.😭
● SILAPNYA kita .. Kita suka tunjuk contoh yang tak elok dihadapan anak…bercakap kasar dihadapan anak…😔
Renung renungkan dan selamat beramal ♥️
Kredit: VMJ
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tertidur dengan anak mungkin sudah terbiasa bagi kita. Namun hakikatnya, ada waktunya hal sebegini boleh mengundang bahaya pada anak kita, lebih-lebih pada bayi yang baru dilahirkan. Ada waktunya dek kerana keletihan kita tidak sedar kita telah merisikokan bayi kita. Ini bahaya.
Adakah tidur bersama bayi selamat?
Tidak dapat dinafikan, berbanding negara Barat, kebanyakan ibu bapa di Malaysia, khususnya, lebih banyak mengamalkan tabiat untuk tidur sekatil dengan bayi. Tetapi perbuatan tidur bersama si manja melibatkan perkongsian tempat tidur sama sekali tidak disokong oleh pakar.
Berdasarkan kajian, berkongsi katil dengan bayi menunjukkan peningkatan kadar SIDS lebih tinggi. Malahan risiko SIDS lebih mendadak jika anda seorang perokok, mengambil sebarang ubatan yang menyukarkan anda untuk bangun mahupun meminum alkohol sebelum waktu tidur.
Tindakan tidur bersama bayi pramatang atau bayi kurang berat lahir mahupun bayi berusia 4 bulan ke bawah juga adalah lebih berisiko.
Walau bagaimanapun, ada pakar yang tidak bersetuju dengan perkara ini. Berdasarkan penyelidikan, Profesor di University of Notre Dame, Dr James McKenna berpendapat perkongsian tempat tidur adalah selamat jika tiada faktor berbahaya.
Kajian melibatkan bayi berusia lebih 3 bulan mendapati tidur sekatil mungkin dapat melindungi mereka. Namun, AAP tetap menegaskan risiko bayi berkongsi katil dengan ibu bapa tetap berbahaya tidak kira apa jua keadaannya.
Manfaat tidur bersama bayi
Bagi sesetengah keluarga, amalan tidur bersama dengan si manja mungkin tidak sesuai. Tetapi ia mempunyai banyak kelebihan. Antaranya:
* Ibu bapa akan dapat tidur yang lebih lama dan berkualiti.
* Bayi yang tidur bersama ibu bapa akan lena lebih cepat dan lama. Biasanya bayi akan merengek apabila mahu menyusu. Tetapi jika berada berdekatan dengan ibu, proses penyusuan dapat dilakukan segera tanpa sempat bayi terjaga dengan sepenuhnya.
* Ibu dapat melakukan penyusuan dengan lebih mudah memandangkan si manja berhampiran.
* Penyusuan badan pada waktu malam dapat membantu mengekalkan kuantiti bekalan susu ibu.
* Tidur di bilik yang sama dengan bayi mengurangkan risiko SIDS sebanyak 50%.
* Ada kajian menunjukkan bayi yang tidur bersama ibu bapa akan mempunyai hubungan emosi lebih kuat.
* Bayi yang terjaga malam akan menyebabkan tempoh penyusuan menjadi lama.
* Tidak ada kebimbangan perpisahan waktu malam (nighttime separation anxiety).
* Kurang masalah semasa waktu tidur.
* Rasa bahagia apabila bangun di sebelah bayi yang sedang tersenyum!
Panduan aspek keselamatan ketika co-sleeping
Sekiranya anda masih mahu co-sleeping dengan si kecil, walau atas alasan apa sekali pun, berikut adalah cadangan bagi mengurangkan risiko bahaya. Ibu bapa harus ingat perkongsian katil atau sofa dengan bayi, akan masih meletakkan mereka pada risiko kematian berkaitan tidur.
Membiarkan bayi tidur di katilnya sendiri atau tempat yang terpisah dengan anda adalah cara paling selamat. Ini panduan tidur bersama bayi melibatkan aspek keselamatan:
1. Elakkan daripada tidur pada permukaan yang sama dengan bayi jika anda mengambil sebarang ubatan atau ubat penenang, meminum alkohol atau sekiranya anda terlalu letih.
2. Jangan tidur dengan bayi di katil yang sama jika anda seorang perokok.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menyatakan bayi yang terdedah kepada asap rokok selepas kelahiran mempunyai risiko lebih tinggi untuk SIDS.
3. Jangan tidur di katil yang sama dengan bayi jika anda merokok semasa tempoh kehamilan.
Kajian pada tahun 2019 menunjukkan risiko SIDS menjadi 2x ganda apabila ibu merokok semasa mengandung.
4. Andai berkongsi tempat tidur, sebagai aspek keselamatan, sebaiknya letakkan bayi di sisi sebelah anda dan bukannya di antara anda dan pasangan.
5. Bayi yang berusia kurang daripada setahun tidak boleh dibiarkan berkongsi katil dengan adik-beradiknya atau bayi lain.
6. Jangan tidur di atas sofa atau kerusi sambil menggendong si kecil.
7. Sekiranya ingin meletakkan bayi yang tidur, pastikan posisi tidur mereka dalam keadaan berbaring dan bukan meniarap. Ini terutamanya jika bayi yang dibedung dengan selimut.
8. Jika rambut anda panjang, ikat rambut agar tidak melilit leher si manja tanpa disedari.
9. Ibu bapa yang mempunyai masalah obesiti mungkin akan berdepan kesukaran untuk menentukan jarak rapat mereka dengan bayi.
Jadi, dicadangkan untuk tidur pada katil yang berbeza dengan si manja.
10. Pastikan tiada bantal, selimut atau cadar longgar yang boleh menutupi wajah, kepala atau leher bayi.
11. Pastikan tiada ruang antara bayi dan katil yang boleh menyebabkan mereka terperangkap tanpa anda sedari.
"Bersih mayat (jenazah) dia, bang. Tak ada darah pun. Kecuali di dagu sikit ja. Itu pun nampak seolah-olah cedera ringan."Kongsi saksi kejadian kemalangan maut...