Waktu anak-anak kecil itu terlalu singkat. Sampai waktu anak makin membesar, mereka semakin jauh dari kita. Ketika itulah kita amat rindukan tawa dan tangis mereka saban waktu.
Maka bertahanlah dengan ragam dan kerenah anak kecil. Merekalah penghibur kita. Bertahan, sabar dan doa adalah kuncinya. Perkongsian ibu ini, Pn Insyirah Soleha ini amat membuka mata kita. Benar, anak-anak tidak selamanya dengan kita. Bersabarlah!
Setiap kali dilanda kepenatan yang amat menguruskan anak-anak, selalu saya muhasabah dan kenangkan ibu saudara saya yang sangat penyabar. Disebabkan ianya berlaku dalam kehidupan, jadi sangat mudah untuk saya kutip ibrahnya.
Ibu saudara sangat sabar, melayan anakandanya yang boleh menangis berjam-jam hanya sebabkan tali kasut. Boleh berguling menangis walau sudah sekolah hanya sebab-sebab yang dianggap kecil oleh orang lain.
Ibu saudara pernah ceritakan, beliau siapkan homework anaknya hanya nak elakkan anak menangis. Asalkan homework siap. Sebab sepupu saya memang boleh menangis berjam-jam, berhenti bersembang dan sambung menangis semula.
Seingat saya, beliau berubah menjadi sangat baik dan tantrumnya mula pudar selepas kematian bapanya. Beliau masih sekolah rendah. Setiap kali berjumpa pasti bapa kami akan usap kepalanya.
Asbab doa tak pernah jemu dan sabar yang tak tertanggal seorang ibu, anak yang pernah disergah oleh orang surau dengan sapaan.
“Korang ni nak jadi apa?”
Hari ini, dia duduk di meja penceramah dan mengajar hadith kepada orang yang menyergahnya.
Ramai yang taqdim untuk jadikan pasangan, bahkan pernah ditaqdim sendiri oleh pensyarah yang suka sangat peribadi beliau nak jadikan menantu.
Saya masih ingat semasa beliau sekolah menengah. Diajukan soalan pada housemate, halatuju kehidupannya.
“Saya nak pergi Mesir la.” Tapi, housemate sebagai Azhari beri cadangan “Cubalah ke Jordan.”
Takdir Allah, pergilah beliau ke Jordan. Graduasi dengan cemerlang. Belum berusia 30 tahun dah selesai PhD. Budak kuat mengamuk dan menangis.
Jadi, setiap kali anak-anak buat kerenah, saya cuba bertahan mengenangkan sabarnya ibu saudara saya. Walaupun sabar saya seciput cuma dibandingkan dengan ibu saudara.
Anak-anak kuat mengamuk masa kecil, bukan selamanya akan mengamuk sampai dewasa. Boleh jadi dengan doa dan sabar seorang ibu, dia jadi anak yang soleh dan musleh.
Kita nampak anak orang perangai tak semenggah janganlah duk sergah hang nak jadi apa? Kita mungkin lupa kita pernah sergah mereka tapi mereka akan ingat wajah dan nama kita yang sergah mereka.
Memang penat ‘menjadi’ seorang ibu. Pekerjaan yang tidak ada cuti.
Ummu Amir,
Semoga lelah menjadi LILLAH.
Menarik: Hadiah Tu Bonus, Isteri Tak Perlukan Penghargaan, Cukup Sama-Sama Ambil Berat Soal Anak
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
Bijaknya Adik Huzaifah dan ibunya, Ustazah Aishah melakukan solat Subuh dengan tertib rukunnya. Semoga adik-adik BK rajin mendirikan solat, kerana solat tiang agama tau!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!