Keibubapaan

Waktu Gaduh Macam Tak Ada Hari Esok, Bila Baik ‘Melekat’ Macam Kena Gam!

Share

Mama papa yang ada anak ramai mesti pernah hadapi anak-anak suka bergaduh kan? Kalau gaduh-gaduh manja tu boleh lagi nak terima, kalau gaduh sampai jerit nangis tu rimas rasanya!

Baru-baru ini Angkawasan Negara kita, Dr Sheikh Muszaphar Shukor muat naik satu video gelagat anak kembarnya, Noah dan Adam yang seakan sedang bergaduh, tapi pada pandangan lain seperti sedang berpeluk.Video – Wrestling or Hugging ?
I’m not sure whether the Boys are fighting , playing or just missing each other .
You can see that Noah is the Dominant twin though he’s the younger brother by 2 mins .
Luckily Adam is the type who just let it be …
Haha
Salam Jumaat Everyone .
Love As Always …

Gelagat dua beradik kembar itu mendapat perhatian pengikut Dr Sheikh Muszaphar yang turut berkongsi pengalaman sendiri menguruskan anak kembarnya ketika berlaku situasi yang sama.

Ada sesetengah pihak mendakwa bahawa bergaduh itu menjadi salah satu penyebab untuk menjadi lebih rapat dengan adik beradik. Namun, tengok pada situasi dan tahap kemaharan seseorang individu itu juga.

Kita sebagai ibu bapa, menjadi satu kemestian buat kita untuk meleraikan pergaduhan antara anak-anak supaya kejadian tidak berlarutan dan menjadi semakin serius. Ini kerana anak-anak masa sekarang berbeza dengan zaman kita dahulu iaitu sifatnya mengikut peredaran masa.

Antara cara yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk kurangkan pergaduhan antara adik beradik seperti:-

1.Elak pergaduhan

Apabila wujud pergaduhan antara adik beradik, tanya kepada anak, adakah ia bagus atau tidak. Ambil gambar semasa bergaduh atau rekod suara jeritannya. Rekodkan. Manakala rekodkan semasa anak dalam keadaan gembira. Bandingkan dan tanya kepada anak-anak, adakah ia sikap yang baik? Berikan penjelasan yang mudah untuk anak-anak fahami bahawa pergaduhan tidak memberikan sebarang kebaikan dalam kehidupan.

2.Beri pujian

Jika anak-anak memperlihatkan perilaku yang baik, berikan pujian. “Baiknya anak mama.” Tujuan cara ini supaya ia menjadi budaya iaitu berbuat baik akan diberi pujian. Namun jika sebaliknya jangan jadikan ia isu besar. Anak-anak sengaja buat-buat nakal dan bergaduh kerana inginkan perhatian daripada ibu bapa.

3.Minta maaf

Pergaduhan tidak memberikan sebarang kebaikan dalam kehidupan. Ajar anak untuk mengucap perkataan ‘minta maaf’ tetapi bukan memaksa mereka. Dalam hal ini, ibu bapa harus menjadi contoh seperti,“Mama minta maaf. Tadi mama jerit dan garang!”. Apabila anak melihat ibu bapa berbuat demikian, anak-anak akan mengikutinya. Hakikatnya pada usia bawah enam atau tujuh tahun anak-anak akan menyerap apa yang dilihat dan didengar. Jadikan ia sebagai satu kebiasaan dalam diri anak.

4.Kongsi makanan

Mendidik anak mengenai perkongsian makanan melibatkan perasaan. Ibu bapa akan menjadi contoh bukannya memberi contoh. Apabila ada makanan, ibu bapa akan berkongsi dengan anak. “Rasa happy tak bila mama kongsi makanan dengan abang? Bila abang kongsi dengan adik, mesti adik happy kan”. Fokus tentang emosi iaitu kegembiraan apabila mendapat kebaikan. Pendekatan ini akan mendidik anak tentang kebaikan iaitu jika ada orang berbuat kebaikan, tentu ada orang akan buat baik kepada kita. Fokus kepada kebaikan, jangan marah kepadanya.

5.Bagi pilihan

Pergaduhan ekoran berebut barang permainan adalah perkara biasa. Namun selain marah kita boleh memberitahu kepada anak seperti, “Ok takpe adik nak main dulu, lepas puas main boleh kongsi dengan kakak ye.” Cara ini ibu bapa memberi pilihan kepada anak bukannya menunjukkan perbahanan atau pertelingkahan. Penting setiap ibu bapa menggunakan pendekatan kelembutan semasa membesarkan anak. Begitu juga jika keluar ke pasar raya membeli makanan, misalnya, “ adik nak beli tak untuk kakak atau sepupu.” Cara ini secara tidak langsung memupuk sikap suka memberi dalam dirinya.

SUMBER: Dr Sheikh Muszaphar Shukor

 

Published by
Azira Faudzi