Waktu Hamil 20Kg Naik, Bila Menyusu Berat Mia Ahmad Terus Susut. Rezeki Susu Banyak!

Share

Tengok orangnya kecil sahaja tetapi rezeki susu untuk anak sangat meriah. Namun atas kekangan tertentu, Mia Ahmad yang juga seorang pelakon dan ibu kepada sepasang cahaya mata akui niatnya untuk menyusu sehingga 2 tahun tak kesampaian.

Rezeki susu banyak sejak anak pertama 

Menurut pemilik nama Samihah Ahmad Baderi kepada Pa&Ma, ketika kelahiran anak sulungnya 3 tahun lalu, susu badannya sangat banyak sehingga tak terguna yang dipam. Walaupun waktu itu Sayf Issa anak yang kuat menyusu tetapi rezekinya memang tak putus.

“Hinggakan dalam peti sejuk, tak cukup ruang untuk simpan sehingga suami menawarkan untuk membeli peti khas bagi menyimpan susu. Namun kebetulan Mia bukanlah bekerja sepenuh masa, jadi Mia ambil keputusan untuk bagi secara terus je pada Issa waktu itu.

“Lagipun Mia rasa lagi mudah dan tak perlu nak tunggu susu suam untuk diberikan pada Issa waktu itu. Walaupun orang kata penat tapi puas dapat tengok anak membesar dengan sihat. Malah ketika itu memang badan Issa pun bersemangat sehinggakan ramai geram melihatnya,” kongsi Mia.

Balik dari Jepun baru boleh hisap botol

Disebabkan Issa memang direct feed je waktu itu, ketika Mia disahkan mengandung anak kedua memang agak strugle untuk menghentikan penyusuan susu badan. Lagipun ketika itu Issa baru 1 tahun 1 bulan dan tengah seronok minum susu Mia.

Memang agak sedih juga bila terpaksa lepaskan sehingga bermacam-macam cara dilakukan. Mulanya memang ingat nak bagi Issa sehingga dua tahun tapi rezeki awal mengandungkan Iris.

Tambah pula, Mia juga tengah alahan teruk dan nak tak nak terpaksa latih Issa minum susu dalam botol. Masa tu pelbagai jenis botol dan puting dicuba untuk Issa tapi dia tetap tak mahu. Dengar dia menangis, Mia pula yang sedih.

Nak dijadikan sebab Issa boleh menyusu dengan botol, masa pergi bercuti ke Jepun, sampai di sana elok dia hisap botol. Masa di Malaysia puas paksa malah ketika dalam penerbangan pun masih lagi menyusu badan. Lepas pulang ke Jepun, automatik Issa terus boleh hisap botol.

Anak perempuan lagi kuat menyusu

Sementara itu, bercerita mengenai penyusuan untuk Iris pula yang kini berusia 1 tahun 4 bulan, rezeki susu tetap juga meriah seperti abangnya. Cuma kali ini berlainan sikit kerana Iris lebih kuat hisapan sehingga merekah dan berdarah.

Tapi itulah orang kata momen menyusu setiap anak lain-lain. Bagaimanapun, sekarang doktor nasihatkan pula Mia berhenti beri susu pada Iris atas masalah kesihatan. Sedih pula kerana sebelum ni memang Iris menyusu badan je.

Doktor nasihatkan kerana untuk mengelakkan risiko lain pada Mia. Jadinya agak sukar juga kerana si adik ni dua kali ganda menangisnya berbanding Issa dulu. Namun disebalik tangisannya yang dua kali ganda tu, Allah mudahkan Mia apabila Iris nak susu kotak.

Jadi sekurangnya Mia tak adalah rasa risau sebab dia boleh minum susu dalam kotak. Cuma Iris tak  boleh nampak Mia. Jika nampak je, terus datang nak mengempeng. Siang hari mungkin boleh elak sebab Mia buat kerja.

Malam nak tak nak, memang kena bagi juga sebab dia tidur dan nak juga susu Mia. Tak apalah Mia pun masih lagi minta pendapat pakar. Sekarang ni Mia selalu juga cakap dengan Iris. Walaupun nampak dia tak faham lagi, tapi orang kata bila kita selalu cakap lama-lama dia tahu.

Lagi satu yang bestnya penyusuan susu ibu ini, tak perlu nak susah-susah berdiet untuk turun berat badan. Pengalaman Mia ketika mengandung sebelum ini naik sampai 20 kilogram. Bila dah mula menyusu, terus susut.

Kredit: IG Mia Ahmad

Berita baik buat BF Mommies & Mom To Be!

Pa&Ma akan mengadakan webinar penyusuan ‘Mama Tak Penat Menyusukan Anak’. Webinar penyusuan terbesar ini bakal mengumpulkan lebih 1000 peserta pada 5 September 2021. Lebih menarik, webinar ini akan membawakan secara ekslusif barisan panel hebat Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa dan Pn Asiah Maharam. Tidak ketinggalan, penampilan istimewa Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang juga akan berkongsi journey penyusuannya. Juga peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah. Apa tunggu lagi, segera mendaftar sebagai peserta sekarang. Webinar ini adalah PERCUMA, khas buat bf mommies di luar sana!

Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy