Biasanya ibu bila dapat tahu diri hamil, hati akan sentiasa ingat jangan buat apa-apa yang pelik. Begitu juga si suami pun akan berhati-hati. Sebab risau apa sahaja kemungkinan boleh jadi. Bukan itu saja, ibu yang sedang mengandung digalakkan untuk sentiasa memperdengarkan bacaan suci al-Quran agar dapat manfaat yang baik untuk anak yang lahir nanti.
Waktu pregnant minat sangat Hrithik Roshan
Sama juga bila ibu tu suka tengok apa saja yang cantik dan elok, anak yang lahir tu akan terkenan juga. Dah ramai yang akuinya. Sama jugalah seperti perkongsian ibu ini yang dikenali di TikToknya @reen._ yang memberitahu kisah istimewanya memiliki anak 11 jari kerana suka melihat Hrithik Roshan sewaktu mengandung.
Tak sangka baby lahir ada ibu jari lebih sebelah kanan
Menurutnya, bayi lelaki yang dilahirkan pada 29 September 2021 itu sangat unik kerana memiliki 11 jari. Memang tak sangka langsung pun akan sama dengan pelakon Bollywood tersebut.
Ingatkan masa mengandung tu hanya suka-suka saja tapi akhirnya terkenan juga. Kongsinya lagi, dia wajib melihat muka pelakon berkenaan setiap hari sehingga sanggup membuat satu folder khas untuk menyimpan foto-foto Hrithik Roshan di dalam telefon bimbitnya.
Waktu pregnant minat sangat-sangat kat Hrithik Roshan. Siap buat album khas kat gallery sebab hari-hari wajib kena tengok Hrithik Roshan.
29/9 dapat baby boy. Terkejut aku dapat tahu. Subhanallah baby ada ibu jari lebih sebelah kanan macam Hrithik Roshan.
Dalam pada itu, ibu ini tetap bersyukur memiliki anak yang mempunyai jumlah jari yang lebih satu dan semuanya sihat-sihat sahaja. Ini adalah anugerah Allah yang paling istimewa buat dirinya.
Ads
Saya dapat Hrithik Roshan saya sendiri. Selamanya milik saya Hrithik Roshan. Alhamdulillah, anugerah Allah paling terindah.
Video berdurasi 26 saat itu meraih lebih 1.8 juta tontonan dan mendapat lebih 140 ribu tanda suka.
Menjengah ke ruangan komen, ada yang yang menyatakan kelebihan itu tak semua ibu akan laluinya.
Ads
Malah ada juga beberaoa orang ibu turut berkongsi pengalaman sama gara-gara terkenan dengan apa yang suka dilihat masa mengandung.
Moga baby comel ini dapat membesar dengan sihat dan menjadi kebanggaan ibu ayah apabila dah besar nanti. Amin
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Senyuman yang terukir mencairkan siapa sahaja yang melihat. Ainul Mardhiah, bayi 10 bulan yang mengalami kanser Germ Cell Tumor makin menunjukkan perkembangan yang baik selepas pembedahan. Semua mahukan Ainul cepat sembuh.
Ainul yang menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan seberat 200gram yang memakan masa 5 jam Isnin lalu dikhabarkan menunjukkan kemajuan positif.
Menurut ibunya, Nurul Erwani Zaidi menerusi Instagram, Ainul Mardhiah semakin baik dan bertenaga dua hari selepas pembedahan.
Ainul juga memberikan respons baik semasa sesi ‘borak-borak’ dengan mamanya. Malah Nurul Erwani turut menyatakan hasrat untuk mengajar permata hatinya itu bertutur tak lama lagi.
Rabu, 12 Jun 19 London, 9:00 malam.
“Alhamdulillah keadaan Ainul Mardhiah semakin baik dan bertenaga. Baru lepas berborak dengan Ainul tadi.
“Nurse pun beritahu Ainul baik harini, dah senyum senyum dekat nurse?. Nanti mama ajar Ainul cakap sikit sikit ya.”
❤️❤️❤️
Follower melahirkan keterujaan, gembira dan bersyukur atas perkembangan positif yang ditunjukkan Ainul. Ainul dihujani doa daripada warganet dan berharap Ainul pulih segera daripada pembedahan dan kanser yang dialami sembuh.
Tular sebuah video memaparkan kegembiraan seorang pakcik apabila dapat mendukung bayi perempuan milik pasangan suami isteri yang makan bersebelahan mejanya.
Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, suami isteri tersebut iaitu @ameeraida menyatakan bahawa pakcik yang duduk di meja sebelah mereka itu teringin menimang cucu tetapi anaknya belum mempunyai rezeki untuk dikurniakan zuriat.
Ameera berkata, pada mulanya pakcik berkenaan bersama isterinya tersenyum melihat bayi mereka bernama Aufaa sebelum meminta izin untuk mendukung sementara pasangan muda itu sedang menikmati makanan.
“Tengah sarapan pagi di kedai mamak, ada pakcik makcik sebelah meja senyum-senyum tengok Aufaa. Pakcik tu kata ‘meh atok pegang kejap boleh? Bagi mommy daddy (@ameeraida) makan dulu’.
“Mula-mula macam risau, tapi takpelah. Makcik tu cakap dah lima tahun tunggu cucu daripada anak dia tapi belum ada rezeki,” tulis @ameeraida dalam video tersebut baru-baru ini.
Rakaman berdurasi 22 saat itu meraih hampir dua juta tontonan dan menerima 201,900 tanda suka selain lebih 1,700 komen dalam kalangan netizen.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Tarikh 21 Ogos setiap tahun adalah tarikh keramat bagi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa sempena tarikh perkahwinannya. Tahun ini genap 13 tahun usia perkahwinan penyanyi nombor satu negara itu dengan suaminya.
Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mesra disapa Tokti telah pun diijab kabul pada 21 Ogos 2006 dengan Datuk K ketika beliau berada di puncak kejayaan ketika berusia 27 tahun.
Perkahwinan yang telah diserikan lagi dengan kehadiran seorang puteri comel, Siti Aafiyah Khalid membuatkan pasangan secocok ini semakin bahagia.
Semalam, mereka telah mengadakan sambutan hari ulang tahun perkahwinan mereka yang dibuat di kediaman sendiri dalam keadaan yang sederhana. Tokti juga sempat memuat naik gambar-gambar sepanjang majlis tersebut berjalan.
Rakan artis turut datang
Turut kelihatan di majlis sambutan hari ulangtahun perkahwinan Tokti ini adalah rakan artis seperti Ernie Zakri, Syamel dan juga Mark Adam yang sempat membuat persembahan dengan menyampaikan beberapa buah lagu.
Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen di ruangan Instagram Tokti dengan mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-13 buat dirinya serta suami.
Mereka turut mendoakan penyanyi kesayangan ramai ini terus berbahagia dan mendapat kesejahteraan bersama keluarga baik di dunia mahupun di akhirat.
Kehadiran Aafiyah juga dianggap pelengkap rumah tangga Datuk Siti dan Datuk K sepanjang mereka hidup bersama.