Biasanya ibu bila dapat tahu diri hamil, hati akan sentiasa ingat jangan buat apa-apa yang pelik. Begitu juga si suami pun akan berhati-hati. Sebab risau apa sahaja kemungkinan boleh jadi. Bukan itu saja, ibu yang sedang mengandung digalakkan untuk sentiasa memperdengarkan bacaan suci al-Quran agar dapat manfaat yang baik untuk anak yang lahir nanti.
Waktu pregnant minat sangat Hrithik Roshan
Sama juga bila ibu tu suka tengok apa saja yang cantik dan elok, anak yang lahir tu akan terkenan juga. Dah ramai yang akuinya. Sama jugalah seperti perkongsian ibu ini yang dikenali di TikToknya @reen._ yang memberitahu kisah istimewanya memiliki anak 11 jari kerana suka melihat Hrithik Roshan sewaktu mengandung.
Tak sangka baby lahir ada ibu jari lebih sebelah kanan
Menurutnya, bayi lelaki yang dilahirkan pada 29 September 2021 itu sangat unik kerana memiliki 11 jari. Memang tak sangka langsung pun akan sama dengan pelakon Bollywood tersebut.
Ingatkan masa mengandung tu hanya suka-suka saja tapi akhirnya terkenan juga. Kongsinya lagi, dia wajib melihat muka pelakon berkenaan setiap hari sehingga sanggup membuat satu folder khas untuk menyimpan foto-foto Hrithik Roshan di dalam telefon bimbitnya.
@reeen._My Hrithik Roshan junior 💙 anugerah Allah paling terindah ✨ ##hrithikroshan ##fyp ##alhamdulillah
Waktu pregnant minat sangat-sangat kat Hrithik Roshan. Siap buat album khas kat gallery sebab hari-hari wajib kena tengok Hrithik Roshan.
29/9 dapat baby boy. Terkejut aku dapat tahu. Subhanallah baby ada ibu jari lebih sebelah kanan macam Hrithik Roshan.
Dalam pada itu, ibu ini tetap bersyukur memiliki anak yang mempunyai jumlah jari yang lebih satu dan semuanya sihat-sihat sahaja. Ini adalah anugerah Allah yang paling istimewa buat dirinya.
Saya dapat Hrithik Roshan saya sendiri. Selamanya milik saya Hrithik Roshan. Alhamdulillah, anugerah Allah paling terindah.
Video berdurasi 26 saat itu meraih lebih 1.8 juta tontonan dan mendapat lebih 140 ribu tanda suka.
Menjengah ke ruangan komen, ada yang yang menyatakan kelebihan itu tak semua ibu akan laluinya.
Malah ada juga beberaoa orang ibu turut berkongsi pengalaman sama gara-gara terkenan dengan apa yang suka dilihat masa mengandung.
Moga baby comel ini dapat membesar dengan sihat dan menjadi kebanggaan ibu ayah apabila dah besar nanti. Amin
Kredit: @reeen._
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)